Chak De! India...


ini satu lagi kisah hindustan yang agak menarik. tiada babak cinta yang tak senonoh,hanya ada babak-babak kasar menceritakan kisah pemain-pemain hoki. heronya,shah rukh khan. salah seorang daripada pelakon kegemaran orang ni.

bermula kisah mengenai shah rukh khan yang menjadi seorang pemain hoki yang dituduh makan rasuah dari pihak lawan. shah rukh khan menghilang selama tujuh tahun kemudian kembali muncul untuk melatih sekumpulan pemain hoki perempuan.

shah rukh khan menekan pemain-pemainnya supaya bermain dengan baik dan meneguhkan semangat serta niat di dalam diri mereka. asalnya,pemain-pemain tersebut berpecah-belah dan sering bergaduh. mereka juga sangat degil. namun,shah rukh khan akhirnya menebus maruahnya dengan melatih pemain-pemainnya sehingga berjaya di dalam piala dunia.

pemain-pemainnya bersatu dan bersama dalam setiap perkara. yang menarik dalam cerita ni adalah semangat yang ditanam oleh shah rukh khan dalam diri pemain-pemainnya. huh.. hebat cerita ni. buat orang ni bersemangat pulak. hehehe..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.