Archive for 2011

Kal Ho Na Ho...



"Assalamualaikum," aku mula bersuara sambil menekapkan telinga di telefon bimbit.

"Waalaikummussalam," kakak menjawab di sebelah sana.

"Kenapa?" kedengaran ada sedikit bunyi bising di sebelah sana.

"Kakak dekat mana?" aku mula bertanya.

"Dekat stesen kereta api. Why?" dia bertanya lagi.

"Mummy dengan Daddy gaduh lagi," aku mengeluh. Terasa berat kepala. Bilalah Mummy dengan Daddy nak berhenti gaduh pun aku tak pasti. Yang pasti, aku dah muak. Aku dah bosan dengan semua ni!

"Then, adik dekat mana ni?" dia bertanya.

"Dalam bilik," aku menjawab ringkas. Sekalipun aku di dalam bilik, itu tak bermakna aku tidak dapat mendengar suara mereka yang sedang seronok mengeluarkan anak tekak masing-masing.

Di hujung talian, hanya bunyi bising kedengaran. Suara yang ingin aku dengar, seolah-olah hilang.

"Aku bosan dengan semua ni!" aku menjerit. Seketika, mata mula terasa panas. Aku dah bosan. Aku dah bosan dengan perangai ibu bapa yang tak macam ibu bapa. Aku bosan dengan semua ni!

"Adik masih hidup kan?" dia bertanya. Entah kenapa, suaranya tidak meluahkan rasa bimbang.

"Habis tu? Kalau aku dah mati, tak adalah aku nak telefon kakak," aku mendengus. Mata yang terasa panas dah mula mengering. Rasa bengang membakar.

"Kawan kakak baru mati tadi," keras, tak bernada.

"Innalillahiwainnailahirajiuun," tidak terlafaz di bibir, hanya tersebut di dalam hati.

"Kakak tak hafal ayat Al-Quran tapi yang kakak tahu, Allah nak kita sayang hidup kita dan hidup sebaiknya sebagai seorang Islam. Kakak harap itu membantu."

Tut.... Tut... Talian diputuskan. Pasti yang pergi ini, bukannya insan biasa. Kalau tak, masakan kakak akan keras tak berbahasa sebegitu.

Tapi...

Aku mula bangun dari katil dan merenung ke luar tingkap. Matahari sedang menebarkan cahaya jingga ke seluruh alam. 

Di sana, kanak-kanak sedang bermain dengan bahagia. Di sana, ada ibu bapa yang sedang melayan anak mereka dengan bahagia. Di sana, ada sahabat bertepuk-tampar dengan gelak mengisi suasana. Bukankah hidup ini indah? Atau hanya aku yang tidak menikmatinya?

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya." [16:18]

[+]


Assalamualaikum..

Yup.. MJ memang peminat cerita Hindustan.. Dan memang banyak cite Bollywood yg MJ dah tengok.. To be honest..MJ memang dari dulu lagi minat Bollywood..

Dan cite ni..MJ pernah tengok sekali je..mase MJ kecik-kecik dulu tapi MJ tak pernah lupa sampai sekarang jalan cite dye.. And..bile MJ nampak iklan filem ni dekat tv3 hari tu..MJ tak sabar-sabar nak tengok balik..

Yup.. MJ tak lupa dengan cerita ni..


Untuk MJ..filem ni banyak pengajarannya.. Terlalu banyak.. 

Hidup memang susah tapi itu bukan alasan untuk berduka.. 



Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

One who loves you whole-heartedly
It is difficult meet that person
If there is someone like that somewhere
That person is more beautiful than all
Grab onto that (person’s) hand
He or she may not be so gracious tomorrow
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

Taking the shadow of your eyelashes, when someone comes near
You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating
But think, that which is here now
That story may not be here tomorrow
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight

Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
The time that is here may not be tomorrow


Posted in , , , | 2 Comments

Look Up!!

"Teruknya dekat dalam tu," aku berkata sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah kampung milik nenek saudaraku yang sangat sesak. Rumahnya agak besar sekiranya dilihat dari luar tetapi rumah itu sebenarnya sangat sempit di dalamnya, menjadikan aku sangat muak untuk terus berada di dalam.

Tapi..yang ni xde buaian.. 
"Apa yang teruk?" adik yang sedang menatap langit memandang ke arahku. Dia sedang duduk bersila di atas buaian besi yang berkarat di hadapan rumah itu. Telinganya masih bersumbat earphone, sesuatu yang aku sudah terbiasa dengannya.



"Sesak, sempit dan arghh!" aku mula bising. Aku beritahu adik betapa tertekannya aku dengan keriuhan di dalam.

"Dekat Florida bukan lagi bising ke?" adik mula bertanya. Kepalanya direhatkan di atas bahu buaian. Matanya tertancap ke langit.

"At least, takde la sesempit ni. Florida tu luas," aku merengus.



"Kakak, look up," adik menyuruh dan aku dengan pantas mendongak. Why??

"Isn't it beautiful?" 





"Hm??"

"Kat KL, tak dapat la aku nak menatap langit malam-malam macam ni. Nampak bangunan dengan lampu je. Bintang pun segan nak keluar. Bulan pun tunjuk muka mahu tak mahu je. But..here..things different," adik tersenyum.



Aku tak tahu kenapa tetapi sejak kebelakangan ini, adik dah pandai berfalsafah. Banyak sangat baca buku Sejarah ke? Tapi, setahu aku, Sejarah SPM tak de la berfalsafah sangat.

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui."
[6:97]

"Apa tu?"

"Surah al-An'am ayat 97," mudah adik menjawab.

Adik aku ingat ayat Al-Quran? Aku mengarah mataku ke langit.

"Tahu? Kakak tak pernah tengok atas. Dulu, dengan atok, dengan adik, selalu kita tengok bintang, sekarang, di Florida malahan di KL sekalipun, kakak macam dah lupa yang ada langit di atas."



"Aku pun tak selalu ingat," adik memberitahu dengan tenang. Matanya masih di langit dan kami terus di situ, menatap langit.

"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya." 
[25:61]





[+] Diilhamkan dari A True Confession of Hollywood Starlet di DIVA. Memang tak de kene-mengene langsung kan? Tapi..macam MJ cakap..tengok tv bukan sekadar hiburan..yang mana boleh buat pengajaran..amek.. Dan..kita kene jugak pandai menilai pengajaran tersebut..



ELI : Look up!

Morgan melihat ke atas.

ELI : What can you see??

MORGAN : Nothing? 

ELI : The sky. I have been to New York. And when I look up, all the thing I could see was buildings. 

MORGAN : I never look up. 

ELI : Look there! The small dot that shining over there is called STARS..! :D



[+] Yup.. MJ dah tengok cite ni banyak kali dan rasanya, dah boleh hafal pun serba-sikit dialog-dialognya.. Hehehe..

Posted in , , , , , | 5 Comments

Tentang Dhia..

Assalamualaikum..



Tentang Dhia memang dratis.. Meninggal terus kedua-duanya sekali.. Satu ending yang tidak dapat dijangkakan..

Baba dengan adik MJ terharu.. MJ??

Sorry..that Im not.. Bukan ending dia tak bagus.. Bagus ending macam tu tapi entahlah..tak feel sangat tengok cite tu sebab lebih fokus pada sudut camera amek gambar Zikir dengan kepala Dhia yang telah dibotakkan (nampak sangat tak real)..

Ramai orang beri pandangan pasal Tentang Dhia ni..

Untuk orang-orang sebaya MJ..mungkin akan cakap yang Tentang Dhia tu best dengan endingnya.. Untuk orang yang lebih dewasa..mungkin akan cakap ending dye tak sesuai dan tak begitu real..

As for me..

Tentang Dhia tu nak meningatkan kita kepada betapa dekatnya mati itu.. Mana taknya, yang jahat meninggal.. Yang baik pun meninggal.. So..conclusionnya..tak kira siapa..baik atau jahat..akan mati..



[+] tengok 3 IDIOTS jom..! :) Ini pun banyak pengajarannya.. Actually..semua rancangan tv ada pengajarannya..just terpulang pada kita bagaimana nak nilai pengajaran tersebut..

Posted in , , , | 4 Comments

Keperluan atau Keinginan??

Assalamualaikum..

Sebenarnya, MJ tengah blank. Tak tau apa yang terbaik untuk dikongsi.. Nak cakap..tapi rasa macam tak tau nak cakap ape..

Mungkin inikah rasanya setiap kali nak masuk tahun peperiksaan?? 

Hu..

Tahun depan SPM.. Kata Baba, "Jawab je.."

Baba cakap memanglah nampak macam mudah.. MJ tahu..Baba nak sedapkan hati sendiri.. 

MJ ni??

Tak tenang memikirkan SPM yang bakal datang.. Great struggles.. Gr.. Aint waltz at all.. 


Usaha?? Sejauh mana kita telah berusaha?? 

Kawan MJ pernah cakap, kalau kita betul-betul nakkan sesuatu, kita akan berusaha mendapatkannya dengan usaha yang keras.. 

So..macam MJ sekarang..kalau malas belajar means..MJ tak nak cemerlang dalam SPM la?? Macam tu?? 

Kemudian timbul pulak persoalan lain..

Nak berjaya SPM untuk apa?? 

Setakat nak bahagiakan Mama dan Baba??

Nak tunjuk pada orang??

Nak dapat gaji besar bila kerja nanti??

Nak kaya..rumah besar..kereta besar..?? 

Itu je ke?? 

Macam lost in lost world je.. 



Tanya balik pada hati.. 

Adakah belajar ni..bagi MJ adalah satu keperluan?? Bukannya satu keinginan?? 

KEPERLUAN ATAU KEINGINAN?? hm.. -lost!-




Posted in , , , | 11 Comments

Danial Abd Talib...

Assalamualaikum..

Sekali lagi..MJ tak tau nak tulis ape.. Jadi..MJ sertakan beberapa gambar yang MJ dah amek mase pergi berkhelah dekat Ulu Bendul hari tu.. :)

Macam biase..kalau nk view saiz sebenar gambar..klik pada gambar ye.. :)

PART #1 We present to you....DANIAL ABD TALIB..the victim of my photographing hobby..
jurugambar : Mimi Jazman
juruedit : Mimi Jazman




PART #2 When he was being busy over there..we were being busy over here.. 
jurugambar : Mia Jazman
juruedit : Mimi Jazman




PART #3 Special edition with his younger sister... 
jurugambar : Mimi Jazman
juruedit : Mimi Jazman




PART #4 This is my favourite..








Oh ya!! Jangan salah faham ek.. Untuk part terakhir ni..yang duduk sebelah menyebelah ni adalah adik beradik bukan couple..tunang..atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.. 

DANIAL ABD TALIB.. victim sukarela MJ.. hehehe.. ni sepupu MJ.. Terima kasih sebab sudi jadi 'model' saya.. Hehehe.. :) 

:) 

Enjoy!!

[+] Boleh tolong rate di bawah post ni?? Jazakumullah.. :) 




I have no words for now.. And..it is making me feel so........huh..







Posted in | 7 Comments

Tak Tau Nak Update Ape..

Assalamualaikum.. Ini sahaja yang mampu MJ share waktu ni.. Tengah blank.. Untuk view saiz sebenar gambar..sila klik pad agambar.. Barakallahufikum..








Posted in | 7 Comments

Takut Tak??

Assalamualaikum.. 

Kita t a k u t dengan bos kita setiap kali masuk kerja lambat.. 

Kita t a k u t kalau klien atau majikan kita tak puas hati dengan performance kita.. 

Kita t a k u t dengan ketua kita setiap kali kita tak siap kerja yang diberi.. 

Kita t a k u t dengan cikgu kita setiap kali kita tak siap kerja sekolah.. 

Kita t a k u t dengan warden setiap kali kita bawak benda haram ke sekolah.. 

Kita t a k u t dengan ustaz setiap kali ustaz tanya bab kapel.. 

Kita t a k u t dengan senior setiap kali kita buat sesuatu yang di luar kebiasaan sebab takut dyeorang pandang slack.. 

Kita t a k u t dengan pengawas setiap kali ada spotcheck.. 

Kita t a k u t dengan mak kita setiap kali kita terpecahkan pinggan kesayangan dia.. 

Kita t a k u t dengan ayah kita setiap kali result exam tak bagus sangat.. 
Ini..MJ pun takut.. Dapat direct C untuk semua subject science..nak tengok muka Baba pun tak sanggup..

Kita  a k u t dengan abang kita setiap kali dia check mesej kita dengan pakwe kita.. 

Kita t a k u t dengan kakak kita setiap kali kita bermesej dengan pakwe kita.. Nanti mesti dia bagi ceramah.. 

Kita t a k u t dengan adik kita setiap kali kita yang buat salah dan bukannya dia.. Nanti dia nampak..report kat parents.. 

Kita t a k u t dengan polis trafik setiap kali ada road block dan kita tak pakai tali pinggang..

Kita t a k u t dengan polis setiap kali kita merempit tengah jalan.. 
Yang berjuang berani mati tengah jalan tu takut pulak?? Sungguh..MJ tak mengerti.. 

Kita t a k u t.. Mesti takut.. 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tapi.. kita takut tak...

Kalau solat di hujung waktu?? ?? ?? ?? ??

Hanya solat.. Cuba fikir semula..

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 


Posted in , , | 6 Comments

Mereka Berjaya...

Assalamualaikum..

Semalam..tengok berita kat tv3.. Pasal budak-budak PMR dapat result semalam..

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA!! Yang tak berjaya...jangan risau.. SPM masih ada.. Bak kata adik MJ...

Hidup must go on.

Ini senarai sekolah-sekolah berasrama penuh yang cemerlang dalam PMR 2011 :

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.
Sebenarnya..MJ tak terharu sangat mendengarkan kejayaan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah ni.. Yup.. Dyeorg dah berusaha dan dyeorg dapat.. Alhamdulillah.. 



Tapi..
MJ sangat-sangat terharu dengan keputusan-keputusan cemerlang dari... 
  • Seorang pelajar yang lumpuh sejak berusia 10 bulan. 
  • Sepasang kembar autisme. 
  • Seorang anak tukang sapu. 

Semua ni, ada disiarkan di dalam berita semalam. Bila MJ tengok, MJ rasa macam nak menangis.

Mereka yang kurang keupayaan sebenarnya jauh lebih berharga..jauh lebih bersemangat..jauh lebih bahagia.. Mereka susah macam mana sekalipun..mereka masih tak anggap itu sebagai alasan untuk down dalam pelajaran.. 

Ini yang MJ gelarkan... Jiwa-jiwa yang hidup..



Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Tanya diri semula.. Apa yang Allah beri pada kita hari ini.. Adakah ianya tidak cukup sehinggakan kita menjadi seorang yang berputus asa??  
Potongan ayat yang terdapat dalam surah Ar-Rahman.. Yang bermaksud.."Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?"


 Barakallahufikum.. 

Posted in , , , , | 8 Comments

Amek Kau!!!

  • Awak kadang-kadang cepat marah dan kasar. Takut awak marah-marah.
  • Awak garang dan serius.
  • So far awak ok, cara awak kena lebih yakin dan jangan cepat marah. Learn to control your anger, ok?
  • Jangan terlalu tunjuk muka bengang.
  • Bergaullah dengan semua orang. 
  • Jangan cepat marah dan kasar.
  • Muka awak sombong sikit. Cara awak macam berlagak sikit tapi yang bagusnya, keyakinan dan ilmu awak sangat ok. Teruskan kawan!
  • Kurang nak dengar pendapat orang lain. 
  • Tak peka keadaan sekeliling. 
  • Suka cari lasan kalau orang tegur. 
  • Kadang-kadang cakap agak menyakitkan hati orang lain. 
  • Kadang-kadang cara tegur awak boleh buat orang sakit hati. 
  • Terlalu tetap pendirian dan yakin diri hingga menyebabkan diri tak boleh terima teguran orang. 
  • Jangan nilai seseorang ikut pandangan kali pertama / dari segi luaran. 
  • Terlalu tetap pendirian. 
  • Cara tegur kurang sesuai (bajet kadang-kadang). Kita tak sentiasa sempurna. Itu lumrah manusia. 
  • Jangan terlalu bajet. 
  • Tegur secara berhemah. 
  • Cara tegur kot, mungkin kalau awak tegur orang yang jenis tak boleh terima, boleh membuatkan orang tu sakit hati. 

Bukan awak yang membaca.. tapi semua yang di atas itu adalah untuk awak yang menulis ni ha.. 

Sedih? 



Ada satu malam tu..MJ menangis bila MJ baca balik apa yang ditulis oleh kawan-kawan tentang MJ. Komen-komen ni MJ terima masa MJ di kem pimpinan hari tu. 

Bukan marah jauh sekali nak memaki hamun. Just, MJ kecewa.

Bukan kecewa sebab kawan-kawan tak faham MJ ke ape ke..

MJ kecewa dengan diri.. Sebab benda-benda yang dekat atas tu..macam melekat terus dengan MJ.. Tak boleh buang..permanent! 




Dulu..masa di sekolah lama..ada jugak kawan-kawan yang menegur cara MJ yang katanya agak sombong dan keras kepala. (Bila dah tak dapat terima pendapat orang lain tu,maknanya keras kepala la tu.)

Tak sangka bila MJ datang sini..benda yang sama berlaku. BAJET tu yang MJ paling tak sanggup baca tu.. 

MJ tak marah siapa yang tulis.. MJ tak marah siapa yang anggap MJ macam tu.. 

MJ marah dengan diri sendiri sebab konon bajet bagus je.. Sekali kena..amek kau!!!



Bila ego dah terlalu tinggi..dunia kiri kanan pun dah tak perasan.. Konon cuba jadi baik..padahal 'BAJET BAGUS'.. 

MJ bertambah-tambah kecewa bila ada di antara kawan-kawan yang rapat pun rasa takut..rasa jengkel..rasa menyampah dengan MJ.. Kalau kawan-kawan yang dekat pun boleh rasa macam tu..yang jauh lagilah boleh terasa.. 

Ya!!
MJ seorang yang degil..keras kepala..tak pandai berkawan..bajet bagus..sombong..belagak..! 

MJ malahan pernah cakap dekat seseorang tu..

Nak berkawan dengan MJ tak salah..tapi berkawan dengan MJ cari masalah namanya..
And..here is the proof for my words.

MJ bagaimanapun akan cuba sebaik mungkin untuk perbaiki diri.. Just..I need help..












Posted in , , , | 5 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.