Hari Pertama Adik di SMKDSA...

adik bangun agak awal namun katilnya tetap tidak dikemas sebelum ke sekolah. hm... kami tiba agak lewat. lebih kurang jam 7.20 pagi barulah kami tiba sedangkan adik sepatutnya masuk perbarisan 5 minit lebih awal. parking di SMKDSA agak susah dicari kerana ruang parking yang disediakan agak sempit sehigga menyebabkan mama perlu meletakkan kereta di luar kawasan sekolah.

pelajar di sekolah adik nampak baik-baik sahaja. ramai juga pelajar perempuan yang bertudung labuh. ALHAMDULILLAH.. moga-moga adik masih dapat menjaga diri semasa di sekolah baru. pengetua sekolah tersebut kelihatan sangat garang. dan yang lebih menarik lagi,kereta pengetua sekolah adik merupakan sebuah kereta sport. kecil dan berwarna putih. memang kereta sport. jadi,nampaknya pengetua sekolah adik masih solo. hehehe..

kami sempat berkenalan dengan seorang mak cik bernama ani. cantik orangnya. tinggi,kurus dan berkulit putih. khabarnya,dia orang seremban manakala suaminya pula orang johor. mereka memang sering berpindah randah. anaknya bernama widya dan memperolehi keputusan yang sama dengan adik dalam UPSR. cik ani pernah tinggal di baling suatu ketika dahulu. apabila mendengar cerita mengenainya,orang ni bagaikan susah hendak percaya. anak sulungnya tidak lama lagi akan balik dari UK. usia anak sulungnya itu 27 tahun! anak kedua bekerja di bank berusia 24 tahun! anak ketiga masih belajar,21 tahun! mengapa widya boleh sebegitu jauh beza usianya dari abang-abangnya? tetapi,tiada yang mustahil sebenarnya. ALLAH kan MAHA BERKUASA? cik ani memang tak kelihatan seperti sudah berusia. kalau diletakkan di sebelah orang ni,mungkin ramai orang akan menganggap kami adik-beradik sedangkan anak sulungnya sudah berusia  27 tahun! SUBHANALLAH..

selepas menghantar adik ke kelas,mama dan orang ni bergerak ke kantin bagi mengisi perut yang kosong. saat itulah orang ni terkenangkan ISLAH. air di SMKDSA sangatlah tawar sedangkan di ISLAH,airnya sangat murah dan sedap. oh.. rindunya pada ISLAH. gambaran ISLAH bermain di mata.

adakah ಠ_ಠ dia masih memakai baju lamanya?
adakah 'si dia' masih mengealkan purdahnya?
adakah annur izz di sana?
adakah sang pencari cinta masih di sana?
adakah gie dan nuol baik-baik sahaja?
bagaimana pula dengan Putera itu? bersedihkah dia?
yang lain pula bagaimana? tidak sabar rasanya untuk membaca post ಠ_ಠ dan 'si dia' mengenai ISLAH hari ini.


semasa di kantin itu juga,mama dan orang ni tercuit hati melihat kanak-kanak istimewa yang diberikan pendidikan khas di situ. semasa kami menanti di kantin,kanak-kanak istimewa tersebut keluar untuk berehat. macam-macam yang dapat kami lihat.


dan yang lebih lucu adalah mengenai seorang pelajar lelaki (kurang matang,sebaya orang ni). sejak awal lagi orang ni terpandangkan pelajar tersebut memandangkan dia kelihatan lebih tua berbanding dengan yang lain. matanya juga terpandangkan orang ni. wajahnya lucu. dia melihat orang ni kemudian membuat reaksi seperti merasakan bahawa orang ni memerhatikan dia. dia membeli makanan kemudian mengambil tempat di sebelah meja orang ni dan mama. orang ni perhatikan pula kanak-kanak istimewa yang lain,kemudian pandangan orang ni singgah sebentar di mejanya. dia mengalihkan wajahnya kemudian tertawa. lucu sekali. kemudian,perkara yang sama berlaku sekali lagi. orang ni melihat ke arahnya dan matanya tepat melihat orang ni sambil terkelip-kelip. kemudian,dia ketawa lagi. tawa orang ni tidak dapat ditahan lagi lantas meletus sedikit. lucu! 

bagaimanapun,pelajar lelaki tersebut tergolong dalam kanak-kanak istimewa jadi,dia bukanlah seseorang yang boleh digelar kasanova dengan caranya itu. mungkin dia saja mahu bermain-main. jangan katakan bahawa orang ni sedang bermain skandal dengan pelajar lelaki itu ya.. kerana dia memang termasuk dalam golongan kanak-kanak istimewa jika dilihat dari gayanya yang seperti anak kecil berusia 6 tahun.


adik sudah pulang dari sekolah da khabarnya,guru kelasnya juga orang kedah. hari orientasinya biasa-biasa sahaja dan dia amat teruja kerana sering menjadi yang pertama dipanggil oleh guru-gurunya. adik memperkenalkan dirinya sebagai mimi atirah dan meminta yang lain memanggilnya mia. tiba-tiba,salah seorang cikgu di situ berkata, "oh..miaow.." hehehe.. mungkin dia sengaja bergurau sedemikian supaya kawan-kawan yang lain boleh mengingati nama adik. walaubagaimanapun,adik sudah boleh berkawan dan katanya,kawan-kawan di SMKDSA baik dan comel. lebih kurang dengan kawan baiknya di ISLAH dulu. ALHAMDULILLAH...

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Hari Pertama Adik di SMKDSA...

humaira' said...

alhamdulillah..baguslah mcm tuu..
emm...sang pencari cinta pon masih kekal dicni alhmdulillah =)

MJ said...

Humaira'..Alhamdulillah.. Bguslah klau mcm tu..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.