Bukan Shopaholic...

tadi,masa tengah study,baba panggil suruh mandi. kami sekeluarga bersama tok yan,tok wan jan,tok siah dan mak ngah akan keluar berjalan-jalan di nilai. orang ni menurut sahaja walaupun tiada mood untuk keluar berjalan-jalan. pasti atok-atok semua,tak larat nak berjalan nanti,jadi pasti kami balik awal,fikir orang ni ketika itu.

setelah beberapa ketika di dalam kereta,akhirnya kami tiba di sebuah kedai di nilai. kedai yang menjual karpet-karpet dan sedikit perabot yang berasaskan kayu jati. pada mulanya,memanglah seronok tapi apabila sudah lama berjalan dan hampir setiap kedai menjual barang yang hampir serupa,orang ni rasa bosan pula.

dari kedai yang menjual perabot,kami menuju ke kedai menjual kain-kain pula. kemudian ke kedai menjual perhiasan rumah english. kedai sedemikian memang banyak di nilai,membuatkan orang ni memang terasa hendak balik. yang menariknya,atok-atok semua tak terasa penat pulak. tambahan lagi,tok siah. tok wan jan je yang letih. orang ni lagilah. tok wan jan ada jugak benda yang hendak ditengok. orang ni tak ada langsung.

atok-atok semua berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. dan orang ni tahu,tok siah belum puas berjalan lagi. orang ni siap boleh tertidur lagi di kedai yang menjual kain langsir. hehehe.. sakit kepala lah jalan banyak sangat.

banyak barang yang atok-atok beli. orang ni dengan adik tak beli apa pun tapi adik memilih jugak barang untuk mama dan baba. orang ni tak kisah sangat. kalau mengharap orang ni berlama-lama semasa shopping,mudah sahaja. letak di kedai buku maka orang lain semua tak perlu risau. orang ni boleh melekat di kedai buku tersebut.

orang ni tak banyak memilih,selalunya ikut mama dan baba sahaja. yang terbaik buat mereka,yang terbaik jugaklah buat orang ni. kalau memilih pun,buat susah aje,baba dengan mama lagi memilih. hehehe..

jadi,entahlah. mungkin orang ni bukan shopaholic seperti mama dan baba.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Bukan Shopaholic...

ಠ_ಠ said...

OHOOO! kami pernah pi nilai nuuh ! haha, lwk lah entry mimi kali nih :D mimi tak singgah ICEROOM? weyh, sedap gila icecream diaa ♥ it's a green-coloured shop with some white aura (haha, lampu puteh je pun) kt nilai je ada, kot! hehe :D

h4ni3 said...

hehehe
next time jangan ikut
;)

MJ said...

ಠ_ಠ ..x nampak pun kedai ice cream.. knape lawak?? hehehe..

MJ said...

drhanie..dr minat shopping ek?? hehehe..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.