Merlin Kembali...

ALHAMDULILLAH.. orang ni dah kembali ingin berblogging. dah ada benda yang ingin ditulis dan dicatat di ruangan ini setelah beberapa lama hidup dalam angan-angan. hehehe.. terima kasih kepada yang masih setia mengikuti perkembangan penulisan orang ni. BARAKALLAH.ALAIK..

semalam siapa tengok merlin?? hehehe.. orang ni minat sangat dengan cerita tu. di sebalik adventure yang hebat,gambar yang cantik,masih ada unsur-unsur komedi antara prince arthur dan merlin. persahabatan mereka sangat menarik.



cerita ini mengisahkan seorang ahli sihir lelaki (MERLIN) yang bekerja di dalam sebuah istana diraja sebagai pembantu (hamba) kepada anak raja tersebut, PRINCE ARTHUR. KING UTHER merupakan seorang raja yang sangat membenci ilmu sihir kerana ilmu sihir telah menyebabkan isterinya,mati ketika melahirkan PRINCE ARTHUR yang merupakan anaknya. KING UTHER telah membunuh semua ahli sihir di dalam negaranya iaitu CAMELOT.

namun begitu,MERLIN telah berjaya mendapat tempat di dalam istana diraja tersebut tanpa sesiapa pun mengetahui bahawa dia adalah seorang ahli sihir melainkan GAIUS (tabib di istana diraja tersebut). MERLIN bekerja untuk PRINCE ARTHUR yang kelihatan sombong dari luar padahal,dia memiliki hati yang baik.

dengan kuasa yang ada,MERLIN telah ditakdirkan untuk melindungi PRINCE ARTHUR sehinggalah PRINCE ARTHUR dijadikan raja di CAMELOT.

yang lucunya dalam kisah ini ialah apabila MERLIN,seorang pembantu yang setia seringkali dibuli oleh PRINCE ARTHUR. bukan itu sahaja,mereka juga berkongsi rahsia dan sering bersama dalam mengharungi banyak perkara. walaupun PRINCE ARTHUR kelihatan seperti tidak menghargai MERLIN,namun sebenarnya,dia masih menganggap MERLIN sebagai teman baiknya.

cerita ni sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan hiburan keluarga. SELAMAT MENONTON...

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Merlin Kembali...

gadisBunga said...

psstt...prince arthur tu hensem kan??
hihihi~

MJ said...

gadisbunga..akak ni memang bestla.. org ni minat twilight..akak pun boleh tahan jugak.. org ni tengok merlin..akak pun tengok jugak.. hehehe.. mcm jumpe tman shati sejiwa.. hehehe..

budak baikk!~ said...

suke merlin
tp mls tgk..
download je nnt,
bru tgk!~ hehehe

MJ said...

budakbaikk!~...apa2pun..selamat menonton ye.. x rugi oo kalau download.. cerita dia best.. hehehe..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.