Archive for January 2011

Orang Lain Tak Berminat...

bila kita minat sesuatu,pasti kita mengaharp orang lain minat benda yang sama,bukan? itulah hakikatnya. mungkin orang lain tak,tapi mimi jazman ya. orang ni selalu berharap orang ni ada kawan untuk kongsi segala minat. kalau kawan,mungkin susah hendak ditemui. ahli keluarga?? huh.. susah sedikit.

kecewa?? ya.. sedikit kecewa mula terasa kerana tiada teman paling setia untuk berkongsi segala minat yang ada. mungkin diri ini yang terlalu berahsia?? mungkin...

Posted in | 7 Comments

Our Weekend...

hehehe.. mentang-mentangla semalam cuti,kami pun pergilah shopping. baba pergi repair laptop. mama cari handbag dengan baju. adik dengan orang ni ambik gambar.. hehehe.. lepas shopping,terus pergi taman dekat jabatan kerajaan tu,kami piknik. hehehe.. orang tengok pelik je.. hehehe.. tak kisahlah.. janji kami enjoy.. yang tak berapa bestnya,elok je kami lepas makan,hujan turun.. huhuhu.. tak sempat nak ambik gambar.. taman tu cantik.. bersih pulak tu.. hm... tak pelah.. nanti je la kami ambik gambar lain kat situ..

 ni masa piknik tu.. tu mama and baba..

 ni masa kami nak cari handbag mama tu.. punyalah banyak tapi tak jumpa jugak.

 masa tengah tunggu mama,orang ni dengan adik kebosanan maka kami pun bergambarlah.. hehehe.. dalam mall pun boleh jadi..

 baba tengah tengok handbag-handbag lain untuk mama.. baba memang pandai kalau bab memilih barang-barang. tak kiralah barang apa pun.

 mama yang nak beli,baba yang lebih-lebih.. hehehe..

masa tunggu mama pergi bayar,baba dah lapar sangat so makanlah aiskrim McD tu dulu sebagai alas perut.. hehehe..

[+] menghabiskan masa dengan keluarga memang best. terasa lebih dekat dari biasa. moga ALLAH terus memelihara keluarga kami ini. AMIN....

Posted in | 6 Comments

Kira-Kira by Cynthia Kadohata...





sebuah buku yang sesuai untuk bacaan para remaja. cover cukup cantik dan menarik kerana warnanya yang lembut memukau. jalan cerita pun menarik.

KATIE dan LYNN merupakan adik beradik yang sangat rapat. sejak kecil,mereka tak dapat dipisahkan. KATIE dan LYNN sentiasa melihat dunia dalam bentuk KIRA-KIRA yang bermaksud bergermerlapan. KATIE sentiasa ingin bersama LYNN walau di mana jua. LYNN menjadi punca inspirasi KATIE. walaupun kehidupan mereka sekeluarga agak susah,KATIE dan LYNN tak pernah kisah selagi mana mereka masih bahagia dan ada untuk satu sama lain.

LYNN sering mengatakan bahawa KATIE adalah adinya yang paling cantik,paling sempurna,paling baik dan sebagainya. bagi LYNN,ada KATIE sahaja sudah mencukupi. dia tak memerlukan ramai kawan selain KATIE. begitu juga dengan KATIE. bagi KATIE pula,LYNN adalah kakaknya yang paling sempurna dan bijak. segala apa yang dikatakan oleh LYNN dipersetujui oleh KATIE. setiap perkara yang dilakukannya juga adalah hasil tunjuk ajar LYNN.

setelah beberapa lama menetap di IOWA,keluarga mereka perlu berpindah ke GEORGIA kerana tawaran kerja yang diperoleh oleh kedua-dua ibu bapa mereka. jadi,dengan terpaksanya,LYNN dan KATIE berpindah ke GEORGIA walaupun mereka sangat menyenangi IOWA.

pada mulanya, hidup mereka baik-baik sahaja walaupun kedua-dua ibu bapa mereka sibuk bekerja. dalam kehidupan yang baik itu,mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa ibu mereka telah mengandungkan seorang adik lelaki yang akhirnya dinamakan SAM.

namun,setelah beberapa lama,KATIE dan LYNN mula berenggang. LYNN telah membesar menjadi seorang gadis cantik yang bijak sekaligus,cukup popular di sekolah. LYNN telah berkawan dengan seorang gadis yang juga popular di sekolahnya iaitu AMBER yang bercita-cita ingin menjadi model. ibu bapa LYNN dan KATIE pula jarang sekali berada di rumah kerana terlalu sibuk bekerja.

pada satu ketika,LYNN jatuh sakit dan tak mampu untuk bergerak banyak. ketika inilah,KATIE mengalami kesukaran dalam hidupnya. biasanya,LYNN akan membantunya dalam pelajaran namun sejak LYNN sakit,KATIE telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga SAM dan LYNN.

pada suatu malam,KATIE merasa bosan menenami LYNN yang sentiasa sakit lantas keluar ke halaman rumah sambil merenung bintang. dia merasakan sedikit kecewa dengan LYNN yang sudah berubah. LYNN tidak lagi LYNN yang kuat dan hebat seperti dulu. KATIE mulai merindukan kehadiran kakaknya. dia sangat menyayangi LYNN,dia tidak pernah mahu LYNN pergi. dia tidak pernah membenci LYNN walaupun mereka sering bergaduh. LYNN lah yang mengajarnya melihat dunia semasa ibu bapa mereka tidak sempat mengajarnya cara untuk melihat dunia. LYNN adalah guru yang hebat yang sering melihat dunia dalam pandangan KIRA-KIRA. ya... KIRA-KIRA. perkataan paling bermakna dalam kehidupan adik-beradik istimewa ini.

"dia telah pergi," kata bapanya sambil mendukungnya masuk ke dalam rumah. KATIE membuka matanya dan barulah dia tersedar bahawa dia telah tertidur di halaman rumahnya ketika merenung langit dan berfikir mengenai LYNN. dan ketika itulah baru KATIE tersedar bahawa dia telah kehilangan satu-satunya kakaknya. apabila ditanya siapa yang menemani LYNN semasa LYNN menghembuskan nafas terakhirnya,bapanya memberitahu bahawa tiada sesiapa di sisi LYNN ketika itu. LYNN bersendirian ketika menghadapi saat-saat terakhirnya.

pemergian LYNN membuka kisah baru kepada keluarga mereka di mana mereka kembali memperbaiki hubungan sesama mereka dan cuba kembali seperti dulu. KATIE pula sering berusaha dalam pelajaran demi mencapai impian kakaknya yang ingin membelikan tujuh buah rumah untuk ibu bapa mereka.

hari demi hari berlalu dan KATIE telah berjaya mengawal dirinya dengan baik sehingga dia akhirnya berjaya memajukan dirinya menjadi seorang kakak yang baik buat SAM.

Posted in | 7 Comments

Night of Terror...

 semalam,orang ni tidur agak lewat tengok cerita ni. best...

bermulanya kisah ini apabila JILL,seorang wanita berkerjaya tahu akan perbuatan curang suaminya (SUAMI). perbuatan curang tersebut diketahuinya melalui seorang lelaki (PEMINAT).

PEMINAT memberitahu JILL mengenai perbuatan curang SUAMI dengan niat dapat memilik JILL.

akhirnya,JILL berlaku curang dengan PEMINATnya.

SUAMI telah mengakui salahnya dan meminta maaf pada JILL dengan sungguh-sungguh. SUAMI telah berjanji dengan hati yang penuh rasa bersalah,dia ingin memperbaiki keadaan.

pada hujung minggu,JILL,SUAMI dan anak mereka,OLIVIA keluar berkhemah di sebuah tempat yang sangat jauh dari orang ramai dan di situ,JILL mengaku bahawa dia juga mempunyai hubungan sulit di luar bersama PEMINAT.

tanpa mereka sedari,sebenarnya PEMINAT telah mengikut JILL dan keluarganya. PEMINAT merancang untuk membunuh SUAMI namun rancangannya gagal apabila teman lelaki OLIVIA iaitu ZACK datang menyertai mereka di tapak perkhemahan tersebut.

ZACK telah menyebabkan rancangan PEMINAT gagal lantas ZACK dibunuh oleh PEMINAT semasa ZACK hendak keluar dari kawasan itu untuk meminta pertolongan.

pergelutan demi pergelutan di antara mereka sehinggalah akhirnya JILL membunuh PEMINAT dengan tembakan cahaya bunga api kecemasan yang ada padanya.

[+] cerita barat memang agak aneh. selalu cerita tentang masalah keluarga dan susah sikitlah nak jumpa cerita di mana anak-anak barat ni menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. macam mana pun,plot cerita ni agak menarik jadi orang ni pun tengok je la walaupun ada part-part rasa macam nak marah je si OLIVIA tu tengking-tengking mak dia. huh..

moga orang ni menjadi anak yang baik buat mama dan baba. AMIN.....

Posted in | Leave a comment

Penulis Barat...

baiklah. ada sesiapa yang suka baca cerita barat yang telah ditranslatekan ke bahasa melayu??

orang ni dah baca banyak buku yang telah ditranslatekan ke dalam bahasa melayu sebab diri ini tak begitu pandai bahasa inggeris. hehehe.. siri harry potter.. twilight dah selesai dua buah.. lepas tu,ada lagi satu buku novel..tajuknya..alamak kantoi! hehehe.. tajuk cam cerita melayu je.

sebenarnya,buku barat memang agak berbeza kalau hendak dibandingkan dengan buku-buku kita. buku kita memang bagus. banyak yang bagus. tapi,terdapat sedikit perbezaan pada buku barat.

biasanya,novel melayu tidak mempunyai begitu banyak penerangan. kalau novel barat,setiap seseuatu diceritakan sehingga betul-betul detail sampaikan kita boleh menjiwai novel tersebut dengan begitu mendalam. riak wajah..pergerakan..kesan bunyi.. semuanya diselitkan dalam penulisan novel barat bagi melengkapkan idea penulis mereka. gambaran penulis barat memang jauh mendalam.

mungkin,penulis kita patut contohi penulis barat dalam menyampaikan idea mereka dalam bentuk penulisan. novel kita banyak yang bagus dan boleh di'bagus'kan lagi sekiranya diperincikan dengan lebih mendalam. manalah tahu,kalau-kalau satu hari nanti,penulis kita boleh publish buku kita di negara-negara luar.

kalau penulis barat boleh buat novel mereka di'translate' dengan begitu meluas,kenapa tidak kita kan?? kita jugak mempunyai banyak penulis-penulis yang bagus.

kepada mereka yang begitu berbakat dan ingin sekali menceburkan diri dalam bidang penulisan,berusahalah ye.. may ALLAH bless all of you.. menulis boleh membantu kita mengubah cara hidup ramai orang. seterusnya,membolehkan kita menunjukkan perasaaan dan idea kita.

[+] cakap orang. kisah SAKINAH tu pun belum habis lagi.. hehehe..

Posted in | Leave a comment

Belakang Kereta...

mimi jazman betul-betul dalam mood berblogging. tapi,mood menulis yang suka hati,tak ada ayat-ayat pusing.

tadi,masa on the way balik ke rumah lepas hantar adik pergi sekolah,orang ni bercerita kisah hantu pada mama.

tiba-tiba,mama kata,

"kak tau,tadi mama ada tengok sorang cina tu. jalan tak ada badan. masa tu kita naik bukit,dia kat bawah. betul-betul belakang kereta kita. mama dok pelik kenapa dia jalan tak dak badan. laju pulak tu. baju dia warna hitam. laju betul dia jalan."

hehehe.. the truth is,cina tu naik motor. kalau naik bukit,kita biasanya takkan nampak bawah kan sebab bukit tu tinggi. kebetulan pulak kami naik kereta yang tinggi. cina tu dok bawah sikit,belakang kami. memanglah tak nampak cina tu naik motor. punyalah suspen! ingatkan hantu cina tadi! hehehe..

mama betul-betul suspen. hehehe..

Posted in | 2 Comments

Kesalahan...

orang ni rasa sangat menyesal sekarang ni. orang ni dah sakitkan hati seorang kawan. orang ni dah abaikan dia edangkan dia sangat sayang dekat orang ni. orang ni memang cepat lupa diri!! tak sedar diri!! rasa marah sangat-sangat kat diri sendiri. orang ni bersalah kat dia. orang ni dah sakitkan hati dia. dah mintak maaf dah,dia kata dia dah maafkan tapi dalam masa yang sama dia macam angin je kat orang ni. orang ni tak marah pun kat dia. sedang marah kat diri sendiri je. kecewa dengan sikap diri sendiri. dia tu baik sangat kat orang ni,orang ni pulak boleh buat perangai. semua ni hanyalah kerana kisah lama. semua kisah lama itu membentuk orang ni kini. sangat kecewa. dulu,orang ni asyik patah hati aje dengan kawan-kawan. sekarang,orang ni pulak yang asyik patahkan hati kawan-kawan. kejamnya mimi jazman!! sangat-sangat kecewa ni. kecewa dengan diri sendiri.

[+] ini sekadar luahan hati seorang budak kecik yang ada masalah biasa bagi seorang budak. bagi sesiapa yang menganggap orang ni tak matang,maaflah kerana telah menyakiti hati kalian. may ALLAH bless us..

Posted in | 2 Comments

Kepada Sang Pencari Cinta...

ini sekadar utusan yang tak mungkin berbalas.

kepada sang pencari cinta..maafkan orang ni kerana telah melukai hati kamu sebagai seorang kawan. orang ni mintak maaf sangat-sangat kerana telah tidak mempedulikan awak. sering orang ni biarkan mesej awak tanpa berbalas. maafkan orang ni.. bukan niat di hati ingin melukai tapi memang diri ini lemah yang sangat. cepat lupa pada mereka yang bernama kawan. orang ni mintak maaf sangat-sangat sebab dah lupakan hari lahir awak. bukan sengaja. memang teringin nak wish tapi terlupa tarikhnya. orang ni mintak maaf.

[+] rasa macam nak menangis je. hm.. may ALLAH give me a calm heart. dan semoga ALLAH izinkan hubungan persahabatan kami berkekalan.

Posted in | Leave a comment

Kebetulan Ke??

ini sinopsis sebuah kisah korea yang orang ni pernah tengok tahun lepas :

cerita mengenai seorang gadis (A) yang merupakan anak seorang kaya. malangnya,ketika dia baru pulang dari luar negara,ayahnya disahkan meninggal dalam sebuah kebakaran. si ayah tersebut telah meninggalkan A bersama seorang adiknya (B) yang cacat. ibu tiri A mempunyai seorang anak perempuan (C) yang berkawan dengan seorang lelaki yang kaya (D). apabila mereka sekeluarga ditimpa kemuflisan,ibu tiri A mendapat panggilan daripada syarikat insurans yang meminta ibu tiri A untuk mengambil duit insurans kematian ayah A. 

ibu tiri A telah menghalaunya dari rumah tersebut dan pergi mengambil duit insurans tersebut tanpa memberitahu A dan B. 

D merupakan seorang lelaki kaya yang sangat teruk perangainya. D selalu dimarahi oleh neneknya kerana perangainya yang tak bertanggungjawab. 

B pula seorang anak yang cacat yang amat meminati piano. 

A mempunyai kawan lelaki yang menyukainya (E). E mempunyai seorang abang yang tidak menyukai A.

A pula tukar begnya dengan D dan begitu tidak menyukai D sementara D pula menyangka bahawa A telah mencuri begnya. 

kini,di ASTRO RIA terdapat sebuah cerita indonesia yang sama seperti kisah di atas tersebut. perinciannya juga sama. sebijik tu! pendapat kalian adakah ianya hanya sebuah kebetulan??  


Posted in | 4 Comments

Merokok...

orang ni masih ingat perbualan semasa di tingkatan satu dulu.

"ada orang kata depa (sebuah parti politik) tu tak best. kalau join depa tak boleh hisap rokok."

so......what?? orang ni pelik betullah. takkanlah nak pilih parti politik kita tengok kebenaran boleh merokok ke tak. kami masih budak untuk berfikir tentang politik tapi merokok tu masih perkara penting. sebagai budak,kenalah fikir.

merokok tu dah tahu merosakkan,kenapa nak pergi hisap jugak?? ini bukan politik ke apa ke. cuma,berfikirlah. apa kelebihan merokok sampaikan ianya dijadikan panduan untuk memilih parti politik??

tak sangka ada orang masih memandang rokok itu sebagai satu perkara mudah. ianya perkara berat yang harus dielakkan! ia bukan sekadar membunuh diri sendiri tapi membunuh orang lain jugak.

maaf. entri ni mungkin kelihatan agak kasar tapi orang ni memang tak suka kepada mereka yang merokok. bersyukurlah dengan nikmat nyawa yang diberi. kenapa nak bunuh diri dan orang lain sekali??

mereka yang merokok tu bukan orang jahat tapi sebaliknya,ramai di antara mereka yang merokok mempunyai hati yang sangat baik. tapi untuk apa merokok?? alangkah baiknya kalau diri yang baik,dibaiki lagi supaya menjadi lebih baik.

Posted in | 2 Comments

Hijrah Kami...

penghijrahan ke seremban bukanlah penghijrahan biasa buat kami sekeluarga.

kata baba,"kita kena balik dengan kejayaan."

kata mama,"kita kena jadi lebih baik kalau tak buat apa kita pindah."

penuh matlamat,bukan?? ya.. itu jualah yang yang orang ni sedang usahakan. menjadi lebih baik. doakan yang terbaik buat kami sekeluarga..

Posted in | Leave a comment

Menunggu di Sekolah...

masa on the way nak balik rumah,mama singgah beli serai dekat satu kedai ni. tepi jalan je. masa mama dah nak masuk kereta,tiba-tiba phone mama bunyi. dalam kalut-kalut nak angkat phone tu,tiba-tiba mak cik jual serai tadi datang bagi duit baki 50sen,mama lupa nak ambik. lepas tu,phone mama stop bunyi-bunyi.

bila check,orang ni katalah yang tu nombor public sekolah adik. memang pun. orang ni cam sangatlah nombor yang cantik tu. tapi mama macam tak percaya jadi masa nak balik rumah,kami terus pergi sekolah adik.

sekolah adik biasa je. tak nampak budak-budak keluar pun. dok belajar elok je. peliklah pulak. kenapa adik nak call mama waktu belajar?? kenapa adik call sekali je??

bila sampai rumah,mama try call and hantar mesej kat nombor tu. mama dah mula risau. yela.. risau takut adik yang call. lepas tu,macam-macamlah.

lepas tunggu kejap,mama ajak orang ni pergi tunggu kat sekolah sampailah adik balik. er...... orang ni tak bantah kalau cara tu boleh buat mama rasa lega.

masa tengah tunggu tu,kami order burger and ABC dekat kedai berhampiran sekolah adik. huh.. dari pukul 1.45 petang sampailah pukul 3.15 kami dok dalam kereta tunggu adik.

punyalah lama tapi tak terasa sangat sebab mama dengan orang ni banyak cakap. hehehe.. phone masih baru dan ada banyak benda yang boleh diteroka so..kami tak adalah bosan sangat. hehehe.. sempat lagi tu........

rupa-rupanya.............adik yang call. betullah orang ni cakap. adik cuma sempat call sekali lepas tu kena masuk kelas,duit syiling dia pun dah tak ada. itulah sebenarnya yang terjadi. itu je pun.. orang ni dengan mama punyalah lama menunggu dalam kereta tu!! huh..

Posted in | 3 Comments

Shopping dalam Gelap...

mungkin hari ni orang ni tak larat sudah nak nak tulis ayat pusing-pusing bagai. kita hentam sajalah. tak laratlah. hehehe.. lagipun,senang sikit orang lain nak baca kan??

tadi orang ni dengan mama pergi shopping barang dapur kat FAMILI STORE yang baru sahaja kami terokai. pernah pergi shopping di sebuah tempat yang gelap?? hehehe.. tadi,FAMILI STORE dan tempat-tempat di sekitarnya black out jadi kami pun shoppinglah dalam kegelapan. hehehe.. even dalam kegelapan pun kami shopping banyak,kalau terang benderang lagilah banyak. hehehe..

mula-mula mama rasa risau jugak sebab keadaan gelap. tak tau macam mana nak beli barang. tapi,mama kan expert?? kejap aje troli tu dah diisi barang. hehehe..

Posted in | 2 Comments

C3..

telah mencuba untuk post dari handphone baru ni tapi tak terdaya sebab besar sangat. bagi pengguna FB dan twitter mungkin suka dengan handphone. macam mana pun,pengguna blog juga masih suka telefon ni walaupun tak boleh buat post baru melaluinya. hehehe..

semalam,baba balik dari kerja,terus bawak pergi parkson purple tu nak beli handphone seperti yang dah dirancang. sampai dekat parkson purple dah pukul 6 lebih. lepas tu,main tawar menawar pulak dengan tauke kedai tu.

at last,setuju jugak. ambil 4 handphone c3 + gps + camera olympus

banyak kan? mulanya,mama tak nak tukar phone tapi bila dia trade in phone dia,tauke tu ambil rm150. cepat-cepat baba suruh tukar ambil c3.

adik kaler pink.. mama kaler blue black.. orang ni dengan baba kaler gold and white..

hari tu,semua orang cadangkan ambil black tu je tapi orang ni dah berkenanlah pulak denkat gold tu. cantik dari yang ditunjukkan dalam gambar. betullah apa yang 'dia tu' cakap. hehehe.. jadi,orang ni pun ambillah gold.

im so happy sebab dah dapat phone baru. ada wifi walaupun skrin kecik. walaupun tak boleh buat post baru,at least boleh respon komen. hehehe..

Posted in | 3 Comments

Pencarian...

hari ni agak menarik sebenarnya. sungguh. pagi tadi,langit cantik. awannya terbentuk cukup indah. SUBHANALLAH.. warna alam cantik sekali waktu itu. malangnya,orang ni masih belum ada kamera,jadi tak dapat berkongsi pemandangan indah ciptaan ALLAH tersebut.

macam mana pun,esok kami sekeluarga akan beli c3 macam yang diceritakan dalam post terdahulu. hehehe.. ada sedikit perasaan teruja berdetik di hati. biasalah kan?? dah nak dapat hadiah,mestilah rasa gembira sikit. INSYAALLAH..lepas ni bolehlah berkongsi lebih banyak gambar di ruangan ni. orang ni agak berminat dalam seni fotografi ni. doa-doakanlah ye..

pencarian.. ya.. orang ni sedang melakukan sedikit pencarian. pencarian blog. orang ni sedang mencari satu blog yang sedikit berbeza dari yang lain.

bagi semua pemilik blog yang orang ni ikuti,anda adalah pilihan orang ni dan orang ni mengikuti perkembangan blog anda adalah kerana minat pada blog anda. tiada paksa atau sekadar meraih pengikut. orang ni minat pada blog kalian dan bagi orang ni,setiap blog yang orang ni follow adalah sangat menarik dengan cara yang tersendiri.

sekarang,orang ni sedang mencari satu blog yang menepati ciri-ciri di bawah :

  • ditulis oleh penulis muda,mungkin sebaya dengan orang ni
  • berbunyi melankolik tapi tidak terlalu kompleks
  • tidak terlalu peribadi 
  • terselit unsur-unsur rohaniah
  • templatenya agak simple
orang ni tak jumpa lagi satu blog yang macam ni. boleh tolong cadangkan. dah puas mencari,masih belum berjumpa.

may ALLAH bless us..

Posted in | 8 Comments

Merlin Kembali...

ALHAMDULILLAH.. orang ni dah kembali ingin berblogging. dah ada benda yang ingin ditulis dan dicatat di ruangan ini setelah beberapa lama hidup dalam angan-angan. hehehe.. terima kasih kepada yang masih setia mengikuti perkembangan penulisan orang ni. BARAKALLAH.ALAIK..

semalam siapa tengok merlin?? hehehe.. orang ni minat sangat dengan cerita tu. di sebalik adventure yang hebat,gambar yang cantik,masih ada unsur-unsur komedi antara prince arthur dan merlin. persahabatan mereka sangat menarik.



cerita ini mengisahkan seorang ahli sihir lelaki (MERLIN) yang bekerja di dalam sebuah istana diraja sebagai pembantu (hamba) kepada anak raja tersebut, PRINCE ARTHUR. KING UTHER merupakan seorang raja yang sangat membenci ilmu sihir kerana ilmu sihir telah menyebabkan isterinya,mati ketika melahirkan PRINCE ARTHUR yang merupakan anaknya. KING UTHER telah membunuh semua ahli sihir di dalam negaranya iaitu CAMELOT.

namun begitu,MERLIN telah berjaya mendapat tempat di dalam istana diraja tersebut tanpa sesiapa pun mengetahui bahawa dia adalah seorang ahli sihir melainkan GAIUS (tabib di istana diraja tersebut). MERLIN bekerja untuk PRINCE ARTHUR yang kelihatan sombong dari luar padahal,dia memiliki hati yang baik.

dengan kuasa yang ada,MERLIN telah ditakdirkan untuk melindungi PRINCE ARTHUR sehinggalah PRINCE ARTHUR dijadikan raja di CAMELOT.

yang lucunya dalam kisah ini ialah apabila MERLIN,seorang pembantu yang setia seringkali dibuli oleh PRINCE ARTHUR. bukan itu sahaja,mereka juga berkongsi rahsia dan sering bersama dalam mengharungi banyak perkara. walaupun PRINCE ARTHUR kelihatan seperti tidak menghargai MERLIN,namun sebenarnya,dia masih menganggap MERLIN sebagai teman baiknya.

cerita ni sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan hiburan keluarga. SELAMAT MENONTON...

Posted in | 4 Comments

Gosip Artis...

huh.. berbicara mengenai artis mungkin boleh menaikkan darah orang ni. geram dengan telatah mereka yang sering berpura-pura. bukan mahu mengutuk atau mengata mereka. ya.. orang ni akui tak semua artis begitu. ada yang benar-benar jujur dalam menjalani hidup dan berusaha keras untuk menampilkan personaliti yang baik.

manusia biasa.. tidak terlepas dari kesilapan dan moga kita sentiasa baik dari hari ke hari. mungkin ada hikmah ALLAH menjadikan para artis kepada kita. mungkin sebagai ujian ataupun sebagai tempat kita melihat kelemahan diri. sesungguhnya DIA lebih mengetahui.

gosip tentang artis tak pernah habis. makin hari,ianya semakin menaikkan darah orang ni dan kini,orang ni memilih jalan untuk tak mengikuti langsung perkembangan-perkembangan kehidupan para artis supaya tiada hati yang pedih.

kadang-kadang,mereka bercakap keterlaluan sehingga ada yang menyentuh hal-hal sensitif. orang ni menganggap ianya hanya sekadar adat dunia artis jadi,biarkan sahajalah. takut sekiranya kita berbicara lebih,kita pula yang tersalah pilih.

may ALLAH protect all of us..

Posted in | Leave a comment

Badminton Terbuka Malaysia...

seperti biasa,orang ni tak terlepas dalam menonton perlawanan-perlawanan menarik badminton. pemain dari china mengawal pentas final. cuma perlawanan men single aje yang tak melibatkan pemain dari china setelah lin dan menarik diri.

memang ramai orang mengharapkan dato lee chong wei berlawan dengan lin dan namun malangnya,lin dan menarik diri. ramai orang mempertikaikan sikap lin dan namun apakan daya,dia lebih layak menentukan samada dia hendak bermain atau tidak. lagipun,ini bukan kali pertama lin dan bersikap sedemikian.

perlawanan antara dato chong wei dan taufik nampaknya kelihatan agak biasa-biasa sahaja. tiada pertarungan sengit atau tekanan melampau walaupun ia merupakan perlawanan final.

bagi orang ni,dato chong wei dan taufik memang nampak biasa-biasa sahaja. permainan kali ini seperti permainan biasa sahaja bagi mereka. cuma ada beberapa ketika sahaja yang mendebarkan,lain kesemuanya biasa-biasa sahaja. rasanya,dato chong wei dan taufik ni saling bertolak ansur.

apa yang menarik,bagi orang ni adalah mengenai sikap mesra antara dato chong wei dan taufik. mereka kelihatan seperti sahabat baik. betul.. kemesraan mereka sangat menyenangkan. sempat berpelukan,bergurau dan ketawa bersama. mungkin itulah sebabnya,pengulas sukan tadi mengatakan bahawa dato chong wei dan taufik bersahabat baik. menarik bukan?? di sebalik pertarungan yang mempertaruhkan kejayaan,mereka masih bersahabat dan langsung tidak kelihatan langusng seperti bermusuhan antara satu sama lain.

bagaimanapun,tahniah DATO LEE CHONG WEI.. semoga berjaya lagi dalam perlawanan terbuka di korea nanti..

Posted in | Leave a comment

Kehendak Hati...

cuba untuk berubah bukanlah sesuatu yang mudah. sudah menjadi kebiasaan orang ni untuk memuaskan hati sendiri dengan membeli sesuatu yang orang ni inginkan. biasanya begitu. orang ni suka beli sesuatu menggunakan duit sendiri. ada kepuasan di situ. kalau tak berjaya dapatkan baju yang orang ni inginkan,orang ni tak pernah kisah sebab memang itulah hakikatnya. orang ni tak kisah sangat tentang baju. tapi kalau ia melibatkan sebuah novel,orang ni tak boleh mengelak dari merasa sedih.

macam tadi,orang ni teringin sekali nak beli novel twilight gerhana memandangkan twilight senjakala dan twilight cinta baru dah selesai dibaca. malangnya,novel tu mahal sangat jadi orang ni tak dapat nak beli. waktu ni lah,ada je suara-suara yang berbisik supaya bersedih hati sebab tak dapat beli novel tu. huh..! sabar je la.

dulu,semasa zaman kegemilangan novel bersiri harry potter,orang ni sanggup berlapar kat sekolah supaya dapat beli novel-novel tu. rasanya,pengalaman tu berulang. tapi,orang ni cuba untuk berubah. ianya sekadar sebuah novel yang boleh dibeli kemudian,tiada kepentingan tapi ada je perasaan-perasaan yang tak bagus dalam diri ni.

boleh tolong nasihat tak?? orang ni memang cepat betul bersedih hati.

Posted in | 4 Comments

Irama Mimpi...

irama itu sungguh lembut
sangat menyentuh sanubari seorang insan yang tak mengerti sepertiku
terasa seperti dibuai kasih ibu ketika mendengar irama itu

irama mimpi memang indah
tak bisa aku lupakan lembut dan sayunya irama itu

ada hati yang terasa ingin menangis
kerana di sebalik irama itu terdapat rasa penantian dan kekecewaan yang menyeksa
kesedihan itu tak dapat dibendung lagi dalam irama itu

irama mimpi adalah...
utusan rindu penuh bermakna
kasih sepi yang cukup perit
di sebaliknya,hanyalah ada rasa cinta penuh damba...






[+] ada sesiapa cam jejaka di atas??

Posted in | 7 Comments

Mimpi...

mimpi itu masih menghantui. belum pergi meninggalkan aku walaupun aku telah bangun darinya. walaupun aku telah menamatkannya sebentar tadi. hati masih terasa berat ingin  melepaskannya pergi. mimpi itu bukanlah seindah mimpi-mimpi lain. latar belakangnya gelap namun aku suka. lebih senang berada di dalamnya walaupun kerap kali aku terluka dalam mimpi itu. ianya selingan mimpi ngeri dan mimpi indah. ianya begitu mencengkam. kekuatan mimpi itu masih membekas dalam jiwa.

mimpi itu bukan mimpi biasa,aku yakin itu. dulu,lama dahulu,aku pernah mengalaminya. jauh lebih dahsyat,tamparan yang lebih kuat dalam diari manusiaku. ianya mimpi yang mengikutiku walaupun dalam keadaan aku terjaga dan sedar. begitu juga kali ini. namun,ia mungkin tak sekuat dulu. kali ini tak mungkin sehebat mimpiku yang dulu. entah berapa lama aku ambil masa untuk menyedari bahawa mimpi ini tiada. aku sendiri tak pasti. cukup lama masa yang aku ambil untuk sembuh dari mimpiku yang dulu. aku tak pasti bagaimana kali ini. aku berharap,ia cepat berakhir sebelum aku bertambah parah dan bertambah sukar untuk melupakannya.

mimpi itu berwarna-warni walaupun latar belakangnya hanya putih,hitam dan kelabu. tak cukup cerah buat manusia biasa namun begitu,aku begitu senang bermain di taman-tamannya kerana tetap ada keindahan luar biasa di situ. hanya dingin dan sejuk mencengkam yang aku rasakan dalam mimpi itu. ada ketikanya aku terlempar ke taman yang cukup hangat namun aku masih mengharapkan agar aku terus bermain dalam kesejukan dan kedinginan. ngerinya cukup menakutkanku. manisnya cukup mendamaikanku. pedihnya cukup menarik air mataku. bayangan itu sungguh menusuk. suara bisikan mersiknya.. bau harumnya.. kedinginan kelilingnya.. susah untuk ditinggalkan begitu sahaja.

aku pernah terbaca sebuah blog DREAMS OF A DREAMER. aku kagum dengan mimpinya tapi seandainya dia melihat mimpiku yang jauh lebih memberi kesan,pasti dia akan terpana. siapa sangka aku adalah pemimpi yang aneh?? siapa sangka mimpiku itu di luar kewarasan?? aku waras,aku pasti itu. cuma kadang-kala,kesan mimpi cukup hebat buatku. ia mampu mengunci mulutku dan menutup mataku. ianya terlalu kuat buat ketika ini.

[+] ini hanyalah lambangan jiwa jadi jangan terkejut dengan apa sahaja yang ditulis di atas. mimpi yang dimaksudkan  memang tiada kena mengena dengan sesiapa. hanya orang ni yang terlibat. buat pengetahuan semua,orang ni punya fantasi yang cukup kuat,cukup kuat sehingga dibawa ke alam sedar. itu sahaja... beberapa entri selepas ini,mungkin basih bercerita tentang mimpi jadi maaflah ye...

 

Posted in | 10 Comments

Maafkan MJ...

kini..mimi jazman berada terlalu jauh dalam mindanya sendiri. dia masih bermimpi dan mimpinya sudah mempengaruhinya untuk tidak bangun buat sementara waktu. adakalanya mimi jazman sedar namun ada ketikanya dia kembali tidak sedar. dia tidak sama sekali melarikan diri dari menghadapi realiti kerana dia pasti akan kembali. dia juga berharap yang dia akan bangun dari mimpinya tidak lama lagi namun dia lebih suka jika mimpi itu kekal buat sementara waktu. maafkan dia.. dia belum mampu mengisi ruangan ini. dia masih terlalu lemah untuk sedar dari mimpinya. mimi jazman sangat bahagia dalam mimpinya kini. inilah dunianya satu ketika dahulu. penuh dengan bayangan sempurna yang takkan pernah berlaku di realiti. dia akan bersendirian buat seketika,melayan mimpi yang masih berlarutan. dia juga sangat memohon maaf kerana telah beberapa hari menyepikan diri. dia akan kembali mengisi ruangan ini sebaik sahaja dia sedar betapa palsunya mimpi. doakan sahaja dia tidak sesat dalam mimpinya dan dengan mudahnya,pulang ke dunianya.

Posted in | 3 Comments

Air Mata...

yang bernama Mimi Jazman ni memang mudah mengalirkan air mata. bukan main-main. tengah-tengah bergurau pun tiba-tiba boleh menangis. selalunya lewat tengah malam sebab hati tak tahan sunyi. selalu macam tu. kadang-kadang,rasa macam nak marah diri sendiri sebab tak mampu nak tahan air mata. dulu,kononnya nak jadi heartless,malas dah nak nangis. tapi...tak mampu. setiap minggu paling kurang sekali,orang ni akan menitiskan air mata. mudah kan?? huh..

Posted in | 4 Comments

Sekolah...

rasa macam nak menangis pun ada. bilalah nak masuk sekolah?? sakit hati sangat dah ni. aduh!! terasa sangat ketinggalan. kawan-kawan lain dah belajar sampai ke mana dah,orang ni baju sekolah pun tak tahu lagi. bukan lepasan SPM,lepasan PMR la. aduh!! sekarang,betul-betul rasa macam patah semangat.dah dua minggu dok kat rumah tak buat apa. ingatkan minggu depan dah nak sekolah tapi sampai hari ni pihak SHAMS tak call lagi. baba kata,masih dalam proses. aduh!! betul rasa sedih sangat-sangat. dok kat rumah tak tau nak buat apa. baca buku pun rasa marah semacam je sebab sunyi sangat. novel dah tak ada untuk dikhatam. hm...


Posted in | Leave a comment

He's Beautiful...

ok.. cerita di atas sudah tamat semalam. cerita mengenai seorang budak perempuan yang menyamar jadi penyanyi di dalam sebuah kumpulan bagi menggantikan abangnya. akhirnya,budak perempuan tu jatuh hati kat salah seorang daripada ahli kumpulan tu.

cerita ni bestlah jugak. hm.. dah tiga cerita korea orang ni promotekan kat sini. rasa peliklah pulak. tak fanatik pun dengan korea ni. tengok je. hehehe.. pengganggur lah katakan. 

tapi,cerita ni sweet. lagu dia pun best. gambar and watak pun cantik. jalan cerita pun menarik. orang ni suka watak jang eun suk dalam cerita ni sebab watak yang dibawa agak kuat. muka nampak tenang tapi dalam hati,ribut melanda. hehehe.. park shin hye pun bagus jugak. comel aje. cuma...teringinlah nak tengok park shin hye jadi lelaki yang lebih macho. hehehe..

Posted in | 7 Comments

Don't Love Me...

don't love me just the way i am..
love me just the way you want me to be.

i am not the best,far from being perfect..
but i'll try harder and harder.

because i believe that...
love is all about giving not receiving.

[+] ni mimi jazman yang reka sendiri. sekadar pendapat dari sudut pandangan yang masih mentah.

bagi orang ni,kita tak sepatutnya mengharap orang lain terima kita seadanya. kita seharusnya meminta orang lain menerima kita kerana usaha kita untuk memenangi hatinya.

kalau seseorang itu menerima kita bersama kelemahan kita,bagaimana kita harus memperbaiki diri supaya kelemahan itu hilang?? jika kita suka mengumpat,takkan nak harapkan orang lain sayangkan kita dengan perangai kita tu. sebaliknya,kita kena ubah diri kita untuk buat orang lain sayangkan kita.

kita harus bersedia untuk berubah sekiranya kita sayangkan seseorang. dari situ,barulah seseorang tu tahu bahawa kita sayangkan dia dan kita ingin berubah untuk dia. INSYAALLAH,dia akan sayangkan kita kerana pengorbanan kita tu.

kita sentiasa lemah tapi itu tak bermakna kita tak boleh mencuba.

bak kata sang pencari cinta,cinta adalah untuk memberi bukan menerima. andai kata kita mencintai seseorang,kita akan rasa seronok untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. inilah hati yang ikhlas.

ini bukan sekadar bercinta dengan kekasih ye.. hehehe.. ini juga boleh diselarikan dengan cinta kepada ibu bapa.

kalau kita sayangkan mak ayah kita,kita akan berubah menjadi lebih baik kan?? takkan nak mengharap mak ayah kita sayangkan kita dengan segala kelemahan kita. kalau tak mampu jadi sempurna pun,at least kita dah try.

kalau sayangkan ALLAH,kita akan menjadi hamba yang lebih baik kan?? takkan nak mengharap ALLAH terima kita dengan kelemahan kita. at least,try. kalau tak berjaya pun tak apa.

last sekali..orang ni yakin USAHA adalah ukuran yang terbaik. hasil adalah ukuran kedua.

macam mana pun,ni hanya pendapat orang ni. kalau ada yang tak setuju,boleh beritahu dengan cara baik. kalau ada yang beri pendapat,orang ni alu-alukan.


Posted in | Leave a comment

Sakit Hati...

sakit hati?? siapa yang tak pernah merasainya?? semua orang pasti pernah merasainya. orang ni juga sering sakit hati. tapi biasanya manusia sering terlupa bahawa sakit hati tak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati.

hari ini,pulangnya adik membawa khabar pedih mengguris hati. bukan mengenai dirinya tetapi mengenai salah seorang daripada guru barunya.

apakah dirimu layak mengutuk mereka seenak hatimu?
apakah hina sangatkah mereka yang terkena tempias kesalahan pihak lain?
kenapa diungkit kisah lama,sedangkan kita baru buka diari baru?
di manakah tempatmu sebagai guru,pendidik bangsa?
di manakah letaknya ketinggian adabmu dalam berbicara?
sungguh...ada insan di sini yang cukup kecewa namun kita biarkan sahaja ia sebagai rahsia kita...

luahan hati adik didengar mama dan perlahan-lahan,mama cuba memujuk agar adik tidak mudah terasa hati.

mengenangkan waktu bersekolah dulu. orang ni bukanlah student terbaik yang boleh dipuji jadi orang ni tak dapat mengelak dari di'attack' oleh perasaan sakit hati.

bila mendengar pujukan mama,orang ni mula sedar akan sesuatu. siapalah kita untuk menilai pihak lain. mungkin,kita perlu bersabar sedikit dengan kerenahnya kerana dia juga insan biasa,tak lepas dari membuat kesalahan.

pesanan buat guru-guru di luar sana :
emosi harus dikawal ya. jangan bagi murid benci kerana mereka juga insan biasa,tak lepas dari rasa benci dan meluat.

pesanan buat diri dan para pelajar di luar sana:
guru ada emosi,dia juga ada rasa marah dan benci. janganlah terasa atau berkecil hati kerana mereka juga insan biasa,tak lepas dari emosi dan amarah.

Posted in | 2 Comments

Kunci Tertinggal...

pagi ini pagi yang cerah. orang ni bangun awal dan ALHAMDULILLAH,ceria sejak awal lagi.

pagi tadi,lepas hantar adik pergi sekolah,mama dan orang ni main badminton kat sebelah rumah. sebelum,keluar nak main badminton tu,orang ni tanya mama,"mama kunci nak letak mana?"

mama jawab, "letak dalam rumah ja. kita nak main depan rumah ni ja pun."

"ok." balas orang ni. dalam ok tu,orang ni pergi tekan tombol pintu dari dalam rumah dan tutup dari luar. ha!!!

lepas letih main,orang ni dengan mama pun berhentilah sekejap. berehat-berehat sebelum masuk rumah. mama pula ambil cangkul dan cangkul sikit tanah tepi rumah kami ni. masa tu la,orang ni tersedar kesilapan orang ni. orang ni pun pergilah cuba buka pintu tu dan hm.. mestilah tak boleh bukak sebab pintu dah terkunci. kunci pulak kat dalam. ha!!!

terasa sangat runsing. yela.. dahlah baru pindah. mana ada sesiapa nak mintak tolong. telefon mama kat dalam. handbag mama kat dalam. duit ke apa ke semua dalam rumah. habis tu,macam mana nak masuk rumah ni?? ha!!! hm.. lepas tu,kenalah marah sebab cuai sangat. orang ni lupalah. sorry..

orang ni duduk je atas kerusi tepi rumah,mama pulak terus mencangkul. gaya mencangkul dah hangin semacam aje. ha!!!

tiba-tiba,ada seorang mak cik ni lalu tepi rumah kami dan berbual dengan mama. lepas tu,mama pun bagitaulah kat dia yang kami ni dah terkunci dari luar. hehehe.. malulah.. mak cik tu sengih je tengok orang ni. yela mak cik.. memang salah orang ni. janganlah sengih macam tu. huhuhu..

nasib baik,suami mak cik tu tak pergi kerja lagi jadi dia datanglah tolong. namun apakan daya,pintu rumah ni macam pintu besi. tak bergerak langsung. guna pisau pun tak boleh. kad lagilah tak boleh. hm..

mama pun pergilah tanya mak cik seorang lagi kalau-kalau kunci rumah dia sama dengan rumah kami. hm.. kunci tu bentuk aje sama tapi tetap tak boleh bukak pintu rumah kami. macam-macam cara dicuba. ada juga yang memberi cadangan membawa masuk seorang anaknya yang masih kecik melalui tingkap yang telah di'grill'. malangnya,grill rumah kami ni terlalu kecik untuk memuatkan seorang budak melepasinya. ha!!!

seorang jiran kami berhenti untuk melihat apa yang berlaku. namanya,pak cik rostam. suami mak cik ida pun pergilah kat dia.

"rumah akak ni terkunci dari dalam," beritahu suami mak cik ida.

"owh.. dah boleh bukak dah?" tanya pak cik rostam. hehehe.. soalan lucu yang tak masuk akal.

"hoi!! kalau dah boleh bukak,tak adalah kami terpacak kat luar ni. apa punya soalan da....," marah suami mak cik ida. hehehe.. kami semua ketawa. pak cik rostam ni nak buat lawak ke atau memang tak faham kejadian ni??

lepas tu,tiba-tiba ada seorang lagi jiran lelaki lalu. suami mak cik ida panggillah kawan dia tu. rupa-rupanya,pak cik tu bomba. namanya lokman.

"kau kan bomba?? mestilah kau tahu macam mana nak buat,"kata  suami mak cik ida. kami semua ketawa je la.

"aku pecahkan aje,"gurau pak cik lokman. hehehe..

akhirnya,pak cik lokman tu suruh guna hammer,ketuk tombol pintu sampai pecah. mereka pun buatlah. maka,pecahlah tombol pintu rumah kami ni. hehehe.. macam mana pun,ALHAMDULILLAH..sebab ada jiran yang sudi membantu walaupun kami ni baru berpindah.

terima kasih kepada semua yang membantu. =) i know it was my fault tapi janganlah marah. at least,ada kelebihannya jugak kan?? hehehe.. jiran-jiran semua dah boleh kenal-kenal dah.

at last,mama dengan orang ni pun pergilah beli tombol baru kat kedai hardware cina. murah je. rm15.. bila balik,pak cik rostam tu tolong pasangkan. first time tau,benda macam ni jadi tanpa diberitahu kepada baba. hehehe..

Posted in | 5 Comments

Sakinah #5 : Hari Pertama

#5 : Hari Pertama

mummy dan daddy hantar aku ke sini sebelum mereka ke KLIA. awal-awal pagi lagi sudah bersiap-siap. aku dihantar ke rumah mak long tanpa sempat bersarapan. nasib baik mak long seorang yang rajin memasak. sampai sahaja aku di rumah mak long,terus FATIMAH dan kakaknya,FAREHAH menyambutku. mereka mengajak aku breakfast bersama mereka. aku pun tak tunggu lama memandangkan perut aku dah berkeroncong semacam aje. aku pun terus duduk dan makan tak tengok kiri kanan mujurlah pak long tak ada sebab ke tempat kerja.

FATIMAH dan KAK FAREHAH hanya tertawa melihat tingkahku. padahal,aku lagi nak tertawa tengok mereka makan dengan lemah lembut dan lembab. bila aku tanya kenapa makan lambat sangat,KAK FAREHAH kata,

"bukan lambatlah namanya ni. kami kunyah banyak sikit aje. ikut sunnah."

KAK FAREHAH senyum ketika menjawab. KAK FAREHAH memang begitu. dia sangatlah lemah lembut dan suka tersenyum. tiba-tiba di sebelahku pula,FATIMAH menambah,

"KEEN tau,sebenarnya kan makan macam KAK FAREHAH ni boleh mengurangkan berat badan. ada kajian hari tu. kat tv kot. lagi satu kalau makan kunyah banyak-banyak ni,perut kita nanti senang hadam so tak adalah sakit perut."

sekali lagi aku tengok KAK FAREHAH. dia senyum lagi. aku pun balaslah. dalam hati,aku tertanya-tanya,betu ke macam tu??

lepas makan,terus kami lepak-lepak kat bilik KAK FAREHAH,sembang-sembang. aku suka sembang dengan KAK FAREHAH. dia pandai cakap dan suka bagi panduan macam mana nak hadapi dunia remaja ni. aku suka dia walaupun kadang-kadang aku rasa pelik tengok dia. dia lagi dahsyat dari FATIMAH. asyik bertudung labuh siap dengan jubah sekali. kalau tak pun baju kurung. hm.. paling kurang pun,dia pakai baju besar dia yang labuh sampai lutut tu dengan seluar slack. dahlah baju dia semua warna tak menarik. tak fashionable kan??


Posted in | 2 Comments

Sakinah #4 : Fatimah oh Fatimah

#4 : Fatimah oh Fatimah

apabila dilihat semula pada FATIMAH,aku lebih suka menjadi KEEN. dia cantik namun tak pandai memanfaatkan kecantikannya itu. kulit FATIMAH putih dan licin. pasti lebih cantik kalau disapu blusher soft pink. mata FATIMAH bulat dan besar. pasti lebih cantik kalau dipakaikan eye liner,eye shadow dan mascara. bibir FATIMAH berwarna merah delima yang menawan. pasti lebih cantik kalau disapu sedikit lip gloss yang berkilau. tubuh badan FATIMAH juga indah. pasti menggiurkan kalau dipakaikan baju-baju yang sedikit ketat. begitu juga dengan kakinya. pasti lebih meletup kalau dipakai high heels ataupun gaun separa lutut yang berlambak di pasaran. rambutnya juga cun. pasti lebih cantik kalau diwarnakan dengan warna highlight sikit.

FATIMAH tidak begitu pandai berhias dan bagiku,FATIMAH memang tak pandai menggunakan peluang yang ada untuk mencantikkan dirinya. FATIMAH lebih suka bertudung dan memakai baju bersaiz gedabak yang langsung tak menarik. memanglah kemas dan bersih tapi tak ada fashion langsung! huh.. kalau aku lah berada di tempat FATIMAH,pasti aku akan gunakan kecantikan aku untuk memikat mana-mana lelaki yang aku suka. tak jadi masalah kan?? walaupun kat sekolah,aku ni sangatlah cantik tapi aku tak adalah secantik FATIMAH. hm.. tapi bagaimanapun,kalau aku keluar dengan FATIMAH,lelaki akan pandang aku dulu. hehehe..




Posted in | 4 Comments

Sakinah #3 : Bila dah Start Cuti

#3 : Bila dah Start Cuti


hm.. bila dah start cuti akhir tahun nanti,aku akan dihantar ke rumah FATIMAH kerana mummy dan daddy kena pergi oversea atas urusan kerja. mereka memang selalu begitu. asyik-asyik kerja. kadang-kadang,aku terasa jugak dengan mereka tu tapi biarlah. malas aku nak fikir. selagi mereka masih bagi aku duit dan segala yang aku nak,itu dah kira ok. biasanya,mummy dan daddy akan tinggalkan aku di rumah bersama bibik aku. tapi bibik aku tu dah cabut lari dengan pakwe dia jadi mummy dan daddy terpaksalah hantar aku ke rumah mak long.

pada mulanya,aku membantah. aku tidak mahu ke rumah mak long kerana suaminya itu kelihatan sangat garang. kata FATIMAH,ayahnya tak garang dan sporting tapi melihatkan keadaan FATIMAH,aku dapat menyimpulkan bahawa pak long seorang yang sangat garang. tengoklah FATIMAH sekarang,kolot aje...

kata mummy,kalau aku tidak mahu dihantar ke rumah mak long,aku akan dihantar ke rumah nenek. lagilah aku tak mahu!! tak rela aku dibuatnya bersama dengan nenek. jadi,aku pilih untuk ke rumah mak long sahaja. paksa rela ok?? ikutkan hati,aku pun tak nak jugak pergi rumah mak long tapi apakan daya.


Posted in | Leave a comment

Sakinah #2 : Fatimah dan Aku

#2 : Fatimah dan Aku

tidak lama lagi,aku bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah. keputusan UPSR ku?? huh! ini juga sesuatu yang aku malu dengan diriku. aku hanya mendapat 3A 2B sahaja. aku malu sekali dengan sepupuku,FATIMAH. FATIMAH mendapat 5A. Namun,apabila dikenang semula,aku lebih rela menjadi diriku kalau hendak dibandingkan dengan FATIMAH. namanya saja sudah tidak glamor dan tak best untuk didengar. walaupun begitu,aku masih sayangkan FATIMAH kerana dia merupakan sepupuku yang baik. dia memahamiku dan pandai mengambil hatiku.

tak aku sangkalkan FATIMAH sebenarnya lebih baik dari aku. entahlah.. aku cemburu melihat dia ada keluarga yang bahagia. dia selalu ada KAK FAREHAH kalau ada masalah. dia ada tempat nak luahkan perasaan dia. aku pula?? hm.. sebenarnya,jauh dalam hati aku,aku cemburu dengan FATIMAH. tapi,aku cover balik dengan nama dia yang tak glamor tu. bukannya apa,aku nak sedapkan hati aku juga. lagipun,hidup aku ni taklah teruk sangat pun.

Posted in | Leave a comment

Sakinah #1

siapa aku?? aku adalah sesuatu yang tajam. aku seorang yang glamor dan popular di sekolah. aku ada ramai kawan dan  mereka memanggilku KEEN.

apa nama sebenarku?? ah! benci benar aku dibuatnya apabila harus bercerita tentang namaku. namaku ialah KEEN. sedap bunyinya kan?? pasti sekali kerana itu adalah nama pilihan mummy dan daddy.

dulu,semasa lahirnya aku,mummy dengan daddy ingin namakan aku dengan nama DANIAH tapi malangnya nenek menghalang mummy dan daddy dari berbuat demikian. untuk pengetahuan kamu semua,DANIAH itu gabungan nama mummy dengan daddy,ok?? DANIAL dan DIAH. Ah! Semua itu bakal jadi kenyataan kalau nenek tak ada semasa aku dilahirkan. nenek membangkang nama yang mummy dan daddy ingin berikan.

kini,namaku SAKINAH kerana nenek! teruk betul! SAKINAH?? heee.. benci benar aku dengan nama pemberian nenek ini. nama itu sungguh kolot dan tidak bermakna buat gadis sepertiku. mummy dan daddy juga tidak suka dengan nama itu jadi mereka memanggilku dengan panggilan KEEN. itupun bukan di hadapan nenekku.


[+] ini adalah sebuah cerita hasil rekaan orang ni. harap semua sudi baca dan tinggalkan vote kat bawah ye.. kisah ni sambung-sambung sebab orang ni ketandusan idea. kalau ada nak beritahu apa-apa,silalah beri komen ye.. dan lagi satu,orang ni dah buat satu folder khas untuk SAKINAH ni. orang ni nak tengok,berjaya ke tak cerita SAKINAH ni disiapkan. hehehe.. may ALLAH bless all of u..


Posted in | 6 Comments

Hadiah...


bukan ingin berbangga diri atau takabbur. ini sekadar cerita kerana hati tak dapat lagi menahan rasa girang yang menceriakan hari.

semalam,adik mengajak baba keluar untuk membeli barang-barang untuk kelas pendidikan visualnya. aneh bagi orang ni kerana orang ni tak pernah belajar pendidikan seni visual sejak berumur 10 tahun. subjek di ISLAH sudah cukup padat dan di ISLAH juga,pelajar-pelajar darjah 4 sudah tidak diajar subjek pendidikan seni. hehehe.. bagus juga bagi orang ni kerana orang ni sememangnya tak punya bakat dalam seni. lukis orang lidi je mampu. lain semua hampeh.

sambung kepada cerita tadi. baba akhirnya membawa kami ke sebuah kompleks membeli-belah yang belum pernah kami kunjungi. parkson seremban. bangunannya warna ungu terang. hehehe.. rasa lucu pula melihatnya kerana di SP,bangunan parkson kami berwarna putih kosong sahaja. walaubagaimanapun, rasa suka melilit jiwa melihat bangunan comel itu.

masuk sahaja ke dalam kompleks itu,kami sekeluarga terpempan. inilah SENTOSA SEREMBAN,kata baba. di KEDAH,SENTOSA merupakan tempat yang dipenuhi dengan jualan gadget-gadget terkini. huh.. di kiri kanan kami banyak sekali kedai yang menjual telefon bimbit.

baba mula membuat hobinya iaitu meng'survey' harga barangan. bagi kami kini,memang banyak gadget yang perlu dibeli memandangkan selama ini kami hanya meminjamnya sahaja dari teman kilang baba. CIK GPS dan PAK CIK COOLPIX perlu dicari ganti. tidak lama lagi CIK GPS perlu diserahkan semula kepada teman baba. PAK CIK COOLPIX pula sudah lama diserahkan semula kepada pejabat continental,tempat baba bekerja dulu. satu lagi tambahan,tiga buah telefon bimbit bagi menggantikan telefon baba,orang ni dan adik yang sudah nyawa-nyawa ikan. telefon baba sudah empat tahun digunakan. telefon orang ni pulak masuk air. telefon adik pula,telefon percuma hadiah tempat kerja lama baba. hehehe.. mungkin sudah tiba masanya,kami bertiga menukar telefon baru.

dari dulu lagi baba sudah mencadangkan kami bertiga menggunakan c3 kerana kecanggihan yang ada padanya. pada mulanya,orang ni tak setuju tapi entah bagaimana,orang ni semakin jatuh cinta pula pada gadget bersaiz gedabak itu. hehehe.. nama pun hadiah kan,mestilah suka.

akhirnya,kami berhenti di sebuah kedai. taukenya seorang lelaki cina berbaju pink yang boleh tahan kacak (sempat lagi tu! hehehe..). kedai tersebut menjual segalanya yang kami perlukan. GPS..CAMERA..C3.. kesemuanya ada dan boleh dibeli dengan harga pakej. hehehe.. kami ditawarkan dengan harga yang cukup best apabila tauke cina itu mendapat tahu kami ingin membeli barang lain juga darinya.

huh.. selepas tamat sesi soal jawab antara baba dengan tauke cina itu,baba berjanji padanya bahawa kami akan datang semula dengan membeli semua barangan tersebut serentak pada hujung bulan nanti (gaji pertama tempat baru. hehehe..). baba telah mencatat semuanya di atas kad nama yang diberikan oleh tauke cina tersebut.

kata baba,"tauke,i datang balik bagi ini kad pada u ini hujung bulan. u ambik kad ni,i ambik barang i. ok?" hehehe.. cari benda lain,benda lain yang dapat.

bagaimanapun,orang ni bersyukur kerana ada DIA memberi keizinan kepada orang ni merasa hadiah yang sudah lama orang ni inginkan. mungkin ini yang dikatakan oleh 'si dia' dan ಠ_ಠ mengenai benda yang lebih baik. hehehe.. terima kasih kerana memperingatkan orang ni. doakan orang ni gunakan barangan itu dengan baik ya...

[+]

warna mana yang lebih cantik ya antara tiga warna di atas?? rambang mata pula jadinya. hehehe.. over!!

Posted in | 10 Comments

Cemburu...

perkataan yang satu ini cukup meranapkan jiwa orang ni. cemburu.. orang ni sering cemburu. malahan cemburu yang tak kena pada tempat. kadang-kadang rasa hendak marah pada diri sendiri dan katakan pada diri ini,"kau manusia yang tamak!".

ya.. mimi jazman seorang yang tamak. sentiasa inginkan diri diberi perhatian. imbasan hari kejayaan juga belum tentu dapat memujuk jiwa yang tamak ini.

orang ni terlalu cemburu dengan kelebihan orang lain. sakitnya hati bila diri ini terasa terlalu tamak. tahu kenapa yang menyebabkan orang ni rasa demikian??

ingat kisah pada hari orang ni ambil keputusan PMR tahun lepas?? seksa sekali hari itu. kini,bekasnya masih terasa. rentetan dari keputusan PMR juga. sepatutnya orang ni bersyukur kerana dikurniakan kejayaan sebesar itu namun hati orang ni tak cukup ikhlas. ada sebahagian hati yang inginkan balasan. hati ini masih berbisik jahat dan penuh ketamakan. orang ni nak hadiah... bencinya!!

cemburu bila melihat adik dapat hadiah dari mama dulu sempena kejayaannya dalam UPSR. orang ni berjaya juga tapi kenapa tak dapat hadiah pun?? malahan,tiada langsung sambutan bagi menyambut kejayaan orang ni walaupun sekadar makan malam yang biasa.

ada ketikanya hati berbisik sesuatu yang sangat jahat. orang ni geram kerana tak mampu menepis bisikan itu pergi. malahan,hati jadi luluh mengenangkan perkara itu. kenapa sahabat-sahabat lain mampu memperoleh hadiah sedangkan orang ni tak? sahabat-sahabat lain dapat memuaskan diri sendiri dengan barangan baru mereka,orang ni pula?? dapat sahaja keputusan bagus tapi tak dapat apa-apa pun. baik tak payah keputusan cemerlang tu. itulah bisikan jahat yang orang ni selalu dengar. kadang-kadang nak lari tapi tak mampu kerana terpedaya. orang ni hanya mampu memendamnya namun tidak mampu membuangnya.

orang ni tulis perasaan jahat ni di sini kerana orang ni nak tahu apa pendapat kalian. orang ni nak minta tolong andai kata kalian ada cara bagi memujuk hati yang tamak ini. maafkan orang ni kerana tak mampu menjadi ikhlas dalam menghadiahkan kejayaan kepada mama dan baba. maaf yang teramat sangat kepada semua. hati ini merasa amat bersalah. sesiapa boleh bantu orang ni??

Posted in | 4 Comments

Mimpi Lepas Subuh...

selamat pagi semua. pagi yang agak indah di sini. akhirnya,sudah dua minggu orang ni berada di seremban. sekarang,diri masih berstatus pengganggur memandangkan belum tiba masanya orang ni pergi ke sekolah.

semalam tidur agak lewat kerana menonton kisah merlin di tv3. apabila berbaring di katil pula,mata sakit menahan air mata yang hendak turun membasahi pipi. kerinduan pada mereka yang jauh di tempat lama. pada saat yang sama juga,hati terasa sedih kerana dibiarkan tertanya-tanya sendiri. kalau dia ada masalah,kenapa disorokkan dari orang ni? bukankah kami pernah berjanji untuk saling berkongsi? selalunya,dialah pendengar yang paling setia. kini,apabila tiba saat orang ni ingin mendengar bicara dari mulutnya,dia mengelak. dia mengaku ada masalah tapi enggan bercerita. terasa hati ini dibuatnya. apakah orang ni tidak layak mendengar masalahnya?

 pagi tadi,selepas solat subuh,orang ni tidur semula memandangkan orang ni tidur lewat malam sebelumnya. akhirnya,wajah dia muncul lagi. mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku semalam. orang ni relakan saja mimpi dalam sedar itu menguasai minda.

di dalam mimpi itu,kami terpaksa melarikan diri bagi mengelak segala yang tak diingini. dia ingin benar berbicara pada orang ni tapi ada banyak perkara menghalangnya dari berbuat demikian. akhirnya,salah seorang dari kami harus mengalah. salah seorang dari kami harus menghadapi kenyataan api marah ramai orang. manakala yang seorang lagi,perlu pergi jauh dari sini dan tidak kembali lagi.

tragis benar mimpi semalam. pengorbanan yang hebat yang penuh berperasaan. boleh diibaratkan seperti kisah hindustan yang tertayang di kaca televisyen. dan pagi ini,setelah terjaga dari mimpi yang tragis tersebut,orang ni tertanya-tanya masalah apa yang dialami hingga dia menjadi sebegitu pasif? moga ALLAH bersamanya.

Posted in | 2 Comments

Lady Gaga...

pasti aneh jika orang ni bercerita tentang artis wanita itu kerana terang-terangan orang ni memang tidak gemar padanya. kebelakangan ini,ada sahaja mulut yang menyebut nama aneh ini. pada mulanya,orang ni tidak kisah sangat tapi setelah mengetahui apa yang tersirat dalam klip video lady gaga yang berjudul alejandro,orang ni terasa menyampah melihat wajah itu di mana-mana. mendengar namanya sahaja sudah cukup menyentakkan.

namun,masih ada mereka di luar sana yang tergila-gilakan lady gaga walaupun setelah diberi amaran mengenainya. orang ni tahu betapa kuatnya pengaruh wanita ini jadi tidak mustahil dia boleh menjadi pujaaan hati kebanyakan remaja. malahan ada sahaja remaja ISLAM yang tidak segan silu menghafal lirik lagu lady gaga walaupun telah diketahui bahawa lirik tersebut boleh membawa kepada syirik. aduh.. hampa hati oraang ni melihat beberapa orang yang menggilai lady gaga.

tadi,selepas pulang dari jogging,orang ni menonton oprah winfrey show. salah satu,rancangan kegemaran orang ni. lady gaga dijemput untuk membuat persembahan kali ini dan sedikit temu bual dibuat bersamanya. ada sesuatu tentang lady gaga yang membuatkan peminatnya begitu setia terhadapnya. lirikan matanya yang lembut seolah-olah melambangkan dia wanita yang baik hati. mungkin kelembutannya dalam bicara biasa yang menyebabkan ramai yang meminatinya. tapi,di mata orang ni wajah lady gaga hanyalah sebuah wajah yang dalam kekeliruan. ada sedikit ketakutan terpancar pada wajahnya semasa selesai membuat persembahan dalaam oprah winfrey show tadi. entahlah,mungkin orang ni tersalah lihat barangkali.

tapi,dalam kelembutan dan kebaikan yang cuba ditunjukkan,orang ni terasa bagai telah terpedaya. entahlah. orang ni tertanya-tanya kenapa dia tidak berpakaian lebih sopan dan menggunakan bakat merdu suaranya itu untuk menyanyikan lagu yang lebih baik dan menenangkan.

ALLAH..kadang-kadang mataku bagaikan tertutup. ada kalanya,aku teruja untuk sesuatu yang tidak sepatutnya mengujakanku. lindungilah aku dari terpedaya dengan segala yang boleh merosakkanku.

Posted in | 2 Comments

Huh.. Akhirnya..

dari semalam,orang ni cuba untuk post tapi ruangan untuk new post tak habis-habis download. huh.. sabar ajelah seharian tak boleh post entri baru. agak geram sebab semalam ada benda hendak diceritakan. tapi malangnya,hari ni jiwa nak menulis tentang hal tersebut turut hilang ditelan masa. mungkin sebab itu mimi jazman ada blog. kerana mimi jazman mudah hilang perasaan. terlalu banyak perkara berlaku dan jika tidak ditulis maka mimi jazman akan terlupa. selalunya begitu.

rupanya,laptop baba mungkin ada sedikit masalah. tak boleh nak letak post baru dan untuk facebook pula,tak boleh beri komen. baba kata,nanti dia akan format lain  laptop tu. sekarang,orang ni pakai komputer je la. walaupun komputer ni agak lambat,paling kurang masih boleh lagi tulis entri baru.

pagi tadi,orang ni lihat cuaca di luar sebelum menghantar adik ke sekolah. ALHAMDULILLAH.. nampaknya takkan hujan walaupun keadaan sekeliliing sejuk yang teramat. terfikir untuk berjogging memandangkan diri sudah terasa berat dan sedikit malas sejak kebelakangan ini. biasanya,orang ni akan lebih bertenaga dan sedikit aktif selepas menggerakkan segala otot-otot tubuh badan yang sudah sekian lama berehat.

seperti yang dirancang,mama dan orang ni berjogging sebaik sahaja adik telah dihantar ke sekolah. mama memilih untuk berjalan sahaja sementara orang ni pula berlari-lari anak untuk satu pusingan. terasa rindu benar untuk berlari sebegini. sejak hari meninggalkan rumah lama,orang ni belum sempat berlari-lari sepuas hati.

mengapa mimi jazman boleh terjebak dalam hal ini,mimi jazman sendiri tak pasti. dulu,orang ni malas sekali ingin bersukan tambahan lagi berlari-lari. di sekolah juga,orang ni bukanlah pelajar yang aktif bersukan. selalunya,orang ni akan duduk di tepi dan memberikan sokongan dari tepi sahaja. kini,sedikit perubahan telah berlaku. orang ni begitu teringin untuk berlari-lari walaupun sekejap. badminton pula ibarat satu ketgihan yang melarat.

tempoh hari,pak zaki dan adam bermain badminton di hadapan rumah kami. orang ni hanya melihat dengan iri hati. cemburu melihat mereka bermain. walaupun,orang ni bukanlah seorang yang profesional tapi orang ni masih terkena tempias kehangatan badminton. badminton merupakan satu-satunya permainan yang orang ni mampu main. jadi sejak mula bermain di court padang temusu,orang ni bagaikan tak mahu berpisah dengan badminton. ada satu rasa hebat menyelinap dalam jiwa sebaik sahaja orang ni memegang raket badminton. larian dan pukulannya mampu memberikan orang ni satu kepuasan yang mendalam. segala masalah atau rasa tak senang boleh hilang dalam setiap pukulan yang dilakukan. walaupun kalah sepanjang masa,orang ni masih ingin bermain kerana kurniaan nikmat rasanya yang sunguh memukau.

tempoh hari,semasa menonton my girl terdapat satu babak yang mendatangkan satu rasa kepuasan di hati orang ni. babak di mana lee dong wook dan lee jun ki bermain skuasy dengan sepenuh jiwa kerana masing-masing sedang tertekan dengan keadaan sekeliling. huh.. puas melihat mereka bermain sepenuh tumpuan. rasa teruja menyelinap di segenap jiwa di saat menonton babak tersebut. begitu juga di saat orang ni melihat kim seo hyun bermain tenis menewaskan lawannya. perasaan teruja menyelinap lagi. puas sungguh rasanya.

larian dan pukulan menjadi sesuatu yang menarik minat orang ni,agaknya. entahlah. yang pasti,hari ni orang ni puas dapat berlari walaupun hanya untuk satu pusingan.

ALLAH..terima kasih kerana mengembalikan rasa teguh itu di hatiku. hanya KAU yang tahu betapa aku merindui untuk berlari meninggalkan rasa sedih yang meletus di jiwa.

Posted in | Leave a comment

Irama Rintik Hujan...

mendengar rintikmu buat kali pertama di tempat baru
bagaikan mendengar sebuah irama penawar kerinduan

rintikmu yang disertai angin dingin
seolah-olah membisik kata-kata rindu dari mereka yang kejauhan

kakiku terasa ingin menari rancak di bawah rintikmu
menikmati angin dinginmu yang mencengkam jiwa
ingin sekali diri ini berlari-lari di bawah rintik-rintikmu
disertai dengan iramamu yang indah

rindu sekali kepada anginmu
jiwa jadi kacau tatkala cuba mententeram diri yang kerinduan pada bisikanmu
selalunya bisikan rindu didengari melalui angin sedap yang nyaman

namun kali ini berbeza
hujan pula yang seolah-olah menyampaikan bisikan rindu mereka

aduh!
aku yang sengsara menahan diri dalam kerinduan kalbu
aku yang terseksa menahan diri dari merasai kesejukan rintik hujan yang rancak di luar sana
ingin sekali memainkan irama rintik hujan andai kata aku bisa melakukannya
aku terlalu kerinduan pada mereka di sana!

hujan,kesejukanmu begitu mencengkam
mengapa sebegini kasar kedinginan anginmu?
bagaikan ada kesakitan jauh di sana

hujan,rintikmu menyakiti hatiku yang dicengkam rasa rindu
aku sakit sekali mendengar rintik hujanmu yang rancak
aku rindu pada mereka tatkala mendengar irama rintikmu

mendengar rintikmu
bagaikan mengimbas kenangan manis yang begitu melekat dalam ingatan

semuanya sudah di luar kawalan
aku dalam kekacauan perasaan yang tak bisa aku nafikan

hujan,irama rintikmu menikam jiwaku yang kerinduan...


Posted in | 10 Comments

Tertanya Sendiri...

menjadi pelajar pertukaran dari utara ke selatan,memanglah agak membosankan. orang ni masih tak dapat nak masuk ke sekolah lagi seperti kawan-kawan yang lain. cemburu betul mendengar kisah kawan-kawan untuk hari pertama mereka di sekolah. ramai juga yang bertanya kisah orang ni di sekolah baru. mana ada kisah lagi.. sekolah pun belum. baju sekolah pun tak beli lagi. daftar pun tak tahu lagi bila. tengah tunggu panggilan dari SHAMS. kata baba,15 hari bulan ni baru masuk sekolah. huh.. lambat lagi tu. penantian yang penuh dengan penyeksaan.

tambahan pulak,rasanya sekarang ni,ramai orang tak ada mood berblogging agaknya. sejak kebelakangan ni,update blog-blog lain dah tak banyak seperti selalu. drhanie pun seolah-olah dilanda kesibukan yang teramat. ada hati yang kesunyian di sini. tak dapat pergi ke sekolah dan tidak dapat mencari blog terbaik untuk dibuat tatapan. atau adakah mood orang ni telah bertukar?? entahlah. rasa hendak menulis sahaja dan malas hendak membuat blog walking. er.. macam tak patut je. mengharapkan orang baca blog kita sedangkan kita tak baca pun blog orang lain.

tertanya sendiri,ke mana semua orang pergi?? masih sibukkah??

Posted in | Leave a comment

ALHAMDULILLAH..

selepas beberapa kali try and error,akhirnya,berjaya juga hasilkan banner yang sesuai untuk diari ni. maaf ye.. template mimi jazman tukar lagi. hehehe..

Posted in | Leave a comment

Without You by Sami Yusuf


Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

[+]

terpaksa tukar lagu sebab tiba-tiba lagu maher zain yang baru ni hilang. tak tahu kenapa. anyway,enjoy! may ALLAH bless u..!

Posted in | Leave a comment

Thank You Allah by Maher Zain...

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


Posted in | 2 Comments

Chak De! India...


ini satu lagi kisah hindustan yang agak menarik. tiada babak cinta yang tak senonoh,hanya ada babak-babak kasar menceritakan kisah pemain-pemain hoki. heronya,shah rukh khan. salah seorang daripada pelakon kegemaran orang ni.

bermula kisah mengenai shah rukh khan yang menjadi seorang pemain hoki yang dituduh makan rasuah dari pihak lawan. shah rukh khan menghilang selama tujuh tahun kemudian kembali muncul untuk melatih sekumpulan pemain hoki perempuan.

shah rukh khan menekan pemain-pemainnya supaya bermain dengan baik dan meneguhkan semangat serta niat di dalam diri mereka. asalnya,pemain-pemain tersebut berpecah-belah dan sering bergaduh. mereka juga sangat degil. namun,shah rukh khan akhirnya menebus maruahnya dengan melatih pemain-pemainnya sehingga berjaya di dalam piala dunia.

pemain-pemainnya bersatu dan bersama dalam setiap perkara. yang menarik dalam cerita ni adalah semangat yang ditanam oleh shah rukh khan dalam diri pemain-pemainnya. huh.. hebat cerita ni. buat orang ni bersemangat pulak. hehehe..

Posted in | Leave a comment

My Girl...

cerita korea. my favourite hero,lee dong wook. cerita ni dah lama dah tapi orang ni baru tengok. ada ulang tayang di channel 393,one hd. memang tersentuh sangat hati ni bila tengok si hero dengan heroin tu. cerita dia sangatlah sweet dan jalan cerita dia pun menarik. tangisan hero dengan heroin dia yang tak boleh tahan tu. menyentuh hati. tambahan pulak,pelakon dia best. terasa macam real pun ada. hehehe..

cerita mengenai yoo rin yang sangat miskin kemudian menyamar menjadi adik kepada gong chan yang sedang mencari adiknya. yoo rin menyamar sebagai adik gon chan di atas arahan gong chan sendiri kerana bagi gong chan,perkara tersebut dapat membantu datuknya yang sedang sakit tenat di hospital. setelah yoo rin dibawa berjumpa dengan datuknya,datuknya kembali pulih namun pada masa yang sama,gong chan telah jatuh cinta pada yoo rin. begitu juga dengan sepupunya,LJK. penipuan gong chan dan yoo rin akan tamat sebaik sahaja adik sebenar gong chan ditemui namun semuanya bertambah aneh apabila ada berita mengatakan bahawa adik gong chan sudah meninggal sementara ayah angkat yoo rin pula muncul,mengaku bahawa yoo rin adalah adik kandung gong chan yang dianggap telah mati.

masih belum tahu kesudahan cerita ni tapi tadi dah tengok sedikit sedutan untuk esok. nampaknya,datuk mereka dah tahu pasal rahsia yoo rin dan gong chan. nampak macam terseksa ja mereka berdua tu sebab ada babak mereka menangis. yang gong chan tu sampai melutut. betul ke yoo rin tu adik kandung dia?? atau ayah yoo rin tu tipu je sebab nakkan harta?? heh..

Posted in | Leave a comment

Hari Pertama Adik di SMKDSA...

adik bangun agak awal namun katilnya tetap tidak dikemas sebelum ke sekolah. hm... kami tiba agak lewat. lebih kurang jam 7.20 pagi barulah kami tiba sedangkan adik sepatutnya masuk perbarisan 5 minit lebih awal. parking di SMKDSA agak susah dicari kerana ruang parking yang disediakan agak sempit sehigga menyebabkan mama perlu meletakkan kereta di luar kawasan sekolah.

pelajar di sekolah adik nampak baik-baik sahaja. ramai juga pelajar perempuan yang bertudung labuh. ALHAMDULILLAH.. moga-moga adik masih dapat menjaga diri semasa di sekolah baru. pengetua sekolah tersebut kelihatan sangat garang. dan yang lebih menarik lagi,kereta pengetua sekolah adik merupakan sebuah kereta sport. kecil dan berwarna putih. memang kereta sport. jadi,nampaknya pengetua sekolah adik masih solo. hehehe..

kami sempat berkenalan dengan seorang mak cik bernama ani. cantik orangnya. tinggi,kurus dan berkulit putih. khabarnya,dia orang seremban manakala suaminya pula orang johor. mereka memang sering berpindah randah. anaknya bernama widya dan memperolehi keputusan yang sama dengan adik dalam UPSR. cik ani pernah tinggal di baling suatu ketika dahulu. apabila mendengar cerita mengenainya,orang ni bagaikan susah hendak percaya. anak sulungnya tidak lama lagi akan balik dari UK. usia anak sulungnya itu 27 tahun! anak kedua bekerja di bank berusia 24 tahun! anak ketiga masih belajar,21 tahun! mengapa widya boleh sebegitu jauh beza usianya dari abang-abangnya? tetapi,tiada yang mustahil sebenarnya. ALLAH kan MAHA BERKUASA? cik ani memang tak kelihatan seperti sudah berusia. kalau diletakkan di sebelah orang ni,mungkin ramai orang akan menganggap kami adik-beradik sedangkan anak sulungnya sudah berusia  27 tahun! SUBHANALLAH..

selepas menghantar adik ke kelas,mama dan orang ni bergerak ke kantin bagi mengisi perut yang kosong. saat itulah orang ni terkenangkan ISLAH. air di SMKDSA sangatlah tawar sedangkan di ISLAH,airnya sangat murah dan sedap. oh.. rindunya pada ISLAH. gambaran ISLAH bermain di mata.

adakah ಠ_ಠ dia masih memakai baju lamanya?
adakah 'si dia' masih mengealkan purdahnya?
adakah annur izz di sana?
adakah sang pencari cinta masih di sana?
adakah gie dan nuol baik-baik sahaja?
bagaimana pula dengan Putera itu? bersedihkah dia?
yang lain pula bagaimana? tidak sabar rasanya untuk membaca post ಠ_ಠ dan 'si dia' mengenai ISLAH hari ini.


semasa di kantin itu juga,mama dan orang ni tercuit hati melihat kanak-kanak istimewa yang diberikan pendidikan khas di situ. semasa kami menanti di kantin,kanak-kanak istimewa tersebut keluar untuk berehat. macam-macam yang dapat kami lihat.


dan yang lebih lucu adalah mengenai seorang pelajar lelaki (kurang matang,sebaya orang ni). sejak awal lagi orang ni terpandangkan pelajar tersebut memandangkan dia kelihatan lebih tua berbanding dengan yang lain. matanya juga terpandangkan orang ni. wajahnya lucu. dia melihat orang ni kemudian membuat reaksi seperti merasakan bahawa orang ni memerhatikan dia. dia membeli makanan kemudian mengambil tempat di sebelah meja orang ni dan mama. orang ni perhatikan pula kanak-kanak istimewa yang lain,kemudian pandangan orang ni singgah sebentar di mejanya. dia mengalihkan wajahnya kemudian tertawa. lucu sekali. kemudian,perkara yang sama berlaku sekali lagi. orang ni melihat ke arahnya dan matanya tepat melihat orang ni sambil terkelip-kelip. kemudian,dia ketawa lagi. tawa orang ni tidak dapat ditahan lagi lantas meletus sedikit. lucu! 

bagaimanapun,pelajar lelaki tersebut tergolong dalam kanak-kanak istimewa jadi,dia bukanlah seseorang yang boleh digelar kasanova dengan caranya itu. mungkin dia saja mahu bermain-main. jangan katakan bahawa orang ni sedang bermain skandal dengan pelajar lelaki itu ya.. kerana dia memang termasuk dalam golongan kanak-kanak istimewa jika dilihat dari gayanya yang seperti anak kecil berusia 6 tahun.


adik sudah pulang dari sekolah da khabarnya,guru kelasnya juga orang kedah. hari orientasinya biasa-biasa sahaja dan dia amat teruja kerana sering menjadi yang pertama dipanggil oleh guru-gurunya. adik memperkenalkan dirinya sebagai mimi atirah dan meminta yang lain memanggilnya mia. tiba-tiba,salah seorang cikgu di situ berkata, "oh..miaow.." hehehe.. mungkin dia sengaja bergurau sedemikian supaya kawan-kawan yang lain boleh mengingati nama adik. walaubagaimanapun,adik sudah boleh berkawan dan katanya,kawan-kawan di SMKDSA baik dan comel. lebih kurang dengan kawan baiknya di ISLAH dulu. ALHAMDULILLAH...

Posted in | 2 Comments

Shopping Lagi di Nilai...

semalam,diari ini kosong tidak bercatat memandangkan orang ni terlalu sibuk meluangkan masa bersama keluarga. awal pagi,kami sekeluarga sudah keluar untuk ke sekolah adik bagi mendaftarkannya di sekolah baru. sekolah adik bukanlah terdiri daripada bangunan-bangunan baru yang cantik malahan cara pembinaannya sederhana sekali. tangganya kecil dan terjarak sedikit dari bangunan. pernah kalian lihat tangga sebegitu? tangga yang terpisah dari lantai. aneh kan?

selepas selesai membuat bayaran,kami pulang semula ke rumah untuk bersarapan. sebelumnya,kami keluar terlalu awal sehingga tidak sempat untuk bersarapan. kami kemudiannya bergerak ke rumah pak sheikh. dari situ,kami terus ke nilai untuk membeli beberapa barang keperluan. tempoh hari,barang-barang yang bersaiz besar tidak dapat dibeli kerana terdapat lapan orang menaiki kereta kami.

kami membeli 3 cermin. setiap satu untuk satu bilik. bilik orang ni,bilik adik dan bilik mama dan baba. setiap keping cermin tersebut bernilai rm30 dari asalnya rm50. kemudian,kami beli pula sebuah meja untuk letak tv memandangkan tv di bilik mama dan baba hanya diletakkan di lantai.

sebelum pulang ke rumah,kami sempat singgah ke ice room yang diceritakan oleh ಠ_ಠ dalam komennya tempoh hari. menarik tempatnya. kedainya berwarna hijau dan mempunyai aura putih. lampunya sahaja sebenarnya yang berwarna putih. kedainya sama seperti yang diceritakan oleh (credit for you,dear)

ಠ_ಠ. orang ni pesan sup cendawan. walaupun harganya rm5.90 namun keenakkannya menjadikannya sangat berbaloi untuk dipesan. 

pada sebelah malamnya pula kami ke giant senawang untuk ke kedai gambar bagi mengambil gambar adik sebagai memenuhi permintaan pihak sekolahnya. puas kami melilau di seremban namun semua kedai gambar yang ada di pekan itu tutup. walaupun,kedai gambar yang kami pergi agak daif namun akhirnya kami temukan juga sebuah kedai gambar. 


perjalanan kami seharian menjadikan kami letih untuk banyak bicara. orang ni terus ke bilik sebaik sahaja kami sampai di rumah. 


ALHAMDULILLAH..

Posted in | 4 Comments

Jangan Hina Diriku!

orang ni bertudung labuh,satu jalan berat yang dipilih. kata ramai orang,yang bertudung labuh tak semestinya baik. ya.. orang ni setuju dengan mereka. yang bertudung labuh,tak semestinya baik.orang ni pun tak baik sepenuhnya. malahan,orang ni juga berdosa sama seperti insan lain. jadi,orang ni tidak pernah memaksa atau mengutuk mereka yang tidak bertudung. itu pilihan mereka. moga ALLAH membuka hati mereka untuk bertudung sebagai pelengkap peribadi. itu sahaja doa orang ni. orang ni kenal ramai insan yang tak bertudung,namun hati mereka baik. kadang-kadang lebih baik dari mereka yang bertudung. moga insan-insan tersebut mendapat hidayah dari YANG MAHA KUASA.

hari ini,seorang saudara berkunjung ke rumah. sengaja dia berjalan-jalan meninjau rumah kami. dia masuk ke bilik adik. baju sekolah adik yang tergantung di penyidai diambilnya. tudung adik dibeleknya.

"labuhnya tudung adik!"

orang ni hanya tersenyum. ya.. tudung sekolah adik memang labuh. namun,kejelitaannya masih bisa jelas kelihatan dalam tudung labuh tersebut. malahan kejelitaan adik menjadi lebih luar biasa dalam tudung itu.

tadi,saudara tersebut pergi ke sebuah pasar raya. orang ni turut bersama kerana tiba-tiba jiwa menjadi sakit. saudara tersebut mencari tudung untuk anaknya yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah. baba membuat wajah pelik melihat saiz tudung tersebut. orang ni menyinggung siku baba,takut saudara kami yang seorang itu terasa dengan sikap baba. tambahan pula,dia seorang yang rapat dengan orang ni.

apabila tiba di rumah,dia memanggil anaknya untuk mencuba tudung tersebut. pastinya anaknya itu rasa pelik melihat tudung tersebut kerana dia bukanlah seorang yang bertudung. tiba-tiba,tok yan datang dari dapur.

"pendeknya tudung," katanya.

"tok rasa pendeklah sebab tok selalu tengok kami pakai tudung besar," orang ni cuba untuk menjaga hati saudara kami itu. tapi,terasakah dia dengan ayat itu kerana seketika kemudian dia berkata,

"ish! ni pun dah besarlah. tengok anak saya dah buat muka. macam tudung atirah (adik orang ni) besar sangat. macam tok nenek!" kata-katanya menusuk jiwa orang ni.

macam tok nenek?? ASTAGHFIRULLAH!! salah kami memilih jalan ini? apa salah kami bertudung labuh? terasa ingin menangis ketika itu juga. ya.. orang ni memang jahat. orang ni berdosa. orang ni tak baik mana. tapi kenapa dihina pakaian kami?? orang ni tak pernah menghina awak walaupun kita berbeza. adakah orang ni telah melakukan kesalahan?? tudung labuh adalah sebahagian dari diri orang ni. jika ada mereka di luar sana yang menghina tudung labuh,maka orang ni juga terasa dihina.

kalau tudung labuh macam tok nenek,orang ni juga macam tok nenek.

ALLAH..ampunkan orang ni di atas kesalahan orang ni. ampunkan orang ni. orang ni berdosa. jadikanlah orang ni insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. jangan biarkan kerana dosa orang ni,agamaMU dihina.

Posted in | 7 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.