Tukar Lagi...

kelmarin,kami  telah berkunjung ke PETRA.. ternyata,adik tidak suka dengan sekolah tersebut. katanya,sekolah itu kelihatan agak kusam. tambahan pula,ada berita buruk mengenai sekolah tersebut.

klik di sini untuk baca berita buruk tersebut.

bukan ingin memburukkan sekolah tersebut,namun perkara sebegini harus dipandang berat oleh ibu bapa yang ingin anak mereka menuntut di sana.

pagi ini,baba bertungkus-lumus lagi menuju ke SHAMS dan PPD Seremban. Akhirnya,adik telah bertukar ke SMK Dato Haji Ahmad. Sekolah kebangsaan biasa yang menawarkan aliran agama dan INSYAALLAH,adik akan ambil aliran agama selepas ini. sebenarnya adik agak keberatan untuk mengambil aliran agama kerana adik lemah bahasa arab.

orang ni dulu pun sebenarnya lemah sangat bahasa arab. apabila mendaftar ke SMAN,ada dua belas subjek yang menggunakan bahasa arab. jadi,mahu tidak mahu,orang ni kena jugaklah belajar bahasa arab. itu pun nasib baik dah ada asas walaupun tak kuat. tak adalah kekok sangat. selepas setahun bersabar,belajar bahasa arab dengan lelah,akhirnya masuk tigkatan dua di ISLAH,bahasa arab orang ni boleh tahan bagus jugaklah. ALHAMDULILLAH..waktu sekolah menengah ni,tak pernah lagilah bahasa arab tu dapat gred yng bawah dari B. ini bukan takabbur ye sekadar sedikit cerita mengenai diri orang ni.   

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Tukar Lagi...

h4ni3 said...

bila dah hari2 guna bahasa arab, sure tak kekok dah kan.. serupa mcm kalau kita blaja kat obersi la.. dah orang keliling ckp omputeh, nak tak nak kita terpaksa jugak cakap bahasa diorg.. lama2 pandai.. =)

An said...

len kali..ngaji sekoalh aku..bg habeh dulu,....syok..o0o0...ustaz..muaz ajaq sampai,..kami pham betoi2...smua..dia campuq ++ dng ustz che azmi..pergghh balaghah dia..mmng kami syok laa..ngaji nan dia..tahun dpan..xsabaq nak belajaq dngan ustz Lah plak...*YA RABBBB*
hahah3

MJ said...

drhanie..em.. betul tu.. so nanti bolehlah ngaji luar negeri kan?? walaupun tak reti..lama2,mesti reti gak kan?? hehehe..

MJ said...

an..hehehe.. sorilah.. nampaknya org ni mmg x cukup level dgn korg suma kat sekolah tu.. kami kat ISLAH sekadar belajar hadith dan tafsir dalam bahasa arab.. laen2 sume jawi je..

An said...

alaaaaa...
ampa..kna..jgak..belajaq..dlm B.A xadil...laaa..wakakka...kami..punya..bertungkus lumus...korang/...senangnyeee...arrggghhhh tapi...its ok....alah bisa tegal biasa

MJ said...

hehehe.. lain sekolah lain cara la!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.