Mimpi Lepas Subuh...

selamat pagi semua. pagi yang agak indah di sini. akhirnya,sudah dua minggu orang ni berada di seremban. sekarang,diri masih berstatus pengganggur memandangkan belum tiba masanya orang ni pergi ke sekolah.

semalam tidur agak lewat kerana menonton kisah merlin di tv3. apabila berbaring di katil pula,mata sakit menahan air mata yang hendak turun membasahi pipi. kerinduan pada mereka yang jauh di tempat lama. pada saat yang sama juga,hati terasa sedih kerana dibiarkan tertanya-tanya sendiri. kalau dia ada masalah,kenapa disorokkan dari orang ni? bukankah kami pernah berjanji untuk saling berkongsi? selalunya,dialah pendengar yang paling setia. kini,apabila tiba saat orang ni ingin mendengar bicara dari mulutnya,dia mengelak. dia mengaku ada masalah tapi enggan bercerita. terasa hati ini dibuatnya. apakah orang ni tidak layak mendengar masalahnya?

 pagi tadi,selepas solat subuh,orang ni tidur semula memandangkan orang ni tidur lewat malam sebelumnya. akhirnya,wajah dia muncul lagi. mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku semalam. orang ni relakan saja mimpi dalam sedar itu menguasai minda.

di dalam mimpi itu,kami terpaksa melarikan diri bagi mengelak segala yang tak diingini. dia ingin benar berbicara pada orang ni tapi ada banyak perkara menghalangnya dari berbuat demikian. akhirnya,salah seorang dari kami harus mengalah. salah seorang dari kami harus menghadapi kenyataan api marah ramai orang. manakala yang seorang lagi,perlu pergi jauh dari sini dan tidak kembali lagi.

tragis benar mimpi semalam. pengorbanan yang hebat yang penuh berperasaan. boleh diibaratkan seperti kisah hindustan yang tertayang di kaca televisyen. dan pagi ini,setelah terjaga dari mimpi yang tragis tersebut,orang ni tertanya-tanya masalah apa yang dialami hingga dia menjadi sebegitu pasif? moga ALLAH bersamanya.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Mimpi Lepas Subuh...

h4ni3 said...

mungkin orang tu tak sedia lagi nak kongsi...
ataupun dia masih merangka ayat2 yg sesuai, bagaimana untuk dia meluahkan isi hatinya
beri dia masa... =)

MJ said...

hm.. mungkin betul jugak ape yang drhanie cakapkan tu.. orang ni kenalah banyak bersabar kan?? dia pun orang yang rapat dengan orang ni..orang yang orang ni sangat sayang..jadi..sabar je la.. anyway..thnx drhanie atas peringatannya..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.