Don't Love Me...

don't love me just the way i am..
love me just the way you want me to be.

i am not the best,far from being perfect..
but i'll try harder and harder.

because i believe that...
love is all about giving not receiving.

[+] ni mimi jazman yang reka sendiri. sekadar pendapat dari sudut pandangan yang masih mentah.

bagi orang ni,kita tak sepatutnya mengharap orang lain terima kita seadanya. kita seharusnya meminta orang lain menerima kita kerana usaha kita untuk memenangi hatinya.

kalau seseorang itu menerima kita bersama kelemahan kita,bagaimana kita harus memperbaiki diri supaya kelemahan itu hilang?? jika kita suka mengumpat,takkan nak harapkan orang lain sayangkan kita dengan perangai kita tu. sebaliknya,kita kena ubah diri kita untuk buat orang lain sayangkan kita.

kita harus bersedia untuk berubah sekiranya kita sayangkan seseorang. dari situ,barulah seseorang tu tahu bahawa kita sayangkan dia dan kita ingin berubah untuk dia. INSYAALLAH,dia akan sayangkan kita kerana pengorbanan kita tu.

kita sentiasa lemah tapi itu tak bermakna kita tak boleh mencuba.

bak kata sang pencari cinta,cinta adalah untuk memberi bukan menerima. andai kata kita mencintai seseorang,kita akan rasa seronok untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. inilah hati yang ikhlas.

ini bukan sekadar bercinta dengan kekasih ye.. hehehe.. ini juga boleh diselarikan dengan cinta kepada ibu bapa.

kalau kita sayangkan mak ayah kita,kita akan berubah menjadi lebih baik kan?? takkan nak mengharap mak ayah kita sayangkan kita dengan segala kelemahan kita. kalau tak mampu jadi sempurna pun,at least kita dah try.

kalau sayangkan ALLAH,kita akan menjadi hamba yang lebih baik kan?? takkan nak mengharap ALLAH terima kita dengan kelemahan kita. at least,try. kalau tak berjaya pun tak apa.

last sekali..orang ni yakin USAHA adalah ukuran yang terbaik. hasil adalah ukuran kedua.

macam mana pun,ni hanya pendapat orang ni. kalau ada yang tak setuju,boleh beritahu dengan cara baik. kalau ada yang beri pendapat,orang ni alu-alukan.


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.