Irama Rintik Hujan...

mendengar rintikmu buat kali pertama di tempat baru
bagaikan mendengar sebuah irama penawar kerinduan

rintikmu yang disertai angin dingin
seolah-olah membisik kata-kata rindu dari mereka yang kejauhan

kakiku terasa ingin menari rancak di bawah rintikmu
menikmati angin dinginmu yang mencengkam jiwa
ingin sekali diri ini berlari-lari di bawah rintik-rintikmu
disertai dengan iramamu yang indah

rindu sekali kepada anginmu
jiwa jadi kacau tatkala cuba mententeram diri yang kerinduan pada bisikanmu
selalunya bisikan rindu didengari melalui angin sedap yang nyaman

namun kali ini berbeza
hujan pula yang seolah-olah menyampaikan bisikan rindu mereka

aduh!
aku yang sengsara menahan diri dalam kerinduan kalbu
aku yang terseksa menahan diri dari merasai kesejukan rintik hujan yang rancak di luar sana
ingin sekali memainkan irama rintik hujan andai kata aku bisa melakukannya
aku terlalu kerinduan pada mereka di sana!

hujan,kesejukanmu begitu mencengkam
mengapa sebegini kasar kedinginan anginmu?
bagaikan ada kesakitan jauh di sana

hujan,rintikmu menyakiti hatiku yang dicengkam rasa rindu
aku sakit sekali mendengar rintik hujanmu yang rancak
aku rindu pada mereka tatkala mendengar irama rintikmu

mendengar rintikmu
bagaikan mengimbas kenangan manis yang begitu melekat dalam ingatan

semuanya sudah di luar kawalan
aku dalam kekacauan perasaan yang tak bisa aku nafikan

hujan,irama rintikmu menikam jiwaku yang kerinduan...


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Irama Rintik Hujan...

gadisBunga said...

ini ada bau tgh rindu-rinduan ni....kan? hihihi~

MJ said...

gadisBunga..mestilah.. teringat tempat lama..

Ati Masrif said...

salam kenal MJ,

ehem...berbunga-bunga nampak

baru darjah berapa ni ...ha? :P

kak ati FLW u sayang...15 ^_^

MJ said...

mana ada darjah la.. tingkatan 4 dah pun.. dah besar sikit dah.. hehehe.. thanks ya sbb follow.. may ALLAH bless kak ati.. =)

h4ni3 said...

uiiii
apsal jiwang bebeno nih?
hehehe

MJ said...

drhanie..orang ni tengah rindu kat tempat lama lah..

humaira' said...

aahh...sgt best ayt yg nti karang mimi..dgn muzik dh syahdu ni.turut mmbuatkn ana spt merasai setiap bicara yg tertulis..sgt best!tahniah..:')

MJ said...

humaira'..terima kasih.. biasalah.. jiwa kacau..inilah jadinya..

humaira' said...

em..klu camtu kira samalh kita..

MJ said...

Humaira'...anti kenapa??

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.