Gosip Artis...

huh.. berbicara mengenai artis mungkin boleh menaikkan darah orang ni. geram dengan telatah mereka yang sering berpura-pura. bukan mahu mengutuk atau mengata mereka. ya.. orang ni akui tak semua artis begitu. ada yang benar-benar jujur dalam menjalani hidup dan berusaha keras untuk menampilkan personaliti yang baik.

manusia biasa.. tidak terlepas dari kesilapan dan moga kita sentiasa baik dari hari ke hari. mungkin ada hikmah ALLAH menjadikan para artis kepada kita. mungkin sebagai ujian ataupun sebagai tempat kita melihat kelemahan diri. sesungguhnya DIA lebih mengetahui.

gosip tentang artis tak pernah habis. makin hari,ianya semakin menaikkan darah orang ni dan kini,orang ni memilih jalan untuk tak mengikuti langsung perkembangan-perkembangan kehidupan para artis supaya tiada hati yang pedih.

kadang-kadang,mereka bercakap keterlaluan sehingga ada yang menyentuh hal-hal sensitif. orang ni menganggap ianya hanya sekadar adat dunia artis jadi,biarkan sahajalah. takut sekiranya kita berbicara lebih,kita pula yang tersalah pilih.

may ALLAH protect all of us..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.