Kira-Kira by Cynthia Kadohata...





sebuah buku yang sesuai untuk bacaan para remaja. cover cukup cantik dan menarik kerana warnanya yang lembut memukau. jalan cerita pun menarik.

KATIE dan LYNN merupakan adik beradik yang sangat rapat. sejak kecil,mereka tak dapat dipisahkan. KATIE dan LYNN sentiasa melihat dunia dalam bentuk KIRA-KIRA yang bermaksud bergermerlapan. KATIE sentiasa ingin bersama LYNN walau di mana jua. LYNN menjadi punca inspirasi KATIE. walaupun kehidupan mereka sekeluarga agak susah,KATIE dan LYNN tak pernah kisah selagi mana mereka masih bahagia dan ada untuk satu sama lain.

LYNN sering mengatakan bahawa KATIE adalah adinya yang paling cantik,paling sempurna,paling baik dan sebagainya. bagi LYNN,ada KATIE sahaja sudah mencukupi. dia tak memerlukan ramai kawan selain KATIE. begitu juga dengan KATIE. bagi KATIE pula,LYNN adalah kakaknya yang paling sempurna dan bijak. segala apa yang dikatakan oleh LYNN dipersetujui oleh KATIE. setiap perkara yang dilakukannya juga adalah hasil tunjuk ajar LYNN.

setelah beberapa lama menetap di IOWA,keluarga mereka perlu berpindah ke GEORGIA kerana tawaran kerja yang diperoleh oleh kedua-dua ibu bapa mereka. jadi,dengan terpaksanya,LYNN dan KATIE berpindah ke GEORGIA walaupun mereka sangat menyenangi IOWA.

pada mulanya, hidup mereka baik-baik sahaja walaupun kedua-dua ibu bapa mereka sibuk bekerja. dalam kehidupan yang baik itu,mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa ibu mereka telah mengandungkan seorang adik lelaki yang akhirnya dinamakan SAM.

namun,setelah beberapa lama,KATIE dan LYNN mula berenggang. LYNN telah membesar menjadi seorang gadis cantik yang bijak sekaligus,cukup popular di sekolah. LYNN telah berkawan dengan seorang gadis yang juga popular di sekolahnya iaitu AMBER yang bercita-cita ingin menjadi model. ibu bapa LYNN dan KATIE pula jarang sekali berada di rumah kerana terlalu sibuk bekerja.

pada satu ketika,LYNN jatuh sakit dan tak mampu untuk bergerak banyak. ketika inilah,KATIE mengalami kesukaran dalam hidupnya. biasanya,LYNN akan membantunya dalam pelajaran namun sejak LYNN sakit,KATIE telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga SAM dan LYNN.

pada suatu malam,KATIE merasa bosan menenami LYNN yang sentiasa sakit lantas keluar ke halaman rumah sambil merenung bintang. dia merasakan sedikit kecewa dengan LYNN yang sudah berubah. LYNN tidak lagi LYNN yang kuat dan hebat seperti dulu. KATIE mulai merindukan kehadiran kakaknya. dia sangat menyayangi LYNN,dia tidak pernah mahu LYNN pergi. dia tidak pernah membenci LYNN walaupun mereka sering bergaduh. LYNN lah yang mengajarnya melihat dunia semasa ibu bapa mereka tidak sempat mengajarnya cara untuk melihat dunia. LYNN adalah guru yang hebat yang sering melihat dunia dalam pandangan KIRA-KIRA. ya... KIRA-KIRA. perkataan paling bermakna dalam kehidupan adik-beradik istimewa ini.

"dia telah pergi," kata bapanya sambil mendukungnya masuk ke dalam rumah. KATIE membuka matanya dan barulah dia tersedar bahawa dia telah tertidur di halaman rumahnya ketika merenung langit dan berfikir mengenai LYNN. dan ketika itulah baru KATIE tersedar bahawa dia telah kehilangan satu-satunya kakaknya. apabila ditanya siapa yang menemani LYNN semasa LYNN menghembuskan nafas terakhirnya,bapanya memberitahu bahawa tiada sesiapa di sisi LYNN ketika itu. LYNN bersendirian ketika menghadapi saat-saat terakhirnya.

pemergian LYNN membuka kisah baru kepada keluarga mereka di mana mereka kembali memperbaiki hubungan sesama mereka dan cuba kembali seperti dulu. KATIE pula sering berusaha dalam pelajaran demi mencapai impian kakaknya yang ingin membelikan tujuh buah rumah untuk ibu bapa mereka.

hari demi hari berlalu dan KATIE telah berjaya mengawal dirinya dengan baik sehingga dia akhirnya berjaya memajukan dirinya menjadi seorang kakak yang baik buat SAM.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Kira-Kira by Cynthia Kadohata...

gadisBunga said...

selamat membaca. :)

h4ni3 said...

dah lama tak baca novel
asyik baca blog orang jer..

huhu

MJ said...

gadisbunga..org ni dh hbis bacala.. hehehe.. tp..xpe..slmt habis baca.. ok..

drhanie..xpe.. bca blog pun best gak.. bnyk ckit cerita.. ada plbgy..

HonEyBuNNy said...

salam ziarah...;-)

MJ said...

honeybunny..terima kasih kerana sudi menziarah..

Anonymous said...

i hv that book too! nice rite?

MJ said...

Anon..yes.. Of course.. I tried not to cry wher i read that book.. How about ya??

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.