Maafkan MJ...

kini..mimi jazman berada terlalu jauh dalam mindanya sendiri. dia masih bermimpi dan mimpinya sudah mempengaruhinya untuk tidak bangun buat sementara waktu. adakalanya mimi jazman sedar namun ada ketikanya dia kembali tidak sedar. dia tidak sama sekali melarikan diri dari menghadapi realiti kerana dia pasti akan kembali. dia juga berharap yang dia akan bangun dari mimpinya tidak lama lagi namun dia lebih suka jika mimpi itu kekal buat sementara waktu. maafkan dia.. dia belum mampu mengisi ruangan ini. dia masih terlalu lemah untuk sedar dari mimpinya. mimi jazman sangat bahagia dalam mimpinya kini. inilah dunianya satu ketika dahulu. penuh dengan bayangan sempurna yang takkan pernah berlaku di realiti. dia akan bersendirian buat seketika,melayan mimpi yang masih berlarutan. dia juga sangat memohon maaf kerana telah beberapa hari menyepikan diri. dia akan kembali mengisi ruangan ini sebaik sahaja dia sedar betapa palsunya mimpi. doakan sahaja dia tidak sesat dalam mimpinya dan dengan mudahnya,pulang ke dunianya.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Maafkan MJ...

h4ni3 said...

doa dan berserah kepadaNya
mohon agar mimpi itu menjadi nyata
:)

gadisBunga said...

adik ni byk bende difikirkan la ni..... it's ok, take ur time ok. come back when you feel better. i will wait. :)

MJ said...

drhanie..mustahillah..

gadisbunga..mungkin sbb sunyi kot..jd terpedaya..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.