Rasa..

malam ni,tak dapat tidur lagi. tadi dah tidur kemudian,terjaga. tak ada pun yang mengganggu,sekadar diri sendiri yang sudah tidak mahu menipu lagi. malam ni,orang ni tidur kerana paksaan jiwa yang tak tenang. terasa aneh dan kekok walaupun berada di rumah sendiri.

hati rasa hendak menangis. puas dipujuk,tangisan masih belum dapat berhenti. tambah pula,dihimpit kesunyian yang sepi,tangis memang tak dapat dihentikan. puas berbicara pada diri,akhirnya tubuh ini dipaksa melelapkan mata. menghilang seketika di alam nyata,manalah tahu,bisa bertemu mimpi indah dalam tidur.

namun,hampa. ALLAH uji diri ini. tiada sebarang pujukan melainkan diri sendiri. detik hati sudah tidak mampu dikawal,terasa segalanya dalam satu masa.

bagi yang setia mengikuti,sedarkah kalian bahawa ruangan ini sedikit hambar sejak kebelakangan ini?? kalau ada yang sedar,terima kasih orang ni ucapkan di atas keprihatinan kalian. bukan tiada isi,malahan setiap hari isinya bertambah. namun,tiada lagi gambar bagi memberi gambaran apa yang dirasa,menunjukkan bahawa hati ini 'kering' buat sementara.

hambar.. ya.. lambangan jiwa yang tidak berperasa buat ketika ini.. sejak kebelakangan ini,segalanya berlaku terlalu pantas. belum sempat menikmati bahagia,ada saja susah mengetuk pintu sanubari. puas ditepis segala rasa sedih namun ALLAH masih belum mengizinkan perasaan ini pergi. mungkinkah ini ujian buat diri yang sering terlupa??

sakit,bahagia,suka,duka,pedih,kecewa,geram,seronok,tenang,kacau... segala jenis perasaan bercampur dalam hati kecil ini. segala jenis perasaan itu,memakan diri yang sudah kehilangan kekuatan. segala jenis perasaaan itu bergabung menjadikan orang ni tidak berperasaan pada tika ini.

jika ada yang bertanya,sedihkah awak?
jawabnya,tidak kerana tiada sebab untuk merasa demikian.

jika ada yang bertanya,gembirakah awak?
jawabnya,tidak kerana tiada sebab untuk merasa demikian.

kering.. itu sahaja yang mampu dikatakan buat ketika ini. tiada rasa dan dunia kelihatan sedikit kelam.  

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Rasa..

h4ni3 said...

kena sabar banyak2 ye dik
=)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.