Huh.. Akhirnya..

dari semalam,orang ni cuba untuk post tapi ruangan untuk new post tak habis-habis download. huh.. sabar ajelah seharian tak boleh post entri baru. agak geram sebab semalam ada benda hendak diceritakan. tapi malangnya,hari ni jiwa nak menulis tentang hal tersebut turut hilang ditelan masa. mungkin sebab itu mimi jazman ada blog. kerana mimi jazman mudah hilang perasaan. terlalu banyak perkara berlaku dan jika tidak ditulis maka mimi jazman akan terlupa. selalunya begitu.

rupanya,laptop baba mungkin ada sedikit masalah. tak boleh nak letak post baru dan untuk facebook pula,tak boleh beri komen. baba kata,nanti dia akan format lain  laptop tu. sekarang,orang ni pakai komputer je la. walaupun komputer ni agak lambat,paling kurang masih boleh lagi tulis entri baru.

pagi tadi,orang ni lihat cuaca di luar sebelum menghantar adik ke sekolah. ALHAMDULILLAH.. nampaknya takkan hujan walaupun keadaan sekeliliing sejuk yang teramat. terfikir untuk berjogging memandangkan diri sudah terasa berat dan sedikit malas sejak kebelakangan ini. biasanya,orang ni akan lebih bertenaga dan sedikit aktif selepas menggerakkan segala otot-otot tubuh badan yang sudah sekian lama berehat.

seperti yang dirancang,mama dan orang ni berjogging sebaik sahaja adik telah dihantar ke sekolah. mama memilih untuk berjalan sahaja sementara orang ni pula berlari-lari anak untuk satu pusingan. terasa rindu benar untuk berlari sebegini. sejak hari meninggalkan rumah lama,orang ni belum sempat berlari-lari sepuas hati.

mengapa mimi jazman boleh terjebak dalam hal ini,mimi jazman sendiri tak pasti. dulu,orang ni malas sekali ingin bersukan tambahan lagi berlari-lari. di sekolah juga,orang ni bukanlah pelajar yang aktif bersukan. selalunya,orang ni akan duduk di tepi dan memberikan sokongan dari tepi sahaja. kini,sedikit perubahan telah berlaku. orang ni begitu teringin untuk berlari-lari walaupun sekejap. badminton pula ibarat satu ketgihan yang melarat.

tempoh hari,pak zaki dan adam bermain badminton di hadapan rumah kami. orang ni hanya melihat dengan iri hati. cemburu melihat mereka bermain. walaupun,orang ni bukanlah seorang yang profesional tapi orang ni masih terkena tempias kehangatan badminton. badminton merupakan satu-satunya permainan yang orang ni mampu main. jadi sejak mula bermain di court padang temusu,orang ni bagaikan tak mahu berpisah dengan badminton. ada satu rasa hebat menyelinap dalam jiwa sebaik sahaja orang ni memegang raket badminton. larian dan pukulannya mampu memberikan orang ni satu kepuasan yang mendalam. segala masalah atau rasa tak senang boleh hilang dalam setiap pukulan yang dilakukan. walaupun kalah sepanjang masa,orang ni masih ingin bermain kerana kurniaan nikmat rasanya yang sunguh memukau.

tempoh hari,semasa menonton my girl terdapat satu babak yang mendatangkan satu rasa kepuasan di hati orang ni. babak di mana lee dong wook dan lee jun ki bermain skuasy dengan sepenuh jiwa kerana masing-masing sedang tertekan dengan keadaan sekeliling. huh.. puas melihat mereka bermain sepenuh tumpuan. rasa teruja menyelinap di segenap jiwa di saat menonton babak tersebut. begitu juga di saat orang ni melihat kim seo hyun bermain tenis menewaskan lawannya. perasaan teruja menyelinap lagi. puas sungguh rasanya.

larian dan pukulan menjadi sesuatu yang menarik minat orang ni,agaknya. entahlah. yang pasti,hari ni orang ni puas dapat berlari walaupun hanya untuk satu pusingan.

ALLAH..terima kasih kerana mengembalikan rasa teguh itu di hatiku. hanya KAU yang tahu betapa aku merindui untuk berlari meninggalkan rasa sedih yang meletus di jiwa.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.