Hadiah...


bukan ingin berbangga diri atau takabbur. ini sekadar cerita kerana hati tak dapat lagi menahan rasa girang yang menceriakan hari.

semalam,adik mengajak baba keluar untuk membeli barang-barang untuk kelas pendidikan visualnya. aneh bagi orang ni kerana orang ni tak pernah belajar pendidikan seni visual sejak berumur 10 tahun. subjek di ISLAH sudah cukup padat dan di ISLAH juga,pelajar-pelajar darjah 4 sudah tidak diajar subjek pendidikan seni. hehehe.. bagus juga bagi orang ni kerana orang ni sememangnya tak punya bakat dalam seni. lukis orang lidi je mampu. lain semua hampeh.

sambung kepada cerita tadi. baba akhirnya membawa kami ke sebuah kompleks membeli-belah yang belum pernah kami kunjungi. parkson seremban. bangunannya warna ungu terang. hehehe.. rasa lucu pula melihatnya kerana di SP,bangunan parkson kami berwarna putih kosong sahaja. walaubagaimanapun, rasa suka melilit jiwa melihat bangunan comel itu.

masuk sahaja ke dalam kompleks itu,kami sekeluarga terpempan. inilah SENTOSA SEREMBAN,kata baba. di KEDAH,SENTOSA merupakan tempat yang dipenuhi dengan jualan gadget-gadget terkini. huh.. di kiri kanan kami banyak sekali kedai yang menjual telefon bimbit.

baba mula membuat hobinya iaitu meng'survey' harga barangan. bagi kami kini,memang banyak gadget yang perlu dibeli memandangkan selama ini kami hanya meminjamnya sahaja dari teman kilang baba. CIK GPS dan PAK CIK COOLPIX perlu dicari ganti. tidak lama lagi CIK GPS perlu diserahkan semula kepada teman baba. PAK CIK COOLPIX pula sudah lama diserahkan semula kepada pejabat continental,tempat baba bekerja dulu. satu lagi tambahan,tiga buah telefon bimbit bagi menggantikan telefon baba,orang ni dan adik yang sudah nyawa-nyawa ikan. telefon baba sudah empat tahun digunakan. telefon orang ni pulak masuk air. telefon adik pula,telefon percuma hadiah tempat kerja lama baba. hehehe.. mungkin sudah tiba masanya,kami bertiga menukar telefon baru.

dari dulu lagi baba sudah mencadangkan kami bertiga menggunakan c3 kerana kecanggihan yang ada padanya. pada mulanya,orang ni tak setuju tapi entah bagaimana,orang ni semakin jatuh cinta pula pada gadget bersaiz gedabak itu. hehehe.. nama pun hadiah kan,mestilah suka.

akhirnya,kami berhenti di sebuah kedai. taukenya seorang lelaki cina berbaju pink yang boleh tahan kacak (sempat lagi tu! hehehe..). kedai tersebut menjual segalanya yang kami perlukan. GPS..CAMERA..C3.. kesemuanya ada dan boleh dibeli dengan harga pakej. hehehe.. kami ditawarkan dengan harga yang cukup best apabila tauke cina itu mendapat tahu kami ingin membeli barang lain juga darinya.

huh.. selepas tamat sesi soal jawab antara baba dengan tauke cina itu,baba berjanji padanya bahawa kami akan datang semula dengan membeli semua barangan tersebut serentak pada hujung bulan nanti (gaji pertama tempat baru. hehehe..). baba telah mencatat semuanya di atas kad nama yang diberikan oleh tauke cina tersebut.

kata baba,"tauke,i datang balik bagi ini kad pada u ini hujung bulan. u ambik kad ni,i ambik barang i. ok?" hehehe.. cari benda lain,benda lain yang dapat.

bagaimanapun,orang ni bersyukur kerana ada DIA memberi keizinan kepada orang ni merasa hadiah yang sudah lama orang ni inginkan. mungkin ini yang dikatakan oleh 'si dia' dan ಠ_ಠ mengenai benda yang lebih baik. hehehe.. terima kasih kerana memperingatkan orang ni. doakan orang ni gunakan barangan itu dengan baik ya...

[+]

warna mana yang lebih cantik ya antara tiga warna di atas?? rambang mata pula jadinya. hehehe.. over!!

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Hadiah...

gadisBunga said...

i'll stick to black. always. heheh.

tapi pink n gold tu pun cantik. memana pun boleh asalkan org hadiahkan. huhu~

p/s: maaf tersalah eja nama kamu dalam entry kite. dah dibetulkan. :)

MJ said...

hehehe.. pink tu tak bolehlah pulak sebab adik nak kaler tu.. malas nak bagi sama dengan dia.. lagipun kena tambah rm60 kalau nak kaler pink sebab kata tauke cina tu,"pink kaler mahal sikit."

hehehe.. so,tinggal black dengan gold je la.. mama kata dua2 lawa.. and xtaulah lagi.. baba tak ckp lg dia nak kaler apa..

[+]thanks ye sbb perbetulkan.. sebenarnya x kisah pun.. thanks sbb sudi perbetulkan..

عقيله عبد الله said...

kalo ana..plih black.. :)

Annur Izz said...

hehe..akhirnya hajatmu tercapai...hadiah istimewa untuk kejayaanmu adalah hati ibu bapa mu yang berbunga keriangan..tahniah...ambik fon warna black..nmpak menarik walaupun hitam...

suekay said...

gxgxgxgxgxgx! ^^

ಠ_ಠ said...

alooo.. mane acik, dia dpt lu ; u; keke~ hitam aar, nmpk smart ;D

MJ said...

annur izz..em.. akhirnya hajat tercapai juga.. black?? hehehe.. dah dua org kate black..

MJ said...

aqilah.. dah tiga kata black..

MJ said...

suekay..gold ke tu??

MJ said...

ಠ_ಠ..dah empat kata black..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.