Cemburu...

perkataan yang satu ini cukup meranapkan jiwa orang ni. cemburu.. orang ni sering cemburu. malahan cemburu yang tak kena pada tempat. kadang-kadang rasa hendak marah pada diri sendiri dan katakan pada diri ini,"kau manusia yang tamak!".

ya.. mimi jazman seorang yang tamak. sentiasa inginkan diri diberi perhatian. imbasan hari kejayaan juga belum tentu dapat memujuk jiwa yang tamak ini.

orang ni terlalu cemburu dengan kelebihan orang lain. sakitnya hati bila diri ini terasa terlalu tamak. tahu kenapa yang menyebabkan orang ni rasa demikian??

ingat kisah pada hari orang ni ambil keputusan PMR tahun lepas?? seksa sekali hari itu. kini,bekasnya masih terasa. rentetan dari keputusan PMR juga. sepatutnya orang ni bersyukur kerana dikurniakan kejayaan sebesar itu namun hati orang ni tak cukup ikhlas. ada sebahagian hati yang inginkan balasan. hati ini masih berbisik jahat dan penuh ketamakan. orang ni nak hadiah... bencinya!!

cemburu bila melihat adik dapat hadiah dari mama dulu sempena kejayaannya dalam UPSR. orang ni berjaya juga tapi kenapa tak dapat hadiah pun?? malahan,tiada langsung sambutan bagi menyambut kejayaan orang ni walaupun sekadar makan malam yang biasa.

ada ketikanya hati berbisik sesuatu yang sangat jahat. orang ni geram kerana tak mampu menepis bisikan itu pergi. malahan,hati jadi luluh mengenangkan perkara itu. kenapa sahabat-sahabat lain mampu memperoleh hadiah sedangkan orang ni tak? sahabat-sahabat lain dapat memuaskan diri sendiri dengan barangan baru mereka,orang ni pula?? dapat sahaja keputusan bagus tapi tak dapat apa-apa pun. baik tak payah keputusan cemerlang tu. itulah bisikan jahat yang orang ni selalu dengar. kadang-kadang nak lari tapi tak mampu kerana terpedaya. orang ni hanya mampu memendamnya namun tidak mampu membuangnya.

orang ni tulis perasaan jahat ni di sini kerana orang ni nak tahu apa pendapat kalian. orang ni nak minta tolong andai kata kalian ada cara bagi memujuk hati yang tamak ini. maafkan orang ni kerana tak mampu menjadi ikhlas dalam menghadiahkan kejayaan kepada mama dan baba. maaf yang teramat sangat kepada semua. hati ini merasa amat bersalah. sesiapa boleh bantu orang ni??

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Cemburu...

ಠ_ಠ said...

alololo mimi >:
cheer UP! i haven't got my gift yet, too >__< walopon adik bradik smua tuabangka dah, and ada yg dh kawen, smua pkat duk tanya balik kat ana.. 'awak nak apa?' haha, dulu punya la smgt ana nak camera lah, mp3 lah, laptop lah.. mcm2 lgi larh yg bdk zmn skarang duk ada. last2 ana pkir blik.. bkn guna pun mende tuh, klu duk asrama. (klu dok umah len cita laa) pkir2 lgi.. smua yg ana nak tu HIBURAN smata2 yg xdtg manfaat pun.. sja ja nak menda tu sbb nmpk org len ada gak.

in the end, it doesn't matter to me if i get anything or not because idk.. maybe sbb tak pasti, apa yg ana akn pinjam dari ALLAh tu, akn d'p'tanggungjwb dgn baik.. mungkin ada hikmahnya knp ALLAH tak bgi smua tuuh ;)cuba mimi check surah alBaqarah ayt 216.. mang jelas apa yg ALLAh katakan.. apa yg kita tak dpt (& yg kita ingini), ALLAh akan replace dgn menda lebih baik yg nti takkan EXPECT langsung! wallahua'lam.. hehe ;3 cuba tanya balik dkt diri.. nak dunia ka, akhirat? jgn lyn nafsu tuh! be a true mujahidah <3

MJ said...

ಠ_ಠ..thnks dear.. it helps me somehow.. maybe ALLAH nak bagi yang lagi best kan?? hehehe.. need 2 remind myself like that.. so i wont sad anymore bcoz of those things.. btul tu.. i need 2 b a true mujahidah.. and 2 b like that..i must have frens like u 2 help me up..

ಠ_ಠ said...

yeah, insyALLAH, if ALLAh let me, then i will help you <3 mimi nak no fon D: emel sat xD hahaha.

عقيله عبد الله said...

fikir yang positif..mimi :)
ana dulu pun mcm tu, slalu fkir adk brdik ana slalu dpt lebih dr ana.. tp bila ana muhasabah balik.. dh nk 15 thn ana hidup.. sapa yg tnggung..sbp bg mkn mnum..sp bg skolah.. kalo bkn my prents.. nak kta diorg plih kasih pun,kdg2 diprg bwk jgk g jln2.. kdg2 bg jugak benda2 yg ana nak..
alhamdulillah.. ana mmpu tepis perasaan2 jahat..

dan.. mungkin,Allah ingin memberi anti sesuatu yg lebih berharga dengan memeberi anti ujian kesabaran mcm ni.. insyaALLAH.. yakinlah dgn Allah..berserah pd Allah.. hti lebih tenang... insyaALLAH,kepahitan kini akan memberi kemanisan nanti.. apapun ttp berusaha m'jd anak yg solehah.. kalo diorg xnmpk, Allah nmpk.. :)

~MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS~

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.