Kebetulan Ke??

ini sinopsis sebuah kisah korea yang orang ni pernah tengok tahun lepas :

cerita mengenai seorang gadis (A) yang merupakan anak seorang kaya. malangnya,ketika dia baru pulang dari luar negara,ayahnya disahkan meninggal dalam sebuah kebakaran. si ayah tersebut telah meninggalkan A bersama seorang adiknya (B) yang cacat. ibu tiri A mempunyai seorang anak perempuan (C) yang berkawan dengan seorang lelaki yang kaya (D). apabila mereka sekeluarga ditimpa kemuflisan,ibu tiri A mendapat panggilan daripada syarikat insurans yang meminta ibu tiri A untuk mengambil duit insurans kematian ayah A. 

ibu tiri A telah menghalaunya dari rumah tersebut dan pergi mengambil duit insurans tersebut tanpa memberitahu A dan B. 

D merupakan seorang lelaki kaya yang sangat teruk perangainya. D selalu dimarahi oleh neneknya kerana perangainya yang tak bertanggungjawab. 

B pula seorang anak yang cacat yang amat meminati piano. 

A mempunyai kawan lelaki yang menyukainya (E). E mempunyai seorang abang yang tidak menyukai A.

A pula tukar begnya dengan D dan begitu tidak menyukai D sementara D pula menyangka bahawa A telah mencuri begnya. 

kini,di ASTRO RIA terdapat sebuah cerita indonesia yang sama seperti kisah di atas tersebut. perinciannya juga sama. sebijik tu! pendapat kalian adakah ianya hanya sebuah kebetulan??  


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Kebetulan Ke??

gadisBunga said...

adat le tu. selalu tertengok cerita hindi yg jalan cerita sama dgn citer mat saleh, dah citer tamil yg sama macam citer hindi, dan citer melayu yg sama macam citer korea. huhuhu~

MJ said...

gadisbunga..tapi ini detail betul.. huh.. sampaikan kaler beg pun sama kira hebatla tu..

عقيله عبد الله said...

KDB ke ?

MJ said...

aqilah..ya.. KDB.. hehehe.. punyelah penat org ni fikir ape bendenye tu..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.