Jangan Hina Diriku!

orang ni bertudung labuh,satu jalan berat yang dipilih. kata ramai orang,yang bertudung labuh tak semestinya baik. ya.. orang ni setuju dengan mereka. yang bertudung labuh,tak semestinya baik.orang ni pun tak baik sepenuhnya. malahan,orang ni juga berdosa sama seperti insan lain. jadi,orang ni tidak pernah memaksa atau mengutuk mereka yang tidak bertudung. itu pilihan mereka. moga ALLAH membuka hati mereka untuk bertudung sebagai pelengkap peribadi. itu sahaja doa orang ni. orang ni kenal ramai insan yang tak bertudung,namun hati mereka baik. kadang-kadang lebih baik dari mereka yang bertudung. moga insan-insan tersebut mendapat hidayah dari YANG MAHA KUASA.

hari ini,seorang saudara berkunjung ke rumah. sengaja dia berjalan-jalan meninjau rumah kami. dia masuk ke bilik adik. baju sekolah adik yang tergantung di penyidai diambilnya. tudung adik dibeleknya.

"labuhnya tudung adik!"

orang ni hanya tersenyum. ya.. tudung sekolah adik memang labuh. namun,kejelitaannya masih bisa jelas kelihatan dalam tudung labuh tersebut. malahan kejelitaan adik menjadi lebih luar biasa dalam tudung itu.

tadi,saudara tersebut pergi ke sebuah pasar raya. orang ni turut bersama kerana tiba-tiba jiwa menjadi sakit. saudara tersebut mencari tudung untuk anaknya yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah. baba membuat wajah pelik melihat saiz tudung tersebut. orang ni menyinggung siku baba,takut saudara kami yang seorang itu terasa dengan sikap baba. tambahan pula,dia seorang yang rapat dengan orang ni.

apabila tiba di rumah,dia memanggil anaknya untuk mencuba tudung tersebut. pastinya anaknya itu rasa pelik melihat tudung tersebut kerana dia bukanlah seorang yang bertudung. tiba-tiba,tok yan datang dari dapur.

"pendeknya tudung," katanya.

"tok rasa pendeklah sebab tok selalu tengok kami pakai tudung besar," orang ni cuba untuk menjaga hati saudara kami itu. tapi,terasakah dia dengan ayat itu kerana seketika kemudian dia berkata,

"ish! ni pun dah besarlah. tengok anak saya dah buat muka. macam tudung atirah (adik orang ni) besar sangat. macam tok nenek!" kata-katanya menusuk jiwa orang ni.

macam tok nenek?? ASTAGHFIRULLAH!! salah kami memilih jalan ini? apa salah kami bertudung labuh? terasa ingin menangis ketika itu juga. ya.. orang ni memang jahat. orang ni berdosa. orang ni tak baik mana. tapi kenapa dihina pakaian kami?? orang ni tak pernah menghina awak walaupun kita berbeza. adakah orang ni telah melakukan kesalahan?? tudung labuh adalah sebahagian dari diri orang ni. jika ada mereka di luar sana yang menghina tudung labuh,maka orang ni juga terasa dihina.

kalau tudung labuh macam tok nenek,orang ni juga macam tok nenek.

ALLAH..ampunkan orang ni di atas kesalahan orang ni. ampunkan orang ni. orang ni berdosa. jadikanlah orang ni insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. jangan biarkan kerana dosa orang ni,agamaMU dihina.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Jangan Hina Diriku!

ಠ_ಠ said...

just be yourself, be one of the ghurabaa' ! ^ 0^ cheer up & don't be sad C:

Annur Izz said...

mimi....sebagai contoh...makanan yang sedap xsemestinya sihat untuk tubuh kita..mungkin dlm 2 ada ajinomoto or something yang kita xtwu halal haram..makanan yang xsedap xsemestinya xsihat untuk tubuh kita...mungkin itu yang akan menjauhkan kita dari penyakit.. samalah mcm perjalanan hidup kita...kita pakai tudung labuh..da org kutuk n mengata..tp itulah suruhan dan arahan Allah untuk menyelamatkan hambanya daripada dilaknat...org y pakai tudung bagaikan 'bungkus' kepala..lepa dipuji dan dijadikan ikutan...itu yang best kan?..tp Allah xpenah benarkan pun berkeadaan sebegitu..malah terlalu pedih azab yg ditetapkan..bukan mudah untuk menjadi yg baik..tp xmustahil untuk jadi baik..bukan mudah untuk menjadi muslimah solehah..tp xmustahil untuk jadi muslimah solehah..hiduplah dalam arus ajaran Islam..bukan arus ajaran duniawi..dan igatlah bahawa mimi xkeseorangan dlm jihad di jalan Allah..kita semua berjemaah..tp Allah memisahkan kita dalam bentuk tempat dan keadaan..kuatkan dirimu mimi jazmin..Allah always wif 2 dear...

mohammad said...

selamat tahun baru...

mimi jazman_MJ said...

ಠ_ಠ..yes..ghurabaa'.. sounds interesting.. u really know how 2 say things.. may ALLAH bless u..

MJ said...

annur izz..terima kasih atas sokongan yang diberi walaupun jarak memisahkan.. sesungguhnya,seorg kakak sepertimu amatlah diingati.. may ALLAH bless u..

MJ said...

mohammad..selamat tahun baru juga buat awak.. may ALLAH bless u..

Anonymous said...

orang yg menghina wanita yg memakai tdung labuh jga bermakna mereka menghina islam....

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.