Lady Gaga...

pasti aneh jika orang ni bercerita tentang artis wanita itu kerana terang-terangan orang ni memang tidak gemar padanya. kebelakangan ini,ada sahaja mulut yang menyebut nama aneh ini. pada mulanya,orang ni tidak kisah sangat tapi setelah mengetahui apa yang tersirat dalam klip video lady gaga yang berjudul alejandro,orang ni terasa menyampah melihat wajah itu di mana-mana. mendengar namanya sahaja sudah cukup menyentakkan.

namun,masih ada mereka di luar sana yang tergila-gilakan lady gaga walaupun setelah diberi amaran mengenainya. orang ni tahu betapa kuatnya pengaruh wanita ini jadi tidak mustahil dia boleh menjadi pujaaan hati kebanyakan remaja. malahan ada sahaja remaja ISLAM yang tidak segan silu menghafal lirik lagu lady gaga walaupun telah diketahui bahawa lirik tersebut boleh membawa kepada syirik. aduh.. hampa hati oraang ni melihat beberapa orang yang menggilai lady gaga.

tadi,selepas pulang dari jogging,orang ni menonton oprah winfrey show. salah satu,rancangan kegemaran orang ni. lady gaga dijemput untuk membuat persembahan kali ini dan sedikit temu bual dibuat bersamanya. ada sesuatu tentang lady gaga yang membuatkan peminatnya begitu setia terhadapnya. lirikan matanya yang lembut seolah-olah melambangkan dia wanita yang baik hati. mungkin kelembutannya dalam bicara biasa yang menyebabkan ramai yang meminatinya. tapi,di mata orang ni wajah lady gaga hanyalah sebuah wajah yang dalam kekeliruan. ada sedikit ketakutan terpancar pada wajahnya semasa selesai membuat persembahan dalaam oprah winfrey show tadi. entahlah,mungkin orang ni tersalah lihat barangkali.

tapi,dalam kelembutan dan kebaikan yang cuba ditunjukkan,orang ni terasa bagai telah terpedaya. entahlah. orang ni tertanya-tanya kenapa dia tidak berpakaian lebih sopan dan menggunakan bakat merdu suaranya itu untuk menyanyikan lagu yang lebih baik dan menenangkan.

ALLAH..kadang-kadang mataku bagaikan tertutup. ada kalanya,aku teruja untuk sesuatu yang tidak sepatutnya mengujakanku. lindungilah aku dari terpedaya dengan segala yang boleh merosakkanku.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Lady Gaga...

cemomoi said...

cam real je mimpi tu.. mesti tengah berperang dengan perasaan ni samapi bawak dalam tido. basuh kaki seblom tido (eh ni tido lepas subuh hek!)

MJ said...

hehehe.. sebab tu la mimpi pelik2 kot.. tido lepas subuh.. hehehe..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.