Lagi 4 Hari...


tinggal lagi 4 hari sebelum kita berpisah..
tinggal lagi 4 hari untuk menulis kenangan antara kita..
tinggal lagi 4 hari untuk kita bersama..
tinggal lagi 4 hari sebelum aku melihat kalian buat kali terakhir..

hadirnya dua sahabat itu tadi menyedarkan aku bahawa aku tidak punya banyak masa bersama mereka..
pulangnya mereka meninggalkan aku dua benda untuk ditatap..
sakit!!
pandanganku menembusi siling..
terfikir bagaimana harus aku hadapi semua ini..
aku belum bersedia untuk pergi..

4 hari??
hanya ALLAH mengetahui bahawa betapa pedihnya aku bila mengetahui hakikat tersebut..

segala kenangan dalam ingatan ku korek satu persatu..
dan kenangan itu menagih air mataku untuk menitis..
menjadikan aku seseorang yang terlalu emosi..
tak tertahan lagi..

aku tak ingat berpisah dengan mereka..
aku tak sanggup..
mengapa ini yang terjadi pada masa aku mula menyenangi kehadiran mereka dalam hidupku??

ya ALLAH.......

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.