Archive for December 2010

Tahun 2010..2011..


malam ni,kebanyakan orang akan menyambut tahun baru. pasti meriah suasananya terutama sekali di bandar-bandar besar. di seremban,orang ni tak pasti. kalau di sungai petani,kami tidak begitu ambil peduli mengenainya. bagaikan hari-hari biasa sahaja.

tahun ini...tahun 2010... apa yang ada di dalamnya?? kalau dr.hanie,penuh dia senaraikan peristiwa-peristiwa di tahun ini. orang ni?? entah. tak pasti. apa yang ada pada 2010??

sebenarnya,banyak. banyak sekali sehingga tidak tahu mana satu yang harus ditulis. mungkinkah kisah teater muzikal kami hari itu?? mungkinkah kisah pergaduhan besar antara MGNZ?? mungkinkah kisah persahabatan baru yang penuh dengan pandangan orang?? mungkinkah kisah pertemuan baru yang sempurna akhirnya?? mungkinkah kisah di kem motivasi bersama guru tersayang?? mungkinkah kisah perpisahan bersama mllm baihaqi?? mungkinkah kisah mimpi tentang SMAN yang tidak pernah berkesudahan?? mungkinkah kisah perancangan kami sebelum habis persekolahan??

banyak sekali. namun,yang paling diingati orang ni ialah siri peperiksaan yang berlambak,kertas-kertas soalan yang diedar tanpa henti,perkenalan kami dan perpisahan kami,3USMAN. rindu?? ya. sedikit rasa rindu itu mengusik hati. tertanya sendiri,ingatkah mereka pada orang ni?? adakah pertemuan kami selepas ini hanya melalui siri-siri mimpi di dalam lena? kerana itulah yang sering terjadi,apabila jiwa orang ni diganggu rasa rindu berkecamuk. tatkala rindu pada SMAN,maka orang ni akan melawatnya dalam mimpi. tatkala rindu pada dia,maka orang ni akan mimpikan wajahnya. tatapan bermakna bagi mengubat rindu yang mengusik.

2010 datang bersama masa maka ia pun bakal pergi bersama masa. 2010 menjemput hati untuk merasa rindu dan 2011 pasti menjadi sebuah kisah rindu yang panjang. ALLAH..kuatkan hati ini. kadang-kadang,rindu bukan sekadar perasaan semata namun ia juga adalah ujian berat buat insan sepertiku.

Posted in | 2 Comments

Letih Berjalan...

semalam dahlah pergi nilai. waktu malamnya pulak,pergi muar,hantar tok siah ke rumah mak long kat sana. mak ai.. SUBHANALLAH.. letih.. ingat ke dekat je rupa-rupanya jauh. 1 jam setengah. dahlah lenguh kaki tak habis lagi waktu tu. jadi,sampai aje rumah mak long terus makan kemudian mak long ajak ke tanjung.

tanjung tu pantai. lebih kurang macam dekat gurney jugaklah. menarik sebab ada banyak lampu dan tempat dia bersih. orang ni lagi suka jalan-jalan kat tepi pantai macam tu dari jalan-jalan di shopping complex. angin dia pun sedap. nyaman je..

orang ni jalan dengan adik dan nabilah. macam-macam yang kami jumpa. yang menari tengah jalanlah. yang gelak tak ingat dunialah. yang cari kutu pun ada. hehehe.. sebenarnya,kami tak tau pun mereka tu tengah buat apa tapi nampak gaya tu macam tengah cari kutulah. seorang lelaki cina membelek rambut seorang perempuan cina. kawan dialah kot. hehehe.. mereka dok tengah jalan siapa suruh,siap cangkung lagi tu. hehehe.. hm.. kononnya nak buat sweet la tu. kelakarlah!!

bila dah sampai pukul 11,kami pun baliklah rumah mak long,terus tidur sana. ALHAMDULILLAH..lepas subuh tadi,terus balik.

Posted in | Leave a comment

Bukan Shopaholic...

tadi,masa tengah study,baba panggil suruh mandi. kami sekeluarga bersama tok yan,tok wan jan,tok siah dan mak ngah akan keluar berjalan-jalan di nilai. orang ni menurut sahaja walaupun tiada mood untuk keluar berjalan-jalan. pasti atok-atok semua,tak larat nak berjalan nanti,jadi pasti kami balik awal,fikir orang ni ketika itu.

setelah beberapa ketika di dalam kereta,akhirnya kami tiba di sebuah kedai di nilai. kedai yang menjual karpet-karpet dan sedikit perabot yang berasaskan kayu jati. pada mulanya,memanglah seronok tapi apabila sudah lama berjalan dan hampir setiap kedai menjual barang yang hampir serupa,orang ni rasa bosan pula.

dari kedai yang menjual perabot,kami menuju ke kedai menjual kain-kain pula. kemudian ke kedai menjual perhiasan rumah english. kedai sedemikian memang banyak di nilai,membuatkan orang ni memang terasa hendak balik. yang menariknya,atok-atok semua tak terasa penat pulak. tambahan lagi,tok siah. tok wan jan je yang letih. orang ni lagilah. tok wan jan ada jugak benda yang hendak ditengok. orang ni tak ada langsung.

atok-atok semua berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. dan orang ni tahu,tok siah belum puas berjalan lagi. orang ni siap boleh tertidur lagi di kedai yang menjual kain langsir. hehehe.. sakit kepala lah jalan banyak sangat.

banyak barang yang atok-atok beli. orang ni dengan adik tak beli apa pun tapi adik memilih jugak barang untuk mama dan baba. orang ni tak kisah sangat. kalau mengharap orang ni berlama-lama semasa shopping,mudah sahaja. letak di kedai buku maka orang lain semua tak perlu risau. orang ni boleh melekat di kedai buku tersebut.

orang ni tak banyak memilih,selalunya ikut mama dan baba sahaja. yang terbaik buat mereka,yang terbaik jugaklah buat orang ni. kalau memilih pun,buat susah aje,baba dengan mama lagi memilih. hehehe..

jadi,entahlah. mungkin orang ni bukan shopaholic seperti mama dan baba.

Posted in | 4 Comments

Gila Wang...

hidup.. buat seketika orang ni merasakan bahawa ada satu rasa kebencian dalam hati ini. benci pada benda yang bernama wang. berbicara sahaja tentangnya bisa menjatuhkan mood orang ni. kini,hidup kebanyakan manusia seolah-olah bergantung kepada kepingan kertas ini. ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolehnya,ada yang kedekut dan bakhil deminya. wang...sungguh,pengaruhmu di dunia bisa melumpuhkan jiwa.

namun,hidup masih perlukan wang. tanpa wang,banyak insan bakal menderita. banyak insan bakal mati kelaparan. banyak manusia bakal pincang hidupnya.

susah bagi orang ni berbicara mengenai yang bernama wang ini. sukar sekali. ada manusia yang tidak menghargainya,ada manusia yang terlalu gilakannya. wang masih keperluan namun bukan kepentingan. fahamkah mereka?? atau orang ni yang tidak faham hakikat kehidupan yang sungguh luar biasa ini??

sudah!! yang bernama wang ini cukup menyenakkan jiwa orang ni. sakit sekali mendengar namanya bagaikan ia sebilah pisau yang ditusuk ke jantung orang ni. orang ni bukan hambanya! tidak sama sekali kerana orang ni milik DIA,YANG MAHA KUASA atas setiap sesuatu.

ALLAH,kini orang ni buntu. di sekeliling,orang hanya berbicara tentang wang membuatkan orang ni rasa ingin marah. pentingkah wang itu sehingga setiap masa perlu difikirkan tentangnya?

sungguh,orang ni bosan. kadang-kadang niat orang ni bagaikan terpincang dari yang sepatutnya. kadang-kadang niat orang ni menuntut ilmu bagaikan terpincang kerana yang bernama wang ini. bukan kerana orang ni gila padanya tetapi kerana orang ni benci padanya! orang ni benci apabila ada yang kesempitan wang. orang ni benci apabila ada yang meminta-minta wang. orang ni benci apabila ada yang bakhil mengeluarkan wang. orang ni benci padanya sehingga menyebabkan orang ni ingin memilikinya.

orang ni ingin memilikinya agar tiada lagi yang kesempitan wang. orang ni ingin memilikinya agar tiada lagi yang meminta-minta. orang ni ingin memilikinya kerana orang ni ingin menghentikan mereka yang bakhil dalam mengeluarkannya. orang ni ingin memilikinya agar tiada lagi yang menderita kerananya.

orang ni ingin memilikinya kerana orang ni sudah cukup menderita kerananya. ALLAH,orang ni buntu. salahkah orang ni? inikah yang digelar gila wang..??

Posted in | Leave a comment

Tukar Lagi...

kelmarin,kami  telah berkunjung ke PETRA.. ternyata,adik tidak suka dengan sekolah tersebut. katanya,sekolah itu kelihatan agak kusam. tambahan pula,ada berita buruk mengenai sekolah tersebut.

klik di sini untuk baca berita buruk tersebut.

bukan ingin memburukkan sekolah tersebut,namun perkara sebegini harus dipandang berat oleh ibu bapa yang ingin anak mereka menuntut di sana.

pagi ini,baba bertungkus-lumus lagi menuju ke SHAMS dan PPD Seremban. Akhirnya,adik telah bertukar ke SMK Dato Haji Ahmad. Sekolah kebangsaan biasa yang menawarkan aliran agama dan INSYAALLAH,adik akan ambil aliran agama selepas ini. sebenarnya adik agak keberatan untuk mengambil aliran agama kerana adik lemah bahasa arab.

orang ni dulu pun sebenarnya lemah sangat bahasa arab. apabila mendaftar ke SMAN,ada dua belas subjek yang menggunakan bahasa arab. jadi,mahu tidak mahu,orang ni kena jugaklah belajar bahasa arab. itu pun nasib baik dah ada asas walaupun tak kuat. tak adalah kekok sangat. selepas setahun bersabar,belajar bahasa arab dengan lelah,akhirnya masuk tigkatan dua di ISLAH,bahasa arab orang ni boleh tahan bagus jugaklah. ALHAMDULILLAH..waktu sekolah menengah ni,tak pernah lagilah bahasa arab tu dapat gred yng bawah dari B. ini bukan takabbur ye sekadar sedikit cerita mengenai diri orang ni.   

Posted in | 6 Comments

Tak Suka Semak...

orang ni bukanlah seorang yang sempurna namun tidaklah terlalu lemah untuk diperlekehkan. sejak berpindah,banyak yang orang ni jumpa sehingga menyebabkan orang ni kadang-kadang terasa hati. mulut terasa ringan hendak bersuara,mengeluarkan apa sahaja yang tersirat di hati.

huh.. adakah orang ni terlalu cerewet tentang kebersihan? salahkah orang ni kalau orang ni tak suka habuk-habuk berlambak di atas lantai? geram ni..

bila dimarahi,kita pula yang kena marah. bukan sedikit,malah mulutnya lancang sahaja mengungkit sesuatu yang tak perlu diungkit. benci benar orang ni mendengarnya. sakit hati dengan sikapnya. salahkah orang ni ingin memberitahunya bahawa dia keterlaluan tidak menjaga kebersihan?? biliknya bersepah. sudah banyak kali orang ni mengalah dengannya,itupun dia masih marah. benci pada mulutnya lancang!!

Posted in | 8 Comments

Tak Jadi...

apa yang tak jadi? hehehe.. sekolahlah. pagi tadi,baba dah pergi ke PETRA untuk uruskan pendaftaran kami. pengetua PETRA menghalang baba untuk mendaftarkan orang ni ke PETRA kerana di sekolah mereka tak ada aliran sains. jadi,orang ni tetap perlu ke SHAMS kerana SHAMS ada aliran sains.

maka,sekolah orang ni tahun depan adalah SHAMS. ALHAMDULILLAH.. dapat juga masuk ke sekolah tu. SHAMS adalah sekolah agama terbaik di seremban. ALHAMDULILLAH..

yang lebih baik,baba daftarkan orang ni dalam aliran sains ISLAM! sains ISLAM berbeza ke dengan sains TULEN?? entahlah. ada sesiapa yang tahu??

macam mana pun,doakan orang ni berjaya di SHAMS tau. nampaknya tahun depan,akan ada lebih ramai pesaing.

Posted in | Leave a comment

Api Amarah...

sekarang,ada satu perasan menyampah menyelinap dalam jiwa. bukan tentang sekolah baru atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. ianya mengenai seseorang yang menyenakkan jiwa orang ni. perlukah orang ni katakan sahaja kepadanya,GROW UP LA!!! layakkah orang ni berkata sedemikian padanya?? kenapa diserahkan jiwa kepada yang belum pasti miliknya?? kenapa disusahkan jiwa,disusahkan hati berfikir tentang masalah remeh yang sepatutnya dipandang sebelah mata sahaja. masalah tersebut diri sendiri yang cipta kenapa harus letakkan salahnya pada orang lain?? SUBHANALLAH!! sedarlah! dunia bukan sekadar tempat bermain dengan masalah yang tak patut wujud tu!

ASTAGHFIRULLAH... jiwa orang ni sudah dilanda api kemarahan. rasa benar ingin memarahi 'dia'.

dia hanya tahu berbicara,namun tahukah dia bahawa dunia lebih besar dari itu semua?? tahukah dia bahawa orang ni memandang dia sebagai seorang insan yang masih 'kanak-kanak'?? lagaknya seperti orang dewasa,tahu segala! bijak berkata-kata namun satu pun tidak diguna!!! kalau orang ni menegur,orang ni pula yang dikritik. katanya,orang ni berlagak baik dan tidak memahami jiwanya. katanya lagi,orang ni menjauhkan diri daripadanya kerana orang ni tidak mahu berkawan dengannya yang kononnya sedikit 'jahat'. SUBHANALLAH!! bukan kerana itu orang ni menjauhkan diri. orang ni menjauhkan diri kerana hati yang sakit oleh sikap keanak-anakanmu,kawan! bila lagi kau mahu sedar?! orang ni letih dan sakit dengan sikapmu. baiklah. sikapmu yang sedikit keanak-anakan mungkin boleh diterima tapi kenapa kau sering berlagak menunjukkan bahawa kau seperti orang dewasa? selalu sahaja bibirmu mengucapkan kata-kata angkuh seolah-olah kau sahaja yang tahu hakikat kehidupan.

kadang-kadang,hati bimbang,takut di bibir meletus perkataan tidak enak untuk didengar. kerana ayat yang satu ini bisa membunuh persahabatan kita.

kata-katamu hanya menyempitkan otakmu untuk menyedari hakikat dunia!

ASTAGHFIRULLAH.. debaran di hati sedang menggila. jantung terasa panas. muka juga begitu. betapa hebatnya api kemarahan yang melanda jiwa kali ini. sakit!!

Posted in | Leave a comment

Sekolah Baru...

ALHAMDULILLAH.. hari ini,pencarian sekolah sudah berakhir. sebelum ni,orang ni pernah cakap kan yang orang ni kemungkinan akan masuk sekolah menengah kebangsaan agama haji mohamad said (SHAMS)?

pagi tadi,baba telah pergi berjumpa dengan pengetua SHAMS. ALHAMDULILLAH.. mereka terima orang ni walaupun orang ni dari sekolah swasta. tak tahu pulak senang nak masuk sekolah tu. hari tu,tok yan cakap susah masuk sekolah tu. ada ADUN JOHOR nak masukkan anak dia ke situ tapi tak boleh. pak wie pulak cakap,mungkin anak ADUN JOHOR tu tak dapat straight As kot. hehehe.. mulut pak wie memang. tapi,hari tu,memang orang ni rasa orang ni takkan diterima masuk ke SHAMS. memang tak sangkalah orang ni akan dapat masuk sekolah tu dengan begitu mudah sekali!! ALHAMDULILLAH...

tapi,ada sesuatu yang menghalang. adik.... tarikh pendaftaran adik telah ditutup dua hari yang lepas,jadi adik tak boleh mendaftar di sekolah itu.

baba cari pula sekolah agama lain yang berdekatan dengan rumah kami kerana orang ni dan adik memang tidak mahu tinggal di asrama. bukannya manja namun jiwa terasa belum kuat untuk kembali menempuh kehidupan asrama. kehidupan asrama dulu memang mencabar. sudah berapa banyak air mata yang dibazirkan semasa tinggal di asrama. namun,di situlah juga orang ni belajar banyak perkara. walaupun begitu,keputusan orang ni masih sama,tidak mahu tinggal di asrama. orang ni ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran pada tahun hadapan kerana tahun berikutnya,orang ni akan mengambil peperiksaan besar sekali lagi. INSYAALLAH..tinggal di rumah bukanlah suatu halangan untuk skor dalam SPM.

baba dicadangkan sebuah sekolah agama lain untuk adik. SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO' KELANA PETRA MAAMOR.. mendengar namanya sahaja sudah memeningkan. hehehe.. sekolah kami dulu hanyalah ISLAH. pendek sahaja namanya. namun sekolah kali ini panjang sungguh namanya. sekolah tersebut tidaklah sehebat SHAMS. biasa-biasa sahaja. lebih kurang SMAN dulu.

adik diterima di PETRA jadi baba menyuruh orang ni dan adik bersekolah di situ sahaja. orang ni tak kisah. asalkan dapat belajar,ada guru dan suasana belajar sudah mencukupi.

dulu,orang ni lihat berada di ISLAH pasti menyukarkan orang ni untuk mendapat straight As dalam PMR tapi,orang ni ternyata salah. kuasa ALLAH melebihi segalanya. dia dah aturkan yang terbaik buat kita jadi kita sahajalah yang perlu berusaha untuk mencapai kebaikan yang dikurniakan itu. INSYAALLAH..

tawaran dari SHAMS masih di dalam ingatan. pujian dari pengetuanya sahaja sudah cukup menggoda jiwa,seolah-olah menyuruh orang ni untuk berada di bawah pentadbirannya. namun,mungkin ada yang lebih baik di PETRA. hanya ALLAH yang tahu,bukan? jadi,orang ni terima apa adanya.

Posted in | 4 Comments

150 Juta_Fynn Jamal



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"

"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"



"Aku lagi kenal dia"


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


"sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya"

"sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua"



"saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata



Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada



Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta

Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada



Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua..


[+]


gambar di atas adalah hasil editan orang ni. hehehe.. lagu ini mungkin ada kena mengena dengan sebuah cerita novel. liriknya comel kan? tapi di alam realiti,ada ke?? entah,orang ni tiada jawapan. mungkin kalian bisa menjawabnya. tapi,orang ni setuju dengan penulis lirik ni tentang satu perkara. kemanjaan seorang isteri,hanya seorang suami boleh merasa. kalian pula bagaimana? hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Posted in | 4 Comments

Kena Marah...

tahukah kalian bahawa orang ni tak suka dimarahi?? dalam kehidupan seharian,benda yang paling orang ni tak suka ialah kena marah dengan orang lain. terasa diri tak cukup baik sedangkan orang ni dah cuba yang terbaik. orang ni juga tak suka pada mereka yang suka menengking ketika marah. mllm azli pernah kata,orang yang waras ialah orang yang apabila mereka marah,mereka tersenyum. orang ni tidaklah baik sangat seperti yang dikatakan oleh mllm azli tetapi paling kurang,orang ni tidaklah menengking. hehehe.. suara orang ni tak perlu menengking pun dah ada yang takut.

dulu,ada beberapa orang kawan sekelas orang ni yang takut dengan orang ni. orang ni sendiri tak pasti kenapa. kata mereka,orang ni serius terutamanya dalam pelajaran. bila hendak menerangkan di hadapan,orang ni susah hendak berlawak. sebenarnya orang ni tak ada bakat berlawaklah. jadi,sejak mendapat teguran,orang ni cuba berubah,menjadi sedikit peramah dan kerapkan tersenyum supaya tiada lagi yang takut pada orang ni. ALHAMDULILLAH..sekarang,semua kawan-kawan lebih selesa dengan orang ni.

[+]

rindunya!

Posted in | 4 Comments

Mulai Sekarang...

mulai sekarang,sebuah perhitungan yang baru akan bermula. mulai sekarang,sebuah revolusi akan berlaku. komenlah. template baru ni ok?? kalian selesa dengannya??

Posted in | 4 Comments

Hijrah...

ALHAMDULILLAH...kebanyakan benda di ruangan ini telah ditukar termasuklah namanya. rasanya tmplate juga perlu ditukar. hanya sebagai tanda orang ni sudah berhijrah.

Posted in | Leave a comment

Pindah ke Seremban...

mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa semalam dan kelmarin mimi jazman tiada post baru?? ALHAMDULILLAH.. sebenarnya,orang ni telah berpindah ke seremban seperti yang telah dinyatakan dalam post-post sebelum ini. rasanya,kawan sekolah banyak yang tahu.

semalam,kami sekeluarga bangun awal pagi sebab katanya lori akan sampai jam 8 pagi. tepat jam 8 pagi,lori yang dikatakan pun tiba. lori 1 tan?? memang tak dapat masuk langsung barang-barang dalam rumah kami yang berlambak. walaupun dah hantar selori ke kampung,barang kami masih banyak terutamanya barang-barang kecil. terpaksalah,lori 1 tan tadi dibatalkan.

kemudian,baba terus mencari lori lain dan ALHAMDULILLAH,ada. bukanlah lori 3 tan tapi cukuplah untuk membawa barang-barang kami. pagi itu,keluarga alang,keluarga acik,keluarga pak teh,tok siah,mak ngah semuanya datang ke rumah kami. along pun ada. bersama mereka,kami kemas barangan kami. nasib baik mereka ada,bolehlah membantu kami yang tidak pernah berpindah ini. merekalah yang membalut televisyen,meja dan cermin. mereka jugaklah yang mengangkat barang-barang. terima kasih semua!!

lebih kurang jam 12 kami bertolak dari rumah. dari rumah,singgah rumah pak sheikh untuk mengambil barangnya untuk dibawa ke seremban. kemudian,kami ke rumah tok yan pula untuk mengambil sofa tok su yang ingin dibawa ke kuala lumpur.

petang itu,kami tiba di rumah tok aja. cari pula sebuah lori untuk membawa barangan tok aja ke rumah kami. khabarnya,tok aja ingin berpindah ke sungai petani jadi barangannya diberi kepada kami. ALHAMDULILLAH..ada lori yang ingin membawa barangan tersebut.

semasa dalam perjalanan ke rumah baru kami,kami mendengar kisah cinta pak wie. menarik! INSYAALLAH...selepas pak wie tamat belajar dan sudah bekerja nanti,dia akan langsung berkahwin,INSYAALLAH... pak wie memang gentleman jadi memang tak mustahillah hubungannya bersama si dia dapat bertahan walaupun telah lama bersama.

jam 10 lebih,kami tiba di rumah baru kami di seremban. pertama kali melangkah ke rumah baru ini,rasa seronok menerkam jiwa. mana tidaknya,rumah ini sangat besar. semasa membuat bayaran deposit tempoh hari,kami hanya melihat-lihat dari luar sahaja. terdapat tiga bilik di atas dan satu di bawah. biliknya besar-besar. walaupun,orang ni hanya mendapat bilik yang paling kecil,orang ni tak kisah sangat. orang ni yakin bilik orang ni akan kelihatan lebih kemas dari bilik adik walaupun bilik adik lebih besar.

anak-anak tok su dan tok su serta beberapa orang pekerja lori mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah. pak zaki pun ada. berpeluh mereka dibuatnya mengangkat barang-barang kami yang banyak. selepas habis barang diangkat,mereka pun pulang dengan berjanji bahawa mereka akan datang keesokan harinya.

pak sheikh dan cik zam tunggu sebentar selepas anak-anak tok su pulang. baba dan pak sheikh mengangkat semua barang masuk ke dalam rumah dan mereka dijamu dengan kuey teow yang dibekal oleh kak mar semasa di rumah tok aja.

orang ni dan adik pulak,sibuk mengemas bilik masing-masing. maklumlah,sebelum ini,kami berkongsi ruang yang kecil sebagai bilik. kini,kami masing-masing memiliki sebuah bilik yang selesa. ALHAMDULILLAH... nanti orang ni upload gambar untuk semua. buat masa sekarang,camera tiada untuk digunakan.

mungkin tahun depan akan dapat telefon berkamera jadi mudah sikitlah bagi orang ni mengupload gambar. baba kata,bulan dua tahun hadapan,orang ni dan adik akan dapat C3 NOKIA sebagai hadiah keputusan kami yang cemerlang sepanjang tahun dan juga hadiah hari jadi. all in one! hehehe.. bagaimanapun orang ni tak kisah berapa in one pun asalkan dapat telefon tersebut kerana telefon yang digunakan orang ni sekarang rosak. kalau ada orang call,tak dengar sebab handphone ni tak berbunyi. dah banyak kali masuk air,itulah jadinya.

pagi tadi,selepas subuh tak tidur,terus bangun dan kemas rumah. kotak-kotak semua dimasukkan ke dalam bilik-bilik mengikut tuan punya. perabot-perabot pun disusun. dapur pun dikemas sedikit. apabila pak sheikh dan cik zam datang,rumah ni diupdate sedikit. apabila keluarga mak long sampai,bahagian dapur pula yang diupdate. hehehe.. terima kasih semua!!

hari ni,kami dapatlah merasa mee bandung yang dimasak oleh mak long. kalau di sungai petani,memang jarang dapat merasa mee bandung. kata mereka,di seremban susah cari mee sanggul. betul ke?? rugilah orang seremban kalau macam tu. mee sanggul kalau digoreng memang sedap. hehehe..

sekarang,tok aja,pak zaid,tok yan dan mak andak pergi ke kedai membeli barang untuk membuat serawa pisang katanya. waa... baru hari ini kami berpindah,dah macam-macam juga yang kami makan. macam mana pun ALHAMDULILLAH.. ha.. hari ni adik dan orang ni selesema. semalam mama seorang je. hari ni,dengan kami berdua pula yang berjangkit. hehehe... tak pa lah kan?? ujian rumah baru.

Posted in | 2 Comments

Kesakitan dalam Kemanisan...

pasti ramai yang ternanti-nanti keputusan PMR orang ni kan? pasti ramai juga yang mahu tahu kesakitan apakah yang orang ni alami bukan? bagi fyumie dan aqilah,pasti ingin lebih tahu kesakitan apa yang melanda orang ni walaupun sesuatu yang manis telah berlaku hari ini. bagi gadis bunga dan drhanie pula,pasti ingin tahu keputusan orang ni.

ALHAMDULILLAH.. ALLAH telah kurniakan anugerah dan nikmat yang besar untuk orang ni. walaupun diri ini tidak layak,namun ALLAH masih memilih orang ni untuk menerima nikmat tersebut. nikmat kejayaan. tatkala melangkah menghampiri pejabat sekolah,seorang mak cik mengucapkan tahniah kepada orang ni dengan menyebut nama orang ni lagi. dalam hati tertanya-tanya,siapakah mak cik manis ini? apa yang tahniah?

melangkah lagi,bertemu pula dengan beberapa orang insan yang turut mengucapkan tahniah. orang ni hanya mengangguk dengan senyuman yang kemungkinan kelihatan agak aneh,tidak memahami tahniah untuk apa. melangkah ke pintu hadapan bilik seminar,tempat mengambil keputusan,ustaz abdullah selaku pegetua sekolah,mengucapkan tahniah.

"tahniah mimi. straight A's noh. ALHAMDULILLAH."

terasa ingin menitis air mata ketika itu juga. mama masuk sendirian untuk mengambil slip orang ni,rasa takut masih menyelebungi diri walaupun ustaz abdullah telah mengucapkan tahniah. akhirnya,mama keluar dengan menunjukkan slip tersebut. hati terasa girang sekali dan di dalam hati ucapan syukur buatNYA menggunung kerana orang ni sememangnya tidak layak untuk menerima kejayaan sebesar itu berbanding dengan orang lain. ALHAMDULILLAH...

namun,pada sebelah malamnya,seribu satu rasa meresap jiwa. sedih sekali dengan sikap orang sekeliling. kejayaan ini khusus dihadiahkan buat mama dan baba,hadiah buat pengorbanan mereka yang tak boleh dibalas. masalah mula mencengkam jiwa. keliling!! keluarga sebelah sana,dengan cara mereka sana. keluarga sebelah sini,dengan cara mereka sini. dia itu dengan caranya itu. dia ini dengan caranya ini.

dalam sedang dinasihati,dia masih mengulang perkara yang sama.

sukar sekali diajak berbincang,hanya mahu orang mengikut telunjuknya.

pengkhianatan dan sikap kurang ajar yang tak mampu dijangka.

kepura-puraan dan tidak tetap pendirian yang berleluasa,terpedaya dengan entah siapa.

akhirnya,orang ni yang tewas dalam berjuang menahan kesabaran dari terus menghilang. ya ALLAH..sesungguhnya kepadaMU aku berserah kerana aku tidak mampu menanggung segalanya sendiri.

hari yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan meraikan kejayaan orang ni akhirnya disambut dengan tangisan tanpa henti akibat rasa kecewa yang tidak berpenghujung. ALLAH memberi ujian untuk orang ni supaya orang ni ingat pada DIA. orang ni selalu terlupa. mungkinkah ada sesuatu yang bakal memujuk hati yang terluka? ALLAH....

Posted in | 9 Comments

Berdebar...

huh.. terasa debaran menggila di jantung. mahu tidaknya,sekarang jam di skrin laptop sudah menunjukkan angka 9:14. tinggal lagi lebih kurang dua jam sebelum nak pergi ambil keputusan. huh..

semalam,siapapun tak dibenarkan bercakap pasal keputusan PMR dengan orang ni sebab orang ni nak tidur (takut nanti kalau gementar sangat,tak boleh tidur pulak).

ok.. kalau keputusan elok,orang ni akan cepat-cepat beritahu pada semua pembaca tapi kalau keputusan tak elok,mungkin lambat sikit orang ni beritahu,kalau tak pun,tak sebut langsung.

[+]

tadi tengok house. pesakit house hari ini adalah seorang blogger yang sememangnya hebat. segala apa yang dilakukan semuanya direkodkan di dalam blog dan ternyata blognya disukai ramai dan setiap keputusan dalam hidupnya adalah berdasarkan keputusan pembaca-pembaca blognya. kemudian,suaminya mula marah dan menyuruhnya berhenti dari menjadikan dirinya hiburan kepada pembaca-pembaca blognya kerana dia ingin meminta pendapat orang ramai tentang keputusan yang perlu diambilnya berkenaan dengan penyakit yang dihidapinya (penyakit yang agak kronik).

semalam,perabot-perabot rumah kami telah dibawa oleh lori ke kampung. tinggal sedikit aje untuk dibawa ke rumah baru. kebanyakan perabot kami dah lusuh jadi terpaksa hantar ke kampung dan beli baru untuk rumah baru nanti. ada orang tu dia tengok je tanpa mengambil apa-apa tindakan. geram tau tak??

Posted in | 3 Comments

Esok...

hati jadi tidak tenang. kerisauan semakin memuncak walau tampak biasa sahaja. tambah pula,tiada apa yang mewarnai hari membuatkan orang ni tetap memikirkannya. kadang-kadang terasa tidak mahu mengetahuinya,biar ia terus tersimpan di pejabat sekolah tapi manalah mungkin kan? kalau orang ni yang tak mahu tahu,orang lain semuanya nak tahu. mama dan baba sangat-sangatlah nak tahu.

beberapa hari sebelum ni,orang ni bertanya pada adik,baba dan mama,apa target mereka untuk orang ni. adik kata 8A 1B sebab orang ni tak reti geografi. mama dan baba pula cakap 9A. beriya-iya benar mereka berdua.

orang ni pulak yang seram sejuk . kalau mama,baba dan adik target sesuatu yang besar untuk orang ni,kalau orang ni tak dapat macam mana? tidakkah orang ni boleh dikategorikan sebagai penghancur harapan? tertekan sedikit terasa jauh di dalam hati. adoy!! hanya ALLAH yang dapat membantu hambaNYA ini di saat ini.

apa-apa pun semuanya dah berlalu,esok kena hadapi kenyataan. kalau tak dapat maka orang ni punya usaha tidak melayakkan orang ni. jadi berserah je la. doakan yang terbaik untuk orang ni!!

Posted in | 2 Comments

Baiknya Hati...

semalam,orang ni bercerita tentang insan-insan yang mempunyai sikap yang agak 'aneh' (NAUZUBILLAH...). itu sekadar peringatan dan renungan buat diri kita yang lemah dari banyak sudut. manalah tahu,mungkin orang ni juga begitu. berlagak pandai dan suka berdalih. ramai insan biasa yang tidak boleh terlepas dari situasi seperti ini sebenarnya,termasuklah orang ni. kadang-kadang rasa marah pada orang yang asyik berlagak pandai tapi kadang-kadang sebenarnya,orang ni pun macam tu. moga ALLAH mengampunkan salah dan silap hambaNYA yang lemah ini.

mungkin betul juga kata fyumie,orang ni tak semestinya betul dan mereka juga tidak semestinya salah. macam mana kita nak tahu kan?? ALHAMDULILLAH,peringatan fyumie memberi kesan. thanks fyumie.

hari ini,kita berfikir secara positif dan riang pula ok??

pagi tadi,orang ni dan mama keluar untuk membuang sampah (hasil mengemas barang-barang di bahagian hadapan rumah). berat sekali beg sampah itu. mama dan orang ni memegangnya seorang sebelah. mama tak pandai menunggang motosikal baba jadi kami terpaksa berjalan untuk membuang sampah yang sememangnya berat (dalamnya ada beberapa buah beg,jadi memanglah berat walaupun beg tu semuanya kosong).

sewaktu kami berjalan,pak teh (jiran kami) melalui jalan tersebut dengan motosikalnya. seperti biasa,senyumannya menyapa kami. orang ni dan mama berhenti sekejap bagi menukar tempat (lenguh betul bawak beg sampah tu). tiba-tiba motosikal pak teh berhenti di sebelah tempat kami berdiri. pak teh menawarkan diri untuk membawa beg sampah itu. katanya,tempat membuang sampah masih jauh dari kami dan kami berdua akan mengalami kesukaran untuk membawa beg besar tersebut. mulanya,mama menolak namun pak teh mendesak juga dan akhirnya mama mengalah. hati orang ni berbisik kecil,huh... tanda lega tak perlu membawa beg besar sarat smapah tersebut,ALHAMDULILLAH ada yang mahu menolong kami sekaligus memudahkan kerja orang ni dan mama.

terima kasih,pak teh! may ALLAH bless you.

Posted in | Leave a comment

Pernahkah Kalian Bertemu....??

ini bukan kisah cinta atau yang sewaktu dengannya. sekadar cerita santapan hati. menguji hati,baikkah diri kita atau masih ada yang perlu dibaiki. baiklah...

pernahkah kalian bertemu dengan orang yang mempercayai anaknya walaupun jiran sekeliling sudah maklum dengan sikap anaknya yang kuat berbohong?? berikan komen kalian terhadap orang sebegini.

pernahkah kalian bertemu dengan orang yang tidak tahu apa-apa tapi berlagak bijak tahu segalanya?? berikan komen kalian terhadap orang sebegini.

pernahkah kalian bertemu dengan orang yang asyik menyalahkan orang lain dan cuba berdalih walau dia yang bersalah?? berikan komen kalian terhadap orang begini.

hari ni,dengan izin YANG MAHA ESA,membenarkan orang ni berjumpa dengan mereka yang mempunyai sikap seperti ini. apapun,ianya sekadar ingatan kepada kita supaya tidak jadi seperti ini. bagi kalian yang merasakan ada di dalam diri kalian itu sikap-sikap seperti yang dinyatakan di atas,jangan ragu atau runsing. tenangkan hati dan berdoa memohon taubat. ALLAH itu kan MAHA PENERIMA TAUBAT??

sebenarnya,ianya juga renungan buat diri yang menulis kerana diri yang menulis juga penuh cacat dan cela. di tambah lagi dengan masa silam yang kurang menyenangkan. moga kita sama-sama berubah ke arah pembentukan peribadi yang lebih baik.

Posted in | 4 Comments

Kisah Acik...

tulisan ini ditulis di atas kertas sebelum ditulis di ruangan ini. orang ni baru sahaja pulang dari sebuah kedai aksesori kereta dan terasa malas benar hendak membuka laptop yang masih tersimpan elok di dalam begnya. sepatutnya post ini ditulis semalam,jadi bayangkan sahjalah bahawa post ini terlewat satu hari.

hari ini,orang ni pergi lagi ke rumah acik. semalam,pak cik dimasukkan ke dalam wad. pelbagai hal terjadi semalam,namun biarlah semuanya menjadi rahsia. pak cik dimasukkan ke dalam wad,kata doktor kerana appendiks,maka pembedahan harus dijalankan secepat mungkin.

kami tiba di rumah acik yang dikunjungi oleh pak teh sekeluarga dan atok siah dengan membawa 25 bungkus nasi lemak (dibeli di sebuah kedai makan kegemaran kami). pak teh dan keluarganya serta atok siah telah tiba di rumah acik sejak semalam,mereka bermalam di rumah acik bagi menemani acik di rumahnya.

leka orang ni dibuatnya mendengar luahan hati acik pada mama. sejak awal pagi,acik berkejaran ke sana sini bagi menguruskan hal yang biasanya diuruskan oleh pak cik. susah benar hidup acik tanpa pak cik,tambahan pula,acik tidak tahu memandu kereta. tidak orang ni sangka,acik akan kelihatan serunsing itu. selalunya,acik riang sahaja walau ada ujian dihadiahkan kepadanya. acik bukan sahja kalut menyelesaikan banyak perkara malahan juga tidak tenang mengenangkan suami di hospital.

kerisauan acik telah menyebabkan dia tidak punya selera untuk menjamah sebarang makanan sejak malam suaminya dimasukkan ke hospital. risau mama dibuatnya apabila adiknya itu dikatakan mengalami muntah-muntah. cepat-cepat mama menyuruh acik makan dengan mengingatkan acik bahawa kesihatannya amat perlu dijaga pada masa genting seperti ini.

setelah meluahkan segala kesusahannya kepada mama,acik mencapai sebungkus nasi lemak dan mula makan. pak teh dan atok siah serta baba sibuk melayan pebualan bersama tok andak yang berkunjung ke rumah acik.

mujurlah pak teh dan atok siah ada menemani acik (setelah dipujuk oleh mak teh),tidaklah acik,anis dan danis kesunyian melayan kerunsingan jiwa. selepas seketika,tok andak pulang sementara baba pula menuju ke EON,untuk menservis kereta baru kami yang sudah mengembara sebanyak 1700km (walaupun masih baru).

apabila jam menunjukkan pukul 12.15,semua orang di dalam rumah acik mula bersiap-sedia untuk ke hospital. ketika itu,orang ni baru sahaja bangun dari tidur (tertidur semasa menonton rancangan televisyen yang entah apa-apa).

memandangkan kereta kami tiada,maka mama akan memandu kereta CITRA pak cik untuk ke hospital. pertama kali mama memandu kereta orang lain! pertama kali juga kereta pak cik dipandu oleh orang lain! pada mulanya,mama agak gementar memandangkan kereta yang dipandunya milik orang lain. namun,rasa gementar itu hilang secara beransur apabila mama mula selesa memandu kereta tersebut.

di dalam kereta pak cik,acik mula bercerita lagi. tiba-tiba,mata acik tertumpu pada seketika di hadapan kemudian berkata pada anak-anaknya,"tengok KANCIL tu teringat KANCIL kita,macam KANCIL kita."

kemudian anis berkata dengan suara yang agak kuat,"abah la tu!"

habis semua yang berada di dalam kereta menjerit melihat pak cik yang memandu sendiri pulang ke rumah! pak cik sebelum tu memandu kereta sendiri untuk ke hospital.

acik tersenyum senang,pasti lega hatinya melihat suami tercinta pulang ke rumah (memandu sendiri pula tu). yang lain juga turut tersenyum dan merasa lega dengan keriangan di wajah acik dan pak cik. terlerai juga rasa rindu mereka akhirnya. wajah pak cik benar-benar melegakan walaupun kesakitannya masih belum hilang. ALHAMDULILLAH...

[+]

penyakit pak cik masih belum diketahui. kata doktor,tiada apa-apa tapi pak cik masih mengadu kesakitan.

Posted in | 2 Comments

Peristiwa di Hari Asyura...

Posted in | 2 Comments

Kisah Lama Kembali...

tak dapat tidur lagi walaupun dah sedikit lewat. perkara semakin buruk. bahagia yang orang ni rasakan cepat benar berlalu. dan...perkara lama berulang lagi. salahkah kalau orang ni bercakap seorang diri?? sekadar meluahkan perasaan,berusaha untuk memujuk diri melalui percakapan kosong.

dulu..waktu tu orang ni berusia 12 tahun. darjah enam. masih mentah. waktu tu pulak,institusi kekeluargaan tidak sebaik sekarang ni. kawan-kawan macam biskut. sekejap ada,sekejap menghilang. kalau ada pun,orang ni pula yang tidak berani meluahkan segalanya yang terbuku di hati. sejak itulah,orang ni mula menulis 'novel'. membentuk dunia,mengikut rentak yang orang ni mahukan. susah. susah sekali ketika itu.

orang ni membentuk dunia sendiri. menjadikan watak-watak di tv sebagai teman bicara. waktu tu,segalanya kelihatan begitu sukar. orang ni sentiasa inginkan perhatian,sentiasa! mungkin ada di kalangan teman-teman yang mula bosan dengan sikap orang ni. dan 'dia' juga,mungkin menyampah dengan sikap orang ni.

di saat sedih,orang ni mula memujuk sendiri dengan 'mereka' yang tak pernah wujud pun sebenarnya. 'mereka' itulah yang menemani orang ni dan dalam banyak perkara,'mereka'lah yang berada di samping orang ni. parah kan?? sangat.

namun,ada insan yang membantu di saat itu. tangannya menghulur bantuan secara tidak langsung,menarik tangan orang ni dari terus bergantung harap kepada benda yang tiada. sejak itu,dialah yang menjadi tempat orang ni bercerita dan meminta perhatian. senang betul berada di sampingnya. dia benar-benar teman yang baik. sentiasa ada buat orang ni,menghulurkan bahu bagi memujuk tangisan supaya berhenti.

namun,masa sudah berlalu dan dia sibuk dengan urusan dia. dia mempunyai kehidupan sendiri dan tiada lagi untuk oang ni.

kini,setelah beberapa ketika merasa kosong,diri ini mula bercakap sendiri lagi. bukan salah mama dan baba atau sesiapa. tapi salah diri sendiri yang tak mampu menerima kenyataan bahawa orang ni perlu berhenti meminta perhatian. benci.. sangat membenci apabila tak dapat mengawal diri lagi.

ALLAH masih menguji orang ni. masih menguji dan terasa hebatnya ujian ini.

Posted in | Leave a comment

Masih Kaku...

buat seketika..
segalanya masih kaku..
puas dipaksa..
puas buat perangai..
puas makan..
puas menyakitkan hati sendiri..
kini..masih lagi kaku..

semuanya serba tak kena..
semuanya serba salah..
terasa hendak membaling diri ke dinding..
bosan dengan rasa kosong ini!!

namun..hari ini tidak seteruk hari sebelumnya..
mungkin ada tawa walau hanya sekadar terpaksa..
ada juga kata dan senda walau hati tidak merasa bahagia..

bilalah perasaan ini akan pergi??
masih tertanya dan buat seketika..
diri ini masih kaku..tidak ditemui jawapan terbaik..

ALLAH,orang ni penat.

Posted in | Leave a comment

Membayar Saman...

sebentar tadi,orang ni bersama mama dengan adik pergi ke pejabat trafik di pekan. masuk sahaja ke dalam bahagian yang menguruskan saman,mata orang ni terkejut. terlalu ramai yang beratur sehingga meleret ke tangga di luar.

dari yang muda hinggalah yang tua..
dari yang sekemas-kemas manusia hinggalah yang selekeh..
yang lelaki dan perempuan..
india,cina dan melayu..
semua ada..

kalau hendak difikirkan,agak pelik bukan? apalah yang dibuat oleh si pak cik yang sudah rabun matanya? dalam hal mengumpul saman,memang seruan PM kita disambut baik. 1 MALAYSIA mengumpul saman.

ada seorang lelaki yang membayar saman sehingga dua ribu ringgit. hari ini pula,hanya 50% yang perlu dibayar. maknanya,saman lelaki tadi,empat ribu ringgit..! kenapa terlalu banyak?

ada juga yang tebal resit samannya sama seperti sebuah novel. aneh sekali. tolong bayar untuk kawan-kawan sepejabat kah??

hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

[masih terasa kekosongan. baru lepas dimarahi,meranapkan segala rasa bahagia yang mula mengembang dalam jiwa. biarlah.. letih sudah. dr.hanie,orang ni tak tahu tasik terdekat untuk dikunjungi.]

Posted in | 1 Comment

Kelu...

buat seketika,tiada rasa untuk diluah..
tiada kata untuk mengungkap segala rasa di jiwa..
kelu seketika jari ingin berbicara..
terpadam sudah segala rasa dan semangat bercerita..
biarpun hari ini,banyak yang dilalui..
namun..tiada langsung perkataan yang dapat diungkapkan bagi menceritakan hari ini..

moga rasa kosong ini cepat berlalu. moga ALLAH kembalikan semangat dan keceriaan orang ni secepat mungkin. tidak lagi mahu menanggung semua ini. tangis?? sudah kering,mungkin. dr.hanie,thanks. semoga hari-hari doctor lebih bermakna.

Posted in | 1 Comment

Rasa..

malam ni,tak dapat tidur lagi. tadi dah tidur kemudian,terjaga. tak ada pun yang mengganggu,sekadar diri sendiri yang sudah tidak mahu menipu lagi. malam ni,orang ni tidur kerana paksaan jiwa yang tak tenang. terasa aneh dan kekok walaupun berada di rumah sendiri.

hati rasa hendak menangis. puas dipujuk,tangisan masih belum dapat berhenti. tambah pula,dihimpit kesunyian yang sepi,tangis memang tak dapat dihentikan. puas berbicara pada diri,akhirnya tubuh ini dipaksa melelapkan mata. menghilang seketika di alam nyata,manalah tahu,bisa bertemu mimpi indah dalam tidur.

namun,hampa. ALLAH uji diri ini. tiada sebarang pujukan melainkan diri sendiri. detik hati sudah tidak mampu dikawal,terasa segalanya dalam satu masa.

bagi yang setia mengikuti,sedarkah kalian bahawa ruangan ini sedikit hambar sejak kebelakangan ini?? kalau ada yang sedar,terima kasih orang ni ucapkan di atas keprihatinan kalian. bukan tiada isi,malahan setiap hari isinya bertambah. namun,tiada lagi gambar bagi memberi gambaran apa yang dirasa,menunjukkan bahawa hati ini 'kering' buat sementara.

hambar.. ya.. lambangan jiwa yang tidak berperasa buat ketika ini.. sejak kebelakangan ini,segalanya berlaku terlalu pantas. belum sempat menikmati bahagia,ada saja susah mengetuk pintu sanubari. puas ditepis segala rasa sedih namun ALLAH masih belum mengizinkan perasaan ini pergi. mungkinkah ini ujian buat diri yang sering terlupa??

sakit,bahagia,suka,duka,pedih,kecewa,geram,seronok,tenang,kacau... segala jenis perasaan bercampur dalam hati kecil ini. segala jenis perasaan itu,memakan diri yang sudah kehilangan kekuatan. segala jenis perasaaan itu bergabung menjadikan orang ni tidak berperasaan pada tika ini.

jika ada yang bertanya,sedihkah awak?
jawabnya,tidak kerana tiada sebab untuk merasa demikian.

jika ada yang bertanya,gembirakah awak?
jawabnya,tidak kerana tiada sebab untuk merasa demikian.

kering.. itu sahaja yang mampu dikatakan buat ketika ini. tiada rasa dan dunia kelihatan sedikit kelam.  

Posted in | 1 Comment

Abah...

satu bangunan digempakkan dengan suara abah yang bermuntah-muntahan tanpa henti dalam tandas. pedih didengar apatah lagi jasad yang menanggungnya. dalam keadaan semakin tenat,abah tetap berkejaran ke sana sini demi memenuhi keperluan keluarga. abah tidak pernah merungut tapi kami yang lain yang bertambah risau akan sakit abah yang semakin teruk. tak sanggup lagi melihat abah kesakitan. moga-moga kami mampu untuk terus membahagiakan abah.

[+]

doakanlah kebahagiaan mereka sekeluarga. moga ALLAH mempermudahkan mereka.

Posted in | Leave a comment

Peringatan...

"dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah penciptaan langit dan bumi,perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."

Ar-Rum : 22

"dan sesiapa yang taat patuhkan ALLAH dan RASULNYA maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberi nikmat oleh Allah kepada mereka yang terdiri daripada nabi-nabi,siddiqin,para syuhada',orang soleh dan merekalah sebaik-baik teman."

An-Nisa' : 69

kadang-kadang kita terlupa,hidup hanya sementara. kadang-kadang kita terlupa,untuk meminta kepadaNYA. kadang-kadang kita terlupa,hati perlukan pencuci agar sentiasa bersih.

Posted in | Leave a comment

Sebelum Cahaya...

ku teringat hati yang bertabur mimpi..
ke mana kau pergi cinta??
perjalanan sunyi engkau tempuh sendiri..
kuatkanlah hati cinta..

ingatkah engkau kepada embun pagi yang bersahaja yang menemanimu sebelum cahaya??
ingatkah engkau kepada angin yang berhembus mesra yang akan membelaimu cinta??

Posted in | 2 Comments

Dalam Memilih Sahabat...


apabila kau berteman..janganlah kerana kelebihannya..kerana mungkin dengan satu kelemahan..kau akan menjauhinya..

andai kau ingin berteman..janganlah kerana kebaikannya..kerana dengan satu keburukan..kau akan membencinya..

andai kau ingin bersahabat..janganlah kerana ilmunya..kerana apabila dia buntu..kau mungkin akan memfitnahnya..

andai kau ingin berkawan..janganlah kerana sifat cerianya..kerana andai dia tak ceria..mungkin kau akan menyalahkannya..

andai kau ingin bersahabat..terimalah dia seadanya kerana dia adalah manusia biasa.. bersahabatlah ikhlas kerana ALLAH..

Posted in | 2 Comments

Pencarian Rumah Sudah Berakhir...

beberapa hari yang lepas,orang ni ke kl untuk makan kenduri dan sekali gus ke seremban untuk mencari rumah. kami keluar dengan mak tam,pak tam dan tasya menaiki exora. keluar jam 11 pagi. melilau cari rumah merata tempat di seremban. memang banyak rumah yang cantik tapi tak ada diletakkan tanda untuk disewa ke untuk dijual ke. jadi,memanglah pencarian tu agak memenatkan sebab terpaksa asyik keluar bertanya tentang rumah kosong kepada jiran-jiran di tempat tersebut.

ada satu jawapan yang agak tak boleh diterima,

pak tam : assalamualaikum bang. nak tanya tentang rumah sebelah.
orang tu : tak jual,tak sewa,tak duduk.

er.. agak kurang adab sikit jawapannya kan??

namun,pada waktu maghrib,barulah terjumpa sebuah rumah. dua tingkat dan corner lot. harganya bagus dan pemiliknya juga orang utara,memudahkan urusan. ALHAMDULILLAH. selepas sedikit kesukaran,akhirnya,kami berjaya mendapatkan rumah tersebut untuk disewa.

Posted in | Leave a comment

Sakitnya...

ALLAH menguji orang ni hari ni. dengan ujian ringan yang tak dapat ditahan. mata orang ni terasa pedih. terasa urat-urat mata ditarik. lenguh-lenguh sekeliling mata. sakit! ya ALLAH! kepala juga begitu. terasa sakit. bagai dihimpit. ya ALLAH!! sakit sekali terasa. kepala tak dapat berfikir lagi. berdenyut tanpa henti sejak tadi. begitu juga dengan sepasang mata yang terasa seperti hendak dicungkil keluar. sakit! ya ALLAH..

Posted in | 1 Comment

Tiada Siapa untuk Berkongsi....

kenapa mimi jazman ada blog?? mesti ramai yang pelik. ok. first,sebab orang ni memang minat menulis. kedua,tiada siapa untuk berkongsi cerita.

semalam,kereta exora dah sampai. rasa teruja sangat! betul. walaupun orang ni nampak macam tak kisah pasal kereta baru ni tapi sebenarnya,orang ni sangat menantikan kehadiran kereta baru tersebut. teruja sangat apabila dapat naik kereta baru yang sememangnya baru. sebelum ni,baba dan mama tak cukup duit untuk beli sebuah kereta baru. selalunya,mama dan baba beli kereta secondhand aje. baba kata,dia pun first time ada kereta baru sendiri. pada umur 40!

teruja juga kerana ALLAH permudahkan segala urusan kami. ALLAH bagi jua peluang dekat baba merasa kereta baru di usia 40. ALLAH dah mudahkan kami,menjaga kami,memberi kami keselesaan. sebab itulah teruja.

apabila dinampakkan keterujaan tersebut,dimarahi oleh 'dia'. terasa sedih. mata hampir mengalirkan air mata namun semuanya di tahan agar tidak gugur dengan begitu cepat.

bila cerita pada 'dia','dia' sambut penuh kedinginan. rasa sedih menyelubungi diri. tidakkah 'dia' tahu yang hati ini ingin sekali bercerita padanya tentang keterujaan ini?

cerita dikongsi pula dengan 'dia'. berita disambut dengan penuh kesenangan dan kebahagiaan. namun,'dia' terlalu sibuk dengan orang lain. mungkin,orang ni terlupa,'dia' milik semua dan telah banyak cerita yang dikongsi bersama 'dia'. mahukah orang ni memberatkan lagi kepalanya dengan cerita orang ni? jadi,orang ni hentikan bercerita kepada 'dia'.

di akhirnya,hati sendiri yang patah. tiada tempat untuk meluahkan segala rasa bahagia yang menyerapi jiwa. dirasakan seolah-olah tiada tempat bersandar untuk bermanja dan meluahkan rasa. sedih? ya. sangat sedih. ceria yang dirasakan ada tiba-tiba lenyap sendiri.

mngkin sebab itulah ruangan ini wujud. tempat meluah segala bicara dan rasa tatkala diri kesunyian dan tidak punya sesiapa bagi untuk berkongsi.

[+]

'dia' di atas tidak mewakili seorang. sebaliknya,mewakili tiga orang yang orang ni sangat sayang. may ALLAH bless them.

Posted in | 1 Comment

Favourite FARIN...

  • kenangan bersama sentiasa menghantui,bulan dan bintang menjadi saksi betapa istimewanya dirimu di hatiku ini. kehilanganmu tidak dapat ditukar ganti,adik...
  • bila aku sudah tiada,simpan semua laguku,jangan ditangis selalu,mungkin itu sementara,bila jumpa pengantiku,jangan dilupakan aku...
  • bila terasa rindu,kusebut namamu dengan harapan kau akan muncul di dalam hidupku...
  • sewaktu kau melangkah pergi meninggalkan diriku,sebaknya rasa di dadaku ini,menahan sebak merinduimu...
  • dalam hati ini ada namamu,nama seorang insan yang ku rindu.
[+]

kebanyakkannya ialah dipetik dari lagu-lagu yang popular pada zaman tu. hehehe..

Posted in | 2 Comments

Kad Hari Lahir...

kerana ilmu kita bertemu,
kerana perkenalan ukhuwah terjalin,
kerana cita-cita perpisahan akan terjadi,
kerana persahabatan LILLAH akan berkekalan dan diredhai...

[+]

kak naddiah yang bagi masa birthday orang ni dua tahun lepas.

Posted in | Leave a comment

Ucapan Birthday dari Seorang Teman...

for a dear friend on your birthday,
you make the word FRIENDSHIP mean so much more,
it sometimes takes a special day to say what's always true,
like how much happiness it brings to have a friend like you.

[+]

sweet kan? ni ada dekat kad yang gie bagi kat orang ni dua tahun lepas. thanks gie..

Posted in | 2 Comments

Puisi di Belakang Kad Raya...

jika hati sejernih air,
jangan biar ia keruh,
jika hati seputih awan,
jangan biar ia mendung,
jika hati seindah bulan,
hiasilah ia dengan IMAN...

[+]

hadiah dari seorang teman lama semasa di nahdzah. dia tulis kat belakang kad raya.

Posted in | Leave a comment

Harga Remaja...


Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa?
Berapakah sebenarnya harga remaja bagai kehijauan pohon di perjalanan?

Dengan apakah akan kau penuhi piala remajamu?
Adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah?

Remaja amat mahal..
Sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian..

Remaja amat mahal..
Harga remaja pendirian keberanian..

[+]

tak tau lah ni karya sendiri atau ciplak je. dah lama dah tinggal.

Posted in | 7 Comments

Good Luck for Exam... Kakak sayang Adik...

dik,kak tak terasa dengan sikap dik semalam. kak pun faham masalah dik. sorry,kalau kak mungkin memaksa adik. semalam kak tension sangat. kak risau tengok adik. tu je. kak tak ambil hati dengan hal semalam. yang pasti dik,kak sentiasa bersama mengharungi pengalaman manis bersama. kak sebelum berakhirnya persekolahan ini. sorry,surat tu terlalu penjang sangat. take care ok. jangan terasa pulak dengan isi surat tu. kak tak mau kawan dengan farah sekarang tapi kak merindui and menunggu farah yang dulu.

study elok-elok tau. kak harap adik dah sedia dengan exam final ok.

baik. kalau tu keputusan yang adik buat. kak terima. setelah dengar sendiri apa yang adik bagitau. kak tak tau ok. bye. sekarang haluan masing-masing ok. lepas baca surat ni,jangan sesekali balas and jumpa kak. buat seperti biasa. bukan nak menambah lagi penderitaan farah tetapi untuk melupakan Mimi Farah. kak akan cuba melupakan farah. tak bermaksud kita putus tapi anggaplah tak ada apa dah. kita masih sebagai sahabat.

[+]

parah! tu jela yang orang ni boleh kata bila dapat surat ni. apa yang berlaku sebenarnya tak dapat diingati dah. but,kalau dapat surat macam ni lagi sekali,boleh menangis satu hari satu malam ni. dan ALHAMDULILLAH..ALLAH masih ikatan antara orang ni dengan penulis surat di atas. may ALLAH bless her.

Posted in | 3 Comments

From Gadis Menjaga Hati...

assalamualaikum...
dear mimi... (dont be angry with this name...)

aku pun bersalah dalam hal ni. its not all your fault. aku cuma cemburu dengan kasih sayang yang hang dapat dari cikgu-cikgu di sekolah ni. tu je. aku tak suka perhatian yang hang dapat dari cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar kat sini. aku cuma nakkan perhatian. thats all. enough. i dont need more. aku ingat,bila aku datang sekolah ni,aku boleh berubah jadi yang lebih elok and perfect tapi tanggapan aku salah. dekat sini,aku tension. aku tak suka peraturan dekat sini. cikgu-cikgu pandang rendah dekat aku so i change into bad. aku tak sukakan kebaikan. aku harap hang faham situation aku sekarang ni. okla. sampai sini sahaja coretan dari aku.

10 jari disusun,
1001 kemaafan diminta,
salah silap harap diampun,
agar diri ini tenang di sini.

[+]

ni zaman 'budak-budak' ok? biasalah tu. 'aku' tu bukan orang ni. orang lain. hehehe.. may ALLAH bless her.

Posted in | 2 Comments

H.A.B.S...

aku mempunyai seorang kawan di sekolah menengah agama nahdzah,tempat aku menuntut pada tingkatan pertama pada tahun 2008. masih aku ingat nama gadis itu. dia ni mudah terpedaya seperti mana aku. dia ada abang yang bijak dan berbakat. kakaknya pula bijak. dia juga mewarisi kebijaksanaan dan bakat kakak dan abangnya. namun kesalahan yang telah aku lakukan,mengundang rasa benci dan marah dari dalam dirinya. sebenarnya,aku merendah-rendahkan abang dan kakaknya. aku akui ini memang salah aku. siapalah yang menyangka persahabatan aku dan dia,mengundang derita tanpa bahagia selamanya. namun,di dasar hatiku,aku kagum dengannya,abangnya dan kakaknya. aku begitu teruja mendengar azan dari abangnya. suara abangnya merdu dan bagiku,menenangkan. tapi,aku memberi kedukaan kepada dia. menyebabkan dia,membenci aku sepenuh hati dan aku tahu,ini semua salahku. bagai ingin meleleh air mata mendapat suratnya. di dalam surat itu,aku dimarahi olehnya dan dia tidak mahu lagi mengenali aku. aku hanya mengikut kehendaknya. walaupun,dia membenci aku sepenuhnya,aku percaya,kasih sayang seorang sahabat untuknya masih ada dalam hatiku walaupun di mulutku terlafaz kata-kata marah. sahabat,ia tidak pernah lahir di hati.

[+]

surat ini telah ditulis pada tahun 2008 namun telah diolah sedikit bagi mengelakkan 'rasa tidak senang' bagi mana-mana pihak. mungkin,kata-kata di atas adalah cebisan rasa hati orang ni. 'aku' tu orang ni la. sekarang,hubungan orang ni dengan HABS dah ok. tak ada masalah. saling memaafkan. sejak kebelakangan ni,selalu sahaja orang ni mimpikan dia. mengapa? entah. tak ada jawapan. rindu? mungkin. may ALLAH bless her.

Posted in | 3 Comments

-Salam... Good Night...- "Princess"

tujuan kak tulis surat ni untuk bagitau pasal pertanyaan adik pasal pengambilan abang angkat tu. kat sini,kak bagitau seikhlas hati kak,kak tak kisah pun adik nak ambil dia. tugas kak angkat macam kak ni hanya menjaga seorang yang bergelar adik. adik ada hak untuk memilih sesiapa je dalam hidup adik. personal in your life. kak tak mau halang. yang terbaik buat adik,terbaik buat kak. abang dan kakak angkat memang lumrah dalam kehidupan seseorang di hostel la. ok. yang tu la kak kan bagitau. semoga perhubungan adik dengan abang angkat yang baru ni akan kekal ok.

kak malas nak bagitau sendiri because entahlah. biarlah melalui surat dah la. kak tak jealous atau risau dekat adik ok. ingat. dalam hidup adik akan menjelma seorang abang yang bernama ........ [potong]

[+]

hehehe.. biarlah nama tu dirahsiakan. pasal abang angkat tu orang ni anggap biasa sahaja. ianya kenangan lama yang akan kekal 'lama'. hehehe.. hidup sebagai 'budak kecik' memang banyak benda baru dan pelik. bila dah besar sikit,kita takkan faham kenapalah kita buat semua benda pelik tu. hehehe.. biasalah kan?? abang angkat tu kisah lama je tau! jangan ungkit dah!

Posted in | Leave a comment

Komen dari Seorang Pembaca...

Hai..
Sebelum this hand nak coret banyak-banyak lagi dekat dalam paper ni,i want to say sorry because ambil this book without your knowledge!! sorry a lot ek!

nak komen sikit about your novel,can?! best lorh. hehehe!! ciplak mana?! or you buat sendiri this novel ni? cita-cita you nak jadi penulis novel ke?! huhuhu!!

kenapa cerita ni tergantung?! bila you nak continue write novel cerita zahra ni balik?! novel yang you tulis ni tajuk apa?! siapa karyanya?! i think i want buy this novel. hahaha!! boleh tak?!

nanti bila you dah continue write novel ni balik,boleh bagi kita baca tak?! boleh ek!! sebenarnya kita tak suka baca novel tergantung. so,you must done it,your novel!! kalau dah siap,bagi buku ni to me ek!!

okla. kalau rajin reply la. just nak tau siapa yang tulis novel ni. and apa tajuknya? okla. i give it back,this book to you. thanks Mimi Farah. have a nice day!! papai!!

by hand,
ainie
dorm 11

[+]

orang ni dok dorm 7. tak taula macam mana 'novel' tu boleh terlepas sampai bilik 11. hehehe.. pandai betul 'novel' tu gerak sendiri. hm.. tak pernah reply pun surat ni. so,orang ni jawab kat sini je la.

first of all,memang tak kisah pun dia baca 'novel' ni walaupun di luar pengetahuan. then,orang ni tak ciplak jalan cerita dia kat mana-mana. it is originally done by mimi jazman. cita-cita memang nak jadi penulis dan sekarang pun tengah menulis. hehehe.. penulis blog. hehehe.. memang teringin nak tulis buku sendiri. nantilah kot. manalah seorang student form1 ada banyak masa nak menulis banyak-banyak dan 'novel' tu hilang mana pun tak tau jadi,tak sambung dah la cerita tu. maaf ye. karya lukisan dibuat oleh nadia. tak ingatlah nama penuh nadia tu. dia tu kawan sekelas tapi sekarang,ish! entahlah. tajuk?? hehehe.. rasanya ada tapi dah lama dah jadi tak ingat dah. hehehe.. nak buy?? dah hilang la pulak. hehehe.. bagi balik untuk dibaca? huh.. hilang dah pun 'novel' tu. thanks sebab membaca. you too. have a nice day and may ALLAH bless you and me.

Posted in | Leave a comment

Balasan Surat...

Thanks,dengan jawapan Farah berikan. Akak bukan tak mau bagitau but malu la. Kalau bagitau Farah tak mahu. Akak nie simple je. orang pun tak lawa sangat. But tolong jangan bagitau pada orang sekiranya kita ni ada hubungan,ok? farah mungkin ada minat kak-kak kat sini kan? setiap insan mesti ada yang dia nak dan minat. betul tak? siapa kata farah ni jahat dan nakal? siapa yang kenal farah dengan teliti sahaja dapat mengetahui perangai farah. akak ni ialah,syarahan sama dengan farah and akak tingkatan tiga. tekalah. macam ni,kalau tak mahu tak apa,akak tak kisah sebab farah ada kata "farah ada reasons sendiri". Ok...
S_ _ _ _ _ _ N _ _ _ _ _

'TOLONG JANGAN BAGITAU KAT ORANG'
AMANAH

[+] ni surat waktu nak ambik kak angkat adik angkat dulu. ni waktu kat asrama. farah tu orang ni la. orang ni waktu di asrama dulu,lebih dikenali sebagai farah.

Posted in | Leave a comment

Watak-Watak Novel Lama...

masa tinggal di asrama dulu,orang ni menulis novel,kononnya. tulis pakai tangan je. tulis dalam buku latihan pulak tu. kalau diimbas kembali,memang rasa nak ketawa. walaupun novel tu daif,novel tu kira dapat sambutan hangatlah jugak di asrama waktu tu. mula-mula,seorang je nak pinjam,lama-lama habis satu asrama baca buku 'karut' tu. but not bad jugaklah sebab ramai orang suka. ramai orang puji. hehehe..

haikal and zahra. watak utama ni.





comel kan??

huhuhu..


jangan tanya orang ni jalan cerita novel tu sebab memang dah tak ingat. dulu,memanglah teringin nak habiskan novel tu tapi tak mampu sebab kepupusan idea. lepas tu,novel tu pun dah hilang mana ntah. anyway,thanks to yang pernah membaca segala coretan di 'novel' tersebut. may ALLAH bless.

Posted in | 5 Comments

Adawiyah

masa tengah buat kenduri malam tu. meet this sweet little girl,adawiyah. jadi,perkenalan pun berlanjutan sehinggalah keesokan harinya. wa!! budak ni memang extreme! letih jaga dia seorang. dan,terhasillah gambar-gambar di bawah.






hehehe.. dah 4 tahun dah budak ni. may ALLAH bless her. she have a beautiful smile but very garang.

Posted in | 2 Comments

Salam Maal Hijrah dari yang Jauh...

Ya Allah,tahun baru telah pun tiba,memendekkan lagi waktu bagi manusia untuk beramal sebagai bekalan untuk ke akhirat yang abadi.

Dengan kesempatan yang ada,aku memanjatkan doa kepadaMu untukku dan sahabat yang kurindui ini,agar Engkau makbulkan,ya Mujib.

Ampunkanlah segala dosa-dosa yang kami lakukan sepanjang tahun-tahun yang lalu,samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Ampunkanlah segala janji yang kami khianati,peringatan yang kami lupai,ibadah yang kami lalaikan,hati yang kami lukakan.

Sesungguhnya Kaulah pengampun segala dosa-dosa. Aku memohon kepadaMu agar Kau jadikan tahun ini lebih baik di sisiMu dari tahun-tahun yang lalu.

Janganlah Kau benarkan kemungkaran yang lalu berulang lagi.
Jangan pula Kau benarkan kami lakukan kemungkaran yang lain.

Bawalah kami dalam rahmat dan kasihMu.
Berkatilah ukhuwah kami.
Kukuhkan ikatan hati-hati kami yang sudah rapuh.
Izinkan kami bersama hingga ke syurgaMu.

Zahirkanlah cinta akan kepadanya dan lembutkanlah hatinya agar dia sanggup untuk memaafkan kesilapan aku,ya Rahman.

Kau sahaja yang Mengetahui apa yang terbaik buat kami. AMINN...

p/s : hanya cinta dan rindu sahaja yang ku rasakan buat dia di saat ini. sesungguhnya,cintaku buat dia terlalu kuat. andai kata,dirimu membaca tulisan ini,tahulah dirimu bahawa tiada kata dapat mengungkap balasan puisi kasihmu. sekadar rintihan jiwa,menangisi kerinduan buatmu,si pengirim hadiah.

Posted in | Leave a comment

Adik Punya Blog...

ni post pertama untuk hari ni. adik nak buat blog?? mula-mula,peliklah jugak sebab sebelum ni,adik memang tak minat langsung dengan blog but now?? so curious. then,baru orang ni faham. dia baca blog siapa ntah dan tiba-tiba timbul rasa nak buat blog. moga-moga,dia teruslah dengan niat dia tu sebab dia memang agak berbakat dalam bab menulis. kadang-kadang ayat dia macam novel,berbunga-bunga. tapi,kalau malas,habis semua perkataan dia,tinggal shortform je. hehehe.. anyway,bagi yang baik hati,bolehlah follow blog dia di url ni....

http://mydayasalittlegirl.blogspot.com/

Posted in | Leave a comment

Gambar Cara 'Cantik' Masa Kenduri...

ni masa tengah buat kuah ayam..

ni cili untuk dibuat sambal belacan..

ulam-ulaman untuk dimakan dengan sambal belacan..

ikan goreng..

labu dan cabai kering..

ikan goreng dan ulam-ulaman..

bihun..yang dimakan bersama sup..

sambal belacan..

okey. sebenarnya..niat di hati ni nak minta komen yang membaca tentang gambar-gambar yang di atas ni. gambar ni semuanya diambil semasa kenduri tu dan diambil sendiri oleh Mimi Jazman. hehehe.. tolong komen,boleh tak?? sebab nak tau jugaklah pendapat orang lain tentang gambar-gambar ni. nak tengok ada bakat jadi photographer ke tak. hehehe.. 

Posted in | 2 Comments

Kenduri Farewell 2010...


huh.. semalam merupakan satu hari yang memenatkan. orang ni tidur hampir jam 1 pagi. mama dengan baba lagi lewat.

inilah kenduri yang kawasan kejiranan di sini aturkan untuk kami sekeluarga yang nak pindah. baba bagi duit untuk beli makanan je. pasal masak,khemah,kerusi,meja,alat-alat memasak,semuanya telah siap disediakan oleh kawasan kejiranan kami ni. bagus kan?? jadi..tak banyaklah sangat yang baba kena bayar tu. bayar untuk makanan je la.

pagi-pagi lagi,semua orang berkumpul di hadapan rumah kami dan memulakan operasi. menu pada hari tersebut adalah seperti yang berikut :

tengah hari : nasi..sambal belacan..ulam-ulaman..ikan goreng..sayur masak lemak..gulai pisang..

petang : bihun sup

malam : nasi..ayam masak merah..dalca..agar-agar..air sirap..sambal belacan..

jiran-jiran semuanya pandai memasak. betul. mendapat pujian ramai! thumbs up to my jiran tetangga. hehehe.. orang ni tolong sikit-sikit je.

ramai jugak yang datang semalam. sanak saudara ramai sangat. ingat ke sedikit je. pak wan dengan cik siti pun ada. hehehe.. ni kerja baba so..tolak tepi. macam mana pun,seronok jugak dapat kenal dengan cik siti. remind me to someone. kak izzah.. hm.. lama dah tak jumpa dia. rindu?? let it be a secret.

jiran-jiran yang datang pun sibuk bersalaman dengan mama. almaklumlah..kami dah nak pindah. pak chaq pun datang. cikgu norma pun ada. sempat jugaklah bergambar dengan cikgu kesayangan kami tu. hehehe.. cikgu norma dah mengajar orang ni,adik dengan affiq so big applause to her!! hehehe.. gie pun ada. dia datang awal dan balik pun awal. ada orang tanya pasal gie. ehem.. secret! zanariah tak dapat datang,mak dia masih belum balik dari makkah. nurul pulak sudah pulang ke kuala lumpur jadi gie je lah yang dapat datang semalam.

banyak benda yang berlaku semalam. terlalu banyak rasanya. rasa marah,seronok,teruja,sebak dan geram bercampur-baur. macam mana pun,orang ni buktikan jugak pada jiran tetangga yang orang ni memang boleh diharap. setakat buat kerja dapur yang sedikit tu,apalah sangat. diakui sebelum ni,memang orang ni jarang masuk dapur but age turn me almost 180 degrees. so..janganlah anggap orang ni tak boleh buat kerja. kat sekolah okey je..

terima kasih kepada semua yang sudi membantu kami semalam!! cik ani..cik nah..cik ana..cik teh..cik boni..pak teh..mak teh..cik na..cik ti..cik mariah..cik mi..cik ani (walaupun cucu tengah demam)..tok non..dan..ramai lagi! terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang dihulurkan. may ALLAH bless.

seronok sangat dapat melihat ramai orang bertandang. kepuasan juga terasa. sedih?? mungkin terselit sedikit di jiwa memandangkan tempat ini bakal ditinggalkan tidak lama lagi. mungkinkah kemeriahan bakal terasa lagi?? entahlah. moga ALLAH pertemukan kita lagi,wahai jiran tetangga.


Posted in | Leave a comment

You Came To Me by Sami Yusuf...


You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want is to be with you
Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Showed right from wrong
showed me right from wrong

_You Came To Me by Sami Yusuf_

musik yang menarik. graphic yang cantik. lirik yang mengagumkan. tertanya pada diri,pernahkah kita rindu pada dia,MUHAMMAD BIN ABDULLAH?? sedarkah kita,tanpa dia,dunia akan terus dalam kegelapan,kita akan terus dalam kegelapan??

Posted in | Leave a comment

25 Random Things About Me...

dr.hanie dah tag orang ni supaya buat benda ni. kenapa doktor pilih orang ni? huhuhu.. sob sob..

1.suka tarik muka. kalau ada je orang lain buat benda yang orang ni tak suka,memang orang ni tarik muka on the spot! ni perangai buruk.

2.tinggi... 160 cm kot. entah. tak ingat dah but memang agak tinggi.

3.suka merajuk. naa... ni pun perangai buruk. menade-nade!!

4.suka tengok bollywood..cerita hindustan.. asal ada je cerita best kat zee mesti habis tiga jam dok depan tv. ada seorang kawan minat bollywood jugak,nama dia nabilah. mizz ya nabilah!

5.sensitif. cengeng. tak boleh dimarahi langsung. kalau baba naik suara,memang tak tunggu dah,air mata ni cepat je jatuh.

6.rabun tapi masih tak pakai spect dan memang berminat sangat nak pakai spect. my eyes pun memang agak sensitif,selalu pedih.

7.suka menulis dan membaca. memang simpan cita-cita nak jadi penulis suatu hari nanti. membaca tu tabiat yang turun dari mama. mama memang suka membaca and i started read novels since first standard.waktu tu,mama rajin bawak pergi public library jadi tiap-tiap minggu,memang kerja mengangkut buku perpustakaan. hehehe.. sekarang,ambil adik punya je sebab dia suka membaca dan membeli,orang ni pulak suka membaca aje,tak suka membeli. hehehe..

8.cepat cemburu. selalunya dekat adik la sebab dia ada seribu satu kelebihan.

9.mood ikut buku yang tengah dibaca. kalau tengah baca hlovate,memang automatik jadi heartless riang ria kanak-kanak ceria. hehehe.. kalau tengah baca fajar seluas angkasa,hati rasa lembut sikit. and..among all..kalau baca ALQURAN..memang jiwa tenang.

10.suka berkhayal. betul. macam mlmh zaiton kata,building castle on the air. hehehe..

11.tak suka darah. tak suka apa sahaja bentuk kesakitan (baru sedar je ni). kesakitan tu macam tikaman ke,pembedahan ke,tembakan ke,tu semua memang orang ni tak suka. kalau tengok house (dr.house tu la),memang banyak pejam mata sebab tak cukup keberanian.

12.manja. ni dengan orang yang tertentu je. dengan baba and mama pun jarang. selalunya manja dekat nabilah,gie dengan nurul. dengan yam pun boleh menjadi jugak. lepas tu,adalah sorang lagi. hehehe.. ni bukan sebarangan manja. ni manja yang memang mengada!! 

13.makan ikut mood. so sekarang mengalami masalah pemakanan. baba asyik suruh orang ni tambah berat badan sebab memang berat badan orang ni di luar kebiasaan sikit. kalau makan time tak ada selera,selalunya akan rasa nak termuntah. hehehe.. suka gula-gula and chocolates.

14. my favourite music and dramas semuanya berubah ikut masa. buat masa sekarang ni,my favourite music ialah,sami yusuf dengan maher zain. kalau drama pulak,house. house memang best. agak kegilaan. 

15.huh.. tak suka kalau budak perempuan,minat lelaki 'cute' sampai pening-pening. kalau zaman sekarang ni kan ramai budak perempuan suka justin bieber,sampai ada yang terjerit-jerit bila tengok muka dia di tv. orang ni memang tak suka benda-benda macam tu. tengok boleh but no 'pening-pening' sebab wajah-wajah di tv tu tak ada yang kenal kita pun.

16.dress up ikut mood. kadang-kadang memang suka sangat pakai yang 'matching',kadang-kadang belasah suka hati je. hehehe.. sekarang,koleksi bag bertambah. kasut pun macam tu. (mama and baba punya kerja).

17.kalau stress,adik yang akan kena of course. sorry adik.

18.suka benda comel. hehehe.. sampai ada insan yang kata,"entahlah.. awak semuanya comel." memang pun. tak boleh tengok teddy bear,nanti rasa macam nak peluk-peluk je teddy bear tu. memang suka sangat dengan baby and budak-budak 5 tahun ke bawah. suka main-main dengan baby. suka usik-usik dia and suka sangat tengok baby laughing. (rindu kat najla and amir yusuf).

19.suka cuci muka. ala.. pakai silkygirl je. yang dua ringgit tu. memanglah murah. pakai 10 kali sehari pun tak pa. hehehe..

20.mudah terpujuk sendiri. kadang-kadang,kalau marah dekat seseorang,rasa macam tak mau cakap dengan dia dah buat selamanya. lepas kena pujuk,hm...cakap jugak. kadang-kadang tu,tak kena pujuk pun dah terpujuk sendiri.

21.nostalgic. suka mengimbas kenangan-kenangan lama.

22.orang ni sebenarnya ada satu masalah yang kadang-kadang boleh jadi sangat kritikal. masalah emotional management. memang fail! tak boleh nak uruskan emosi dengan baik. huh..

23.love beautiful graphics and megapixel. kalau tengok cerita dengan graphics yang cantik,memang orang ni boleh tunggu depan tv semata-mata nak tengok graphics yang cantik tu. kalau tengok gambar pulak,setakat ni memang jatuh cinta sangat-sangat dengan gambar-gambar yang diambil oleh encik fajar.

24.tak suka bersendirian. kalau boleh,nak berteman selalu.

25.masih dalam pencarian jati diri. so wish me luck..!

serba-sedikit tentang diri sendiri. bagi yang mengenali diri ini,nak tambah pun boleh. untuk yang belum kenal,selamat berkenalan. now....kepada AChan Cdek..tolong buat benda ni. wajib!! and..untuk dr,hanie..thank you ye dokrtor sayang. harap berpuas hati.

Posted in | 2 Comments

Kepada Pemakai Cincin...

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..



sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Posted in | 2 Comments

Wo Ai Ni Allah...


ditulis oleh vanny chrisma w serta berbahawa indonesia namun tidak sukar untuk memahami. sebuah kisah mengenai seorang ateis cina (Amei) yang meneruskan misi ayahnya dalam pencarian tuhan. ayahnya yang juga merupakan seorang ateis telah mati dibunuh di saat dia telah menjumpai cahaya kebenaran. kegilaan amei yang ingin meneruskan perjuangan ayahnya telah ditentang keras oleh ibunya. lantas,amei dibuang ke jalanan. dalam pencarian tersebut,maka terselitlah babak-babak cinta yang menjadi fitrah manusia. amei akhirnya menjumpai pelbagai rahsia yang belum diketahuinya. kisah penyiasatan dan juga kekejaman dicampur sekali dengan beberapa babak kegilaan dan kebenaran,menjadikan novel ini,sangat berbaloi untuk dibaca. tangisan yang mengiringi setiap tulisan,menginsafi diri yang lemah ini.

"Oh,Tuhanku,tiada indah suatu malam,kecuali dengan bermunajat kepada-Mu. Tiada indah siang,kecuali berbuat taat kepada-Mu. Tiada indah dunia ini,kecuali dengan menyebut nama-Mu. Tiada indah akhirat,kecuali bersama keampunan-Mu. Dan,tiada syurga melainkan dengan melihat wajah-Mu."

Posted in | 2 Comments

Tiba-tiba Sahaja Teringatkan Amir Yusuf...


selepas terbaca tentang kisah Mengapa Saya Masuk Islam? -Sami Yusuf,terus teringin nak dengar lagu ciptaannya. bukalah youtube cari video sami yusuf dan ALHAMDULILLAH..jumpa dengan klip video 'asma ALLAH'.. memang syahdu. awakening records pulak tu.

lepas tu..nak bacalah jugak tentang sami yusuf sikit-sikit. nah.. silap tekan. keluar pulak nama amir yusuf. terharunya melihat banyak cerita mengenai amir yusuf. the same amir yusuf i know. betapa ramai orang menyayangi amir yusuf di luar sana. banyak kisah yang ditulis mengenai amir yusuf walaupun ramai juga yang belum pernah bersua muka dengan amir yusuf memandangkan amir yusuf hanya tinggal di hospital selepas kelahirannya. tiba-tiba je rasa mata basah. amir yusuf..nama yang cukup indah. bayi yang sungguh istimewa. kasih ALLAH bersamamu,sayang...

amir yusuf..
kasih buatmu tidak dapat dihitung..
hadirmu membuatkan fajar dan anis mengasihi..
kasih pada dirimu yang cukup unik..sayang..

amir yusuf..
rindu buatmu bukan lakonan semata..
pergimu membuatkan fajar dan anis kerinduan..
kerinduan pada dirimu yang cukup istimewa..sayang..

amir yusuf..
fajar dan anis..bersama najla..
rindu padamu..
kami juga..walau kita belum pernah bersua..

betapa agung kisah cinta ini..
sarat dengan kasih dan rindu..

Posted in | 1 Comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.