Baiknya Hati...

semalam,orang ni bercerita tentang insan-insan yang mempunyai sikap yang agak 'aneh' (NAUZUBILLAH...). itu sekadar peringatan dan renungan buat diri kita yang lemah dari banyak sudut. manalah tahu,mungkin orang ni juga begitu. berlagak pandai dan suka berdalih. ramai insan biasa yang tidak boleh terlepas dari situasi seperti ini sebenarnya,termasuklah orang ni. kadang-kadang rasa marah pada orang yang asyik berlagak pandai tapi kadang-kadang sebenarnya,orang ni pun macam tu. moga ALLAH mengampunkan salah dan silap hambaNYA yang lemah ini.

mungkin betul juga kata fyumie,orang ni tak semestinya betul dan mereka juga tidak semestinya salah. macam mana kita nak tahu kan?? ALHAMDULILLAH,peringatan fyumie memberi kesan. thanks fyumie.

hari ini,kita berfikir secara positif dan riang pula ok??

pagi tadi,orang ni dan mama keluar untuk membuang sampah (hasil mengemas barang-barang di bahagian hadapan rumah). berat sekali beg sampah itu. mama dan orang ni memegangnya seorang sebelah. mama tak pandai menunggang motosikal baba jadi kami terpaksa berjalan untuk membuang sampah yang sememangnya berat (dalamnya ada beberapa buah beg,jadi memanglah berat walaupun beg tu semuanya kosong).

sewaktu kami berjalan,pak teh (jiran kami) melalui jalan tersebut dengan motosikalnya. seperti biasa,senyumannya menyapa kami. orang ni dan mama berhenti sekejap bagi menukar tempat (lenguh betul bawak beg sampah tu). tiba-tiba motosikal pak teh berhenti di sebelah tempat kami berdiri. pak teh menawarkan diri untuk membawa beg sampah itu. katanya,tempat membuang sampah masih jauh dari kami dan kami berdua akan mengalami kesukaran untuk membawa beg besar tersebut. mulanya,mama menolak namun pak teh mendesak juga dan akhirnya mama mengalah. hati orang ni berbisik kecil,huh... tanda lega tak perlu membawa beg besar sarat smapah tersebut,ALHAMDULILLAH ada yang mahu menolong kami sekaligus memudahkan kerja orang ni dan mama.

terima kasih,pak teh! may ALLAH bless you.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.