Badminton Terbuka Malaysia...

seperti biasa,orang ni tak terlepas dalam menonton perlawanan-perlawanan menarik badminton. pemain dari china mengawal pentas final. cuma perlawanan men single aje yang tak melibatkan pemain dari china setelah lin dan menarik diri.

memang ramai orang mengharapkan dato lee chong wei berlawan dengan lin dan namun malangnya,lin dan menarik diri. ramai orang mempertikaikan sikap lin dan namun apakan daya,dia lebih layak menentukan samada dia hendak bermain atau tidak. lagipun,ini bukan kali pertama lin dan bersikap sedemikian.

perlawanan antara dato chong wei dan taufik nampaknya kelihatan agak biasa-biasa sahaja. tiada pertarungan sengit atau tekanan melampau walaupun ia merupakan perlawanan final.

bagi orang ni,dato chong wei dan taufik memang nampak biasa-biasa sahaja. permainan kali ini seperti permainan biasa sahaja bagi mereka. cuma ada beberapa ketika sahaja yang mendebarkan,lain kesemuanya biasa-biasa sahaja. rasanya,dato chong wei dan taufik ni saling bertolak ansur.

apa yang menarik,bagi orang ni adalah mengenai sikap mesra antara dato chong wei dan taufik. mereka kelihatan seperti sahabat baik. betul.. kemesraan mereka sangat menyenangkan. sempat berpelukan,bergurau dan ketawa bersama. mungkin itulah sebabnya,pengulas sukan tadi mengatakan bahawa dato chong wei dan taufik bersahabat baik. menarik bukan?? di sebalik pertarungan yang mempertaruhkan kejayaan,mereka masih bersahabat dan langsung tidak kelihatan langusng seperti bermusuhan antara satu sama lain.

bagaimanapun,tahniah DATO LEE CHONG WEI.. semoga berjaya lagi dalam perlawanan terbuka di korea nanti..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.