Kunci Tertinggal...

pagi ini pagi yang cerah. orang ni bangun awal dan ALHAMDULILLAH,ceria sejak awal lagi.

pagi tadi,lepas hantar adik pergi sekolah,mama dan orang ni main badminton kat sebelah rumah. sebelum,keluar nak main badminton tu,orang ni tanya mama,"mama kunci nak letak mana?"

mama jawab, "letak dalam rumah ja. kita nak main depan rumah ni ja pun."

"ok." balas orang ni. dalam ok tu,orang ni pergi tekan tombol pintu dari dalam rumah dan tutup dari luar. ha!!!

lepas letih main,orang ni dengan mama pun berhentilah sekejap. berehat-berehat sebelum masuk rumah. mama pula ambil cangkul dan cangkul sikit tanah tepi rumah kami ni. masa tu la,orang ni tersedar kesilapan orang ni. orang ni pun pergilah cuba buka pintu tu dan hm.. mestilah tak boleh bukak sebab pintu dah terkunci. kunci pulak kat dalam. ha!!!

terasa sangat runsing. yela.. dahlah baru pindah. mana ada sesiapa nak mintak tolong. telefon mama kat dalam. handbag mama kat dalam. duit ke apa ke semua dalam rumah. habis tu,macam mana nak masuk rumah ni?? ha!!! hm.. lepas tu,kenalah marah sebab cuai sangat. orang ni lupalah. sorry..

orang ni duduk je atas kerusi tepi rumah,mama pulak terus mencangkul. gaya mencangkul dah hangin semacam aje. ha!!!

tiba-tiba,ada seorang mak cik ni lalu tepi rumah kami dan berbual dengan mama. lepas tu,mama pun bagitaulah kat dia yang kami ni dah terkunci dari luar. hehehe.. malulah.. mak cik tu sengih je tengok orang ni. yela mak cik.. memang salah orang ni. janganlah sengih macam tu. huhuhu..

nasib baik,suami mak cik tu tak pergi kerja lagi jadi dia datanglah tolong. namun apakan daya,pintu rumah ni macam pintu besi. tak bergerak langsung. guna pisau pun tak boleh. kad lagilah tak boleh. hm..

mama pun pergilah tanya mak cik seorang lagi kalau-kalau kunci rumah dia sama dengan rumah kami. hm.. kunci tu bentuk aje sama tapi tetap tak boleh bukak pintu rumah kami. macam-macam cara dicuba. ada juga yang memberi cadangan membawa masuk seorang anaknya yang masih kecik melalui tingkap yang telah di'grill'. malangnya,grill rumah kami ni terlalu kecik untuk memuatkan seorang budak melepasinya. ha!!!

seorang jiran kami berhenti untuk melihat apa yang berlaku. namanya,pak cik rostam. suami mak cik ida pun pergilah kat dia.

"rumah akak ni terkunci dari dalam," beritahu suami mak cik ida.

"owh.. dah boleh bukak dah?" tanya pak cik rostam. hehehe.. soalan lucu yang tak masuk akal.

"hoi!! kalau dah boleh bukak,tak adalah kami terpacak kat luar ni. apa punya soalan da....," marah suami mak cik ida. hehehe.. kami semua ketawa. pak cik rostam ni nak buat lawak ke atau memang tak faham kejadian ni??

lepas tu,tiba-tiba ada seorang lagi jiran lelaki lalu. suami mak cik ida panggillah kawan dia tu. rupa-rupanya,pak cik tu bomba. namanya lokman.

"kau kan bomba?? mestilah kau tahu macam mana nak buat,"kata  suami mak cik ida. kami semua ketawa je la.

"aku pecahkan aje,"gurau pak cik lokman. hehehe..

akhirnya,pak cik lokman tu suruh guna hammer,ketuk tombol pintu sampai pecah. mereka pun buatlah. maka,pecahlah tombol pintu rumah kami ni. hehehe.. macam mana pun,ALHAMDULILLAH..sebab ada jiran yang sudi membantu walaupun kami ni baru berpindah.

terima kasih kepada semua yang membantu. =) i know it was my fault tapi janganlah marah. at least,ada kelebihannya jugak kan?? hehehe.. jiran-jiran semua dah boleh kenal-kenal dah.

at last,mama dengan orang ni pun pergilah beli tombol baru kat kedai hardware cina. murah je. rm15.. bila balik,pak cik rostam tu tolong pasangkan. first time tau,benda macam ni jadi tanpa diberitahu kepada baba. hehehe..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Kunci Tertinggal...

h4ni3 said...

aduhh..
sampai kena pecahkan tombol tu!
tapi tula.. mujur ada yg membantu kan

MJ said...

drhanie..em.. ALHAMDULILLAH.. nasib ade gak org tolong..

..kHAuLaH aL-aZwar.. said...

haha..suke cter neyh..

Mimi Jazman said...

..kHAuLaH aL-aZwar.. .. bab gelakkan akak mmgla ko suke kn?? :)

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

haha..mane ade..mang cter nie funny..stiap yg berlaku ade hikmah nye~=D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.