Archive for November 2010

Rumah Laku...

hehehe.. hari ni,dah adda dua orang datang nak sewa rumah ni.

first : kak da
kak da ni tinggal dekat simpang nak keluar dari lorong rumah kami ni. memang pembersih orangnya. dah kahwin tapi tiada anak. orang siam. kak da nak sewa rumah ni sebab suami dia kata,rumah kami ni cantik. jadi,kerana rumah kami ni 'cantik',dia naklah sewa rumah ni sebab rumah yang dia sewa sekarang tu,tak cantik.

hm... cantik ke rumah ni? well.. kalau tak ada orang samunkan rumah ni,memanglah cantik.

second : kak jue
kak jue ni dah ada husband. ada seorang baby. baby dia baru dua bulan. memang putih sangat-sangat baby dia. kak jue pun putih. mula-mula,kak jue je yang masuk tengok-tengok rumah ni. kemudian,barulah husband dia. sorrylah. husband dia,orang ni tak tau nama. dengar kata,husband dia tu seorang engineer. hm... kalau tengok dari rupa,memang rupa seorang yang educated. mereka ni nak beli rumah tapi buat masa sekarang,tak mampu lagi. yalah. kalau nak diikutkan rumah yang sesuai,memang banyak. duitlah pulak yang tak cukup. rumah sekarang kan agak mahal? kami pun dulu macam tu,kak jue. rumah yang disewa oleh kak jue dan suaminya sekarang ni,kiri kanan orang suka buat bising. kawasan kejiranan tu memang tak berapa bagus sikit jadi sebab tu lah mereka berdua nak cari rumah baru. suami dia dah lima tahun tinggal kat rumah tu,tak ada masalahlah sebab tinggal seorang diri. sekarang dah ada anak,tak sesuailah nak tinggal situ lagi.


disebabkan kak jue dah inform kat mama terlebih dahulu,jadi,mama kata kena dahulukan kak jue la. sebenarnya,mama memang nak orang yang boleh jaga rumah ni. banyak dah duit dilaburkan ke atas rumah ni,jadi tak nak lah rumah ni nanti 'tak dijaga' pulak. kami dah duduk jauh. orang macam kak jue dan kak da tu sesuailah. mama tak nak famili yang ada ramai anak or lelaki-lelaki bujang yang tak mampu nak jaga rumah ni. mama kata,dulu masa orang ni dengan adik kecil lagi,mama tak pernah bersiap rumah sebab mama tau anak-anak mama ni berbakat besar. habis dinding diconteng. bila kami dah besar sikit (dah tak berbakat) barulah mama cantikkan sikit rumah ni. hehehe..

apapun,harap ALLAH permudahkan penyewa rumah ni nanti. harap ALLAH bantu mereka dalam meringankan beban mereka. moga baby dua bulan tadi tu,tinggal di dalam rumah ni dengan rasa tenang dan seronok. may ALLAH bless them.  

Posted in | Leave a comment

Jalan Kaki ke Pejabat Pos...

sedihnya... huhuhu.. sob sob.. dari rumah ke pejabat pos,ke cimb bank,ke kedai cik ana. mak oi.. penatnya berjalan kaki. tengah panas pulak tu. balik rumah,terus buka peti ais,cari air sejuk dan kemudian ALHAMDULILLAH..lega... inilah akibatnya apabila kereta kancil tiada. nak tunggu exora? huh.. katanya dalam minggu ni akan sampai. moga ALLAH permudahkan urusan kami. letihlah berjalan tengah-tengah panas. orang ni kira kuat lagilah. mama tu.. hm.. penat sungguh dia. hehehe..

Posted in | Leave a comment

Billu The Barber...


cerita bollywood lagi.

menceritakan tentang persahabatan antara billu dan shah rukh khan. billu adalah seorang pengunting rambut sementara shah rukh khan adalah seorang pelakon. jadi,bila orang kampung billu dapat tahu yang shah rukh khan pernah berkawan dengan billu,mereka meminta billu untuk menyuruh shah rukh khan hadir ke sebuah majlis di sekolah di kampung mereka. namun,billu tidak pernah berjanji apa-apa kerana baginya,persahabatan antara dia dan shah rukh khan telah berakhir. kebetulan,shah rukh khan datang ke kampung mereka untuk pengambaran bagi filemnya. pihak sekolah telah berjumpa sendiri dengan shah rukh khan dan meminta dia datang ke sekolah mereka. shah rukh khan bersetuju sementara billu mula diperlekehkan kerana dianggao menipu orang kampungnya.

di majlis di sekolah tersebut,shah rukh khan bercerita mengenai seorang sahabatnya. sahabat dari kampung lamanya yang membantu dia menjadi seorang pelakon kini. sahabatnya itulah yang memberikan dia wang untuk ke mumbai dan dengan duit sahabatnya itulah,shah rukh khan kini menjadi seorang pelakon. di akhir ucapannya,dia menyebut nama sahabatnya itu,billu.

akhirnya,barulah satu kampung tahu bahawa billu tidak bersalah dan billu memang sahabat baik kepada shah rukh khan pada satu ketika dahulu. shah rukh khan berkunjung ke rumah billu dan dua sahabat bertemu semula. orang kampung pula sudah mula mempercayai billu semula.

cerita yang sangat menyentuh hati. sob sob.

Posted in | Leave a comment

Aladin...


cerita ni menarik sangat. aladin versi bollywood.

aladin merupakan seorang anak yatim piatu yang mempunyai seorang sahabat 'jin'. sahabat 'jin'nya itu datang dari sebuah 'lampu ajaib' (macam yang dalam cerita aladdin tu). 'jin' tersebut namanya Genius (Amitabh Bahchan). ada orang jahat dalam cerita ni. pengacara sarkas (Sanjay Dutt). dia ni nakkan aladin dan genius tu mati sebab dia nak balik kuasa dia. pengacara sarkas berjaya membunuh genius tetapi tidak berjaya melumpuhkan aladin. aladin akhirnya berjaya menangkap pantulan tahi bintang dan kemudiannya,menghidupkan semula genius. genius menggunakan kuasanya untuk mengurung pengacara sarkasa dalam sebuah cermin dan akhirnya mereka pecahkan cermin itu. akhir sekali,aladin juga adalah 'jin',mempunyai kuasa seperti genius.

cerita yang menarik with good set,colours,pictures,graphics and moves. latar belakang dia macam cerita merlin. kebanyakannya nampak antik. seni ukiran pada setiap bangunan menarik. memang cantik. pelakon-pelakon pula dimekap sesuai dengan watak. amitabh bahchan pun boleh nampak kacak dengan new hair do tu. memang menarik dan tak rugi langusng menonton cerita ni. bukan jalan cerita sahaja yang unik namun cara cerita tu sendiri unik.

p/s: sorry. orang ni memang suka bollywood. jasmine dalam cerita ni sangat cantik.

Posted in | 2 Comments

Tak Boleh Tidur...


betapa takut mengelilingi jiwa..
kesakitan yang teramat mencengkam diri..
tidak rasa diriku bebas..
hanya namaNYA terus ku sebut..
mengharap kekuatan dari NYA..

aku takut sekali..
bayangan itu terlalu gelap buatku..

dia berlari dan terus berlari..
meninggalkan aku sendiri..mengejarnya dari belakang..
kadang-kadang matanya kosong merenung..
aku tidak pasti apa..
di mataku pula..kadang-kadang..semuanya berubah menjadi kosong..
wajah-wajah itu mengejarku dalam mimpiku sendiri..

saat itu menakutkan aku..
dia telah datang kepadaku..
cuba mencapaiku..
aku kaku..takut menyelubungiku..
namun..
kalimah itu membantuku..
kalimah SHALAWAT dan SELAWAT buat junjungan kita..NABI MUHAMMAD SAW..

kemudian..aku sedar dari mimpi ngeriku..
ya ALLAH!!

terasa diri ini sempit sekali..
memohon dari YANG SATU..
ingin melepaskan diri dari ketakutan yang bagaikan tidah mahu berhenti..

Posted in | Leave a comment

Banyak Tetamu...

sejak jiran-jiran tahu kami sekeluarga nak pindah,jiran-jiran banyak yang datang. hari tu,alang dah datang duk sehari di rumah kami. acik pun sama. jiran-jiran pulak sudah mula datang berkunjung. semalam dah datang. pagi ni,datang lagi. mereka ni memang betul peramah and mesra alam. bagus betul kan? hehehe.. kasihan pulak dekat mama. nanti kalau dah berpindah ke negeri sembilan,nak kawan dengan siapa?? kawan dengan bini pak sheikh je la,jawabnya.

anyway,4hb ni nak buat kenduri sikit untuk jiran-jiran sebab dah nak pindah kan??

Posted in | Leave a comment

Akuarium Sudah Dibawa Pergi...


ALHAMDULILLAH.. semalam semuanya berjalan lancar. akuarium kami yang kat luar rumah tu pun dah berjaya 'dicuri' orang. hehehe.. bukan curi,sebenarnya baba yang bagi. kata baba,nanti kami tiada di sini,siapa lagi yang nak jaga akuarium gedabak tu. jadi,semalam,jiran-jiran semua berkumpul kat rumah kami dan angkat akuarium tu ke rumah pak teh (jiran).

hm.. memang baguslah baba bagi dekat pak teh tu. pak teh tu orangnya kemas dan pembersih. INSYAALLAH..dia akan jaga akuarium kami tu dengan baik.

sewaktu kami nak keluar makan,kami singgah sebentar tuntuk tengok akuarium tu di rumah pak teh. wah! cantik! betul. selama ni,baba tak larat nak bersihkan akuarium tu jadi akuarium tu dah jadi macam gua kelam. tapi bila je dapat kat pak teh,cantik.. air dia pun dah jadi jernih. ALHAMDULILLAH..dapat jiran macam tu. boleh jaga barang kita dengan baik.

ALLAH benar-benar permudahkan urusan kami. ALHAMDULILLAH.. dua 'barang besar' telah pun selamat 'dikemaskan'. hehehe.. kereta kancil dan akuarium gedabak. moga-moga lepas ni,ALLAH permudahkan lagi kami punya urusan. jiran-jiran pun banyak membantu. ALHAMDULILLAH..dan terima kasih semua.

Posted in | Leave a comment

Dah Dijual...


setelah lapan tahun bersamanya,kini dia telah dijual kepada seorang kenalan. hua! sedih betul tengok kereta kancil tu tadi. lapan tahun dia hantar orang ni pergi sekolah. banyak betul jasa kancil tua tu pada kami sekeluarga. sob sob. sedih sangat. walaupun kereta kancil tu dah agak tua dan uzur,tapi,dialah yang paling banyak berjasa pada kami. hm...

of course,mama lah paling sedih sebab tu kereta dia. tapi,tetap kena jual sebab nanti,kalau exora dah sampai,takkan nak guna tiga biji kereta pulak. lagipun,nanti dah nak pindah. takut kancil tu dah tak boleh sampai ke negeri sembilan. maklumlah,kereta kancil dah lama dah.

Posted in | Leave a comment

Teruknya Game Hari Ni...


hari ni,orang ni bangun agak awal sebab teruja sangat nak pergi main badminton dengan sepupu (afiq and aiman). tok wan datang rumah. then,kami bertolaklah ke court di padang temusu. hm... afiq dan aiman tidak memunculkan diri sampailah kami balik.

orang ni main teruk sangat. baba asyik marah je!! hehehe.. first,pukulan memang teruk. simple smash pun tak boleh balas. dan rasanya,hari ni,orang ni tak banyak bergerak. tiba-tiba sahaja kaki rasa kaku dan agak kekok untuk berlari macam hari tu.

lepas tu,main dengan dua orang aunty ni. hm.. orang ni tak reti sangat main bergu.tambah pulak,dengan rules dia sebab sebelum ni,belasah je. hm.. dua aunty tu best lah jugak. not bad. sporting pun sporting. macam mana pun,agak malulah sebab dua aunty tu pandai main lagi daripada orang ni.

anyway,baba ajar satu lagi benda baru. kadang-kadang kita selalu tengok lee chong wei pukul shuttle guna tangan kanan,tangan kiri tu macam iring kat atas kan?? ok... sebenarnya tu untuk buat kita tahu bila masa nak pukul shuttle tu. lebih kurang macam kita ukur la dengan tangan 'iring' tu.

tangan masih lemah. kaki kaku. lari sikit. huh.. kalau main macam ni,susahlah.. bukannya baba tak pernah training tapi selalu. buat malu je la main macam tadi tu. aduh!! itu satu-satunya sport yang orang ni main,jadi rasa bersalahlah pulak bila main 'agak' teruk hari ni.

p/s : cara penulisan orang ni,bergantung pada mood dan suasana sekeliling. waktu awal-awal dulu,ayat biasa-biasa je,ikut skema kementerian MJ. hehehe.. lepas tu,tukar pulak,ikut kementerian pelajaran. lepas ni,tak tau la nak ikut kementerian mana pulak. jadi,orang ni harap,para pembaca sekalian,dapat bersabar dengan kerenah penulisan orang ni yang ntah apa-apa. hehehe.. may ALLAH bless all of us..

Posted in | Leave a comment

Exora...


mulanya,mama mahu warna putih,pak chaq mengatakan bahawa putih susah untuk dijaga. baba mahu warna hitam,adik mengatakan bahawa hitam panas. adik mahukan warna merah,mama mengatakan merah tak cantik. mama mahu silver,baba mengatakan silver akan membuatkan kereta exora tu kembang.

orang ni?? hehehe.. warna apa pun tak apa. janji boleh naik.

kalian yang membaca pula bagaimana??

Posted in | 2 Comments

Acik,Anis dan Danish...


hari ni,acik datang dengan kedua anaknya,agak awal. lebih kurang jam 8 pagi. awal kan?? selalunya acik hanya datang pada waktu tengahari dan duduk sebentar di rumah kami sebelum pulang. namun,kali ini,berbeza sekali. acik datang agak awal. mama membawa acik ke gmart,ke chee yee dan parkson. orang ni pula menemani deq da (danish) sepanjang berada di parkson. sengaja orang ni biarkan deq da dalam dunia mainannya. hm.. albert einstein pernah mengatakan bahawa imaginasi tu penting. orang ni sudah terlupa sentence tu. minggu depan,ada majlis kenduri sikit untuk deq da. deq da sempat main game sikit sahaja tadi kerana tidak lama selepas itu,pak chik datang menjemput.

Posted in | 2 Comments

Kecewa dengan Sikapnya...


tak faham dengan sikap manusia. kenapa terlalu fikirkan kesusahan dunia dan bukannya kesenangan akhirat? kecewa dengan sikapnya yang tidak mahu menerima tetamu. ya.. diri ini mengerti,ianya pasti menyusahkan namun tiadakah cara berhemah untuk mengatakannya? kenapa harus setiap perkara dipersoalkan dengannada marah? bawalah bersabar. jangan hanya tahu melempiaskan kemarahan tentang sesuatu yang belum pasti. betapa hati ini kesedihan dengan sikap tidak sabarnya. tidakkah dia tahu bahawa hati ini juga perlukan kata-kata lembut yang menyejukkan hati? bilakah sikap negatif itu akan nyah pergi dari peribadinya? orang ni kecewa. perkara yang sudah berlalu juga sentiasa disebut-sebut. kadang-kadang,rasa marahnya telah menyebabkan mulutnya terlajak. kerana perkara yang satu,habis semua terkena. walaupun perkara itu telah berlalu,telah selesai,namun dia belum habis lagi menyebutnya. sudah mati akal dibuatnya dengan sikapnya yang panas baran itu. sudah habis hemah digunakan. diri ini bukanlah sebaik malaikat,punya kesabaran tinggi bagi menghadapi kerenahnya. kadang-kadang,tanpa sedar,hati yang ceria,boleh menjadi lemah dengan hanya mendengar kata-katanya yang pedih. ya.. mungkin kata-kata pedih itu bukan untuk diri ini,namun jiwa ini yang mendengarnya. jiwa ini yang merasa kepedihannya.

ya ALLAH..KAU sejukkan hatiku tika ini. kepedihan yang menyerap tika ini,nyahkan ia pergi dari jiwaku. pedih! aku tidak sanggup dan tidak mahu menanggungnya lagi. ya ALLAH..aku kecewa dengan dia kerana sikapnya yang tidak sabar dalam sesuatu perkara yang menyakitinya. ya ALLAH..aku juga kecewa dengan diriku kerana sikapku yang tidak sabar dalam menangani sikapnya.

Posted in | Leave a comment

Rezeki yang Melimpah...

pagi tadi,semasa baba di tempat kerja,dia menghantar sms kepada mama.

"loan dah ok. exora kena p bayaq rm100. ALHAMDULILLAH."

betapa orang ni terkejut ketika adik memberitahu hal tersebut. sejak beberapa minggu yang lalu,baba telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman bagi membolehkan kami membeli sebuah proton exora. sudah lama baba ingin membeli kereta baru memandangkan kereta mama sudah lama dan agak 'uzur' sementara kereta baba pula hanya menunggu masa. tempoh hari,bank sebelumnya membatalkan pinjaman kami. namun,kali ini,bank yang lain,telah meluluskannya. ya ALLAH! betapa KAU memudahkan kami dalam semua ini.

hari ini juga,mama telah mengambil surat tawaran kerja baru baba. baba akan melaporkan diri di tempat kerja barunya pada 2 januari 2011. sekali lagi,ALHAMDULILLAH..

hujung tahun ini,kami bakal berpindah jadi tidak lama lagi,kami akan mula mengemas barang. INSYAALLAH.

bagaikan tidak percaya. semua perkara kelihatan seperti akan berubah tidak lama lagi. sebelum ini,orang ni tidak sanggup mengharap dengan harapan yang tinggi. dulu,kami berniat untuk membeli sebuah rumah baru,namun,tidak menjadi. dulu,kami juga pernah berniat untuk membeli kereta baru,namun,sekali lagi,ia gagal. dulu,baba pernah memohon untuk bekerja di tempat lain,namun,tidak juga dapat. jadi,orang ni tidak menaruh harapan yang tinggi.

namun,kali ini berbeza sekali! semuanya menjadi. ALHAMDULILLAH.. baba dapt kerja baru. kami bakal berpindah. kami bakal memiliki sebuah kereta baru. ya ALLAH,nikmat ini terlalu bernilai. KAU telah permudahkan kami dalam urusan kami. ALHAMDULILLAH..

moga perjalanan kami di masa hadapan,lebih mudah dari semasa ke semasa. ALHAMDULILLAH..

Posted in | Leave a comment

Tudung Labuh.. Alhamdulillah..



semasa berjalan keluar dari kamdar,adik menarik tangan orang ni dan berjalan agak jauh sedikit dari yang lain. kami biarkan yang lain mendahului kami dan kami berjalan di belakang. adik menyuarakan rasa di hatinya. akhirnya..ALHAMDULILLAH buat DIA YANG BERKUASA. hati adik telah terbuka untuk menyusuri jalan yang orang ni telah pilih. adik ingin bertudung labuh! ALHAMDULILLAH.. dari pakaian yang agak menjolok mata serta tidak sesuai dengan imejnya yang bersekolah agama,adik kini mahu berubah memakai tudung labuh. orang ni merasa seronok sekali. sudah lama perkara ini dinantikan.

pada mulanya,orang ni rasa ragu-ragu dengan kemahuan adik. lantas orang ni menyusun bicara bertanya mengenai keinginannya itu. sebab-sebab mengapa adik ingin bertudung labuh:
  • adik mahu melakukannya untuk seseorang yang sangat disayanginya.
  • adik terlihat betapa seorang lelaki asyik merenung seorang gadis di hadapannya. gadis itu bertudung biasa-biasa sahaja namun,disingkatkan tudung itu sehingga menampakkan dada. adik merasa malu dan katanya,dia tidak ingin sesiapa pun merenungnya dengan pandangan sejahat itu.
orang ni tersenyum. mungkin inilah,hidayah awal buat dirinya yang masih muda. lama-kelamaan,orang ni yakin,dia akan beristiqamah serta ikhlas bertudung labuh kerana ALLAH. moga ALLAH kuatkan hati adik untuk terus kekal dengan azamnya untuk bertudung labuh.

sebelum ini,adik juga pernah menyuarakan bahawa dia tidak suka melihat gadis-gadis seksi yang suka menayang aurat. adik mula berubah dari semasa ke semasa. dia kini lebih senang berbaju longgar serta jeans longgar. kini,mungkin,dia sudah bersedia untuk bertudung labuh. satu jalan yang orang ni telah pilih.

setelah dikenang kembali,orang ni tersenyum. ya.. benar.. dulu,orang ni pun begitu juga. alasan yang orang ni gunakan untuk bertudung labuh ialah sama seperti alasan adik hari ini. tersentuh hati dibuatnya. adik terbuka sendiri hatinya. ALLAH telah kurniakan dia rasa insaf. moga,dia terus beristiqamah.

teringat pula sebuah kisah. kisah yang mengisahkan cerita seorang gadis muda yang ingin bertudung labuh namun dilarang oleh ibunya kerana bagi ibunya,tudung labuh pasti menghalang anak gadisnya dari tampil penuh jelita. gadis ini juga ingin tampil sebagai seorang muslimah yang terjaga auratnya namun sekali lagi,dihalang oleh ibunya. MASYAALLAH.. disebabkan tidak mahu ingkar pada suruhan ibu serta MAHA PENCIPTA..gadis ini telah berfikir panjang kemudian menemukan jalannya. gadis muda ini memilih untuk mengenakan tudung bidang besar yakni tudung labuh yang mempunyai lebih banyak warna dan sesuai untuk para remaja. gadis ini juga memilih untuk memakai tshirt labuh yang cantik-cantik yang berlambak di pasaran. seluarnya juga longgar sekaligus,melengkapkan dirinya sebagai seorang muslimah yang lebih baik. dia tidak melanggar perintah ibunya serta tidak melanggar perintah agung dari PENCIPTAnya.

adik..moga rahmatNYA sentiasa bersamamu.. kuat sayang!! ALLAH bersamamu.. kakak berada dibelakangmu,sayang!


Posted in | 1 Comment

Outing dengan Alang and Kak Yana..



sudah lama rasanya,kami bertiga bersama alang dan mama tidak keluar membeli belah bersama. betapa indahnya hari ini,kami keluar bersama.

alang dan keluarga tiba di rumah kami dalam jam 12.45. pada mulanya,orang ni,mama dan adik merancang ingin keluar makan tengahari di kedai terlebih dahulu,namun begitu alang sudah pun berada dekat dengan rumah kami sekaligus,membatalkan niat kami untuk keluar. namun,kerana kegembiraan dan keterujaan,orang ni biarkan sahaja perut yang mula terasa lapar,inginkan makanan.

tiba sahaja di rumah kami,alang membimbit sebuah beg di tangannya. begitu juga dengan faris dan kak yana. orang ni tersenyum melihatnya. itu semua adalah beg laptop. kak yana dan faris terus membuka laptop mereka. wah! meriah sekali! selalunya,di dalam rumah kami,hanya ada dua laptop (maksimum). tiba-tiba sahaja terasa seperti membuka kafe siber. terasa kemeriahannya.

pada mulanya,faris tidak mahu mengikut kami keluar. dia lebih memilih untuk berada di rumah sendirian bersama laptopnya. mama bercadang ingin mengajak ihsan ke rumah untuk menemani faris namun malangnya,ihsan tiada di rumah. ihsan berada di kampung,di rumah ayahnya. 

ihsan adalah jiran kami dan dia adalah rakan sekelas faris di sekolah menengah kebangsaan agama baling. kebetulan kan? moga ALLAH merahmati perhubungan ini dengan mengeratkannya lagi dari semasa ke semasa. 

kami (kak yana,alang,mama,adik dan orang ni) mula menuju ke kamdar,sebuah kedai kain yang agak popular di sungai petani. alang membeli tiga helai kain yang berbeza untuk dibuat blaus sementara kak yana pula hanya membeli sehelai kain sahaja untuk dibuat baju kurung. 

kemudian,kami bergerak pula ke sebuah kedai yang barangan untuk para jemaah haji dan umrah. alang dan kak yana membeli sarung tangan (khas untuk muslimah) sementara adik pula membeli stokin. agak terkejut melihatnya namun rasa bahagia menyerap segenap hati dan perasaan. 

kami singgah di parkson sebelum terus pulang ke rumah. alang membeli handbag baru. tertawa sendiri lagi. banyak benar alang bershopping hari ini. 

semasa di parkson juga,orang ni dan adik terkejut dengan pengkhabaran dari kak yana mengatakan bahawa dompetnya telah hilang. kak yana cemas sekali. dia berkali-kali cuba menelefon faris di rumah namun faris tidak menjawabnya. kak yana mula merasa agak geram. ditambah pula,dengan rasa paniknya. kami memeriksa kereta mama,malangnya tiada dompet kak yana di situ. semasa hendak masuk ke dalam kereta,kak yana khabarkan hal tersebut pada alang dan mama. mereka terkejut. pastinya!

waktu yang agak lewat memaksa kami untuk mencari sesuatu sebagai alas perut. mulanya,kami berhenti di sebuah kedai berhampiran parkson namun,tiada apa yang dapat dibeli. kami kemudiannya bergerak pula ke sebuah kedai lain. kedai tersebut menawarkan lebih banyak pilihan namun malangnya,ianya merupakan kedai seorang cina. akhirnya,kami berhenti di sebuah gerai menjual kuih yang sudah kami biasa. di situ,alang dan mama membeli kuih-muih buat kami. 

di rumah,mama goreng mee sanggul buat kami semua. faris masih di kerusi di ruang tamu,menghadap laptop. perut yang sedari tadi meminta diisi,lantas diisi. pada belah malamnya pula,pak lang pulang sebentar ke rumah kami sebelum pergi semula untuk menyelesaikan pekerjaannya. kepulangannya membawa empat bungkus laksa. kepulangan pak lang yang singkat ke rumah kami juga membawa khabar gembira buat kak yana. dompet kak yana tertinggal di dalam keretanya. akhirnya baba tiba di rumah. terkejut baba melihat kami di rumah,masing-masing menghadap laptop. tawa terletus dari bibirnya. bahagia dan senang.

betapa indahnya hari ini. menghabiskan masa bersama insan-insan tersayang di sisi. ya ALLAH,rahmatilah kami. ampunkanlah kami dan berikanlah kami kesempatan seperti ini walaupun nanti,kami bakal terpisah jauh.  

  

Posted in | 1 Comment

Excitednya....


tadi alang call mama memberitahu bahawa mereka akan datang ke sungai petani. mungkin,dalam pukul satu petang nanti mereka akan tiba di sini. mama mempelawa mereka makan tengahari bersama kami namun,mereka menolak. kata mama,mereka akan makan di jalan sahaja nanti.

kak yana akan datang!! seronoknya. memang seronok kalau ada kak yana. dia memang x berminat untuk mengata atau megutuk serta sebagainya. she leads her life into a good one and she comes up with all her interests to set what she want in her life. she just a perfect sister for me! kak yana memang sangat disenangi. dia pemurah,baik hati,penyayang dan lucu sekali. semakin lama,kak yana semakin matang. moga ALLAH kurniakan kak yana jalan yang terbaik di dalam hidup. and kak yana..if you are reading this,i would to tell you that I LOVE YOU SO MUCH,KAK!!

Posted in | Leave a comment

Di Rumah Tok Yan...

ketika itu,mama begitu sibuk menyiapkan makanan tengahari buat kami apabila tiba-tiba telefon bimbit mama berbunyi. tok yan rupa-rupanya yang menelefon. setelah selesai bercakap dengan tok yan,mama memberitahu kami bahawa tok yan menyuruh kami makan di rumahnya kerana dia telah memasak nasi arab. malangnya,mama telah masak,jadi tidak dapatlah kami ke rumah tok yan.

nasi arab? pada mulanya,tertanya-tanya,sedapkah nasi tersebut? jawapannya tidak pasti. orang ni belum pernah merasa nasi tersebut.

petang itu,baba balik kemudian terus mencedok nasi di dalam periuk. orang ni juga begitu. namun,nasi yang orang ni ambil,sedikit sahaja. baba pula sudah bertambah. baba marah apabila melihat orang ni hanya makan sedikit. entah mengapa,tiba-tiba lidah orang ni terasa tawar,lantas mematikan terus selera orang ni. baba pula begitu lahap dengan gulai ayam yang telah mama masak.

sedang baba tengah makan,adik mengajak ke rumah tok yan kerana tok yan masak nasi arab. lantas,perkara itu orang ni jadikan alasan kenapa orang ni makan sedikit sahaja. baba agak kecewa kerana dia telah menambah nasi sebanyak dua kali jadi mustahil bagi dia,untuk mengisi perut sekali lagi dengan nasi arab tok yan.

ketika sampai di rumah tok yan,kelihatan kereta bmw mak chaq di hadapan rumah tok yan. aneh kan? sebelum ini,orang ni terlalu merindui keluarga itu kerana kami jarang berjumpa. namun,sejak kebelakangan ini,pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja antara famili kami dan famili pak chaq,bagaikan telah diatur oleh YANG MAHA KUASA. mungkin kerana selepas ini,kami akan berpindah,jauh meninggalkan mereka di sungai petani. moga ALLAH mengeratkan lagi persaudaraan kami melalui pertemuan demi pertemuan ini.

agak terkejut melihat aiman yang sudah berbalut selimut di ruang tamu. kakinya yang berbalut kain anduh,ditunjukkan. katanya,terseliuh semasa bermain bola sepak bersama teman-temannya sebentar tadi. orang ni tertawa. aiman...aiman...

setelah semua hidangan dihidangkan di atas meja,kami mula menjamah nasi arab dan nasi merah (tok yan buat tambah). wah! sedap! kebanyakan lauk-pauk di atas meja ketika itu adalah ayam. ayam merah.. ayam goreng rempah.. gulai kaki ayam.. wah! memang kami semua makan tak ingat dunia! orang ni sendiri menambah nasi buat kali ke-dua. bayangkan,petang itu orang ni telah makan malam. malam pula,orang ni pun makan lagi dengan dua kali tambah pula tu. huh.. hilang fitness. tapi,memang tidak dapat disangkal,masakan tok yan memang tidak dapat ditandingi. afiq pula menambah buat kali ke-dua dengan begitu banyak dan orang ni terkejut melihat dia dapat menghabiskannya. terlupa pula. adikku yang seorang itu sudah pun meningkat menjadi remaja lelaki.

semasa di rumah tok yan juga,tok su zul menelefon. tok su zul begitu marah sebab kami tidak jadi hendak ke pulau langkawi bersamanya. sebenarnya,bukan baba yang tidak mahu pergi tetapi hujung tahun ini kami perlu berpindah sedangkan sebelum itu,kami masih perlu pergi ke kuala lumpur bagi menghadirkan diri ke kenduri tok chik. mengenangkan bahawa kami perlu hadir ke kenduri tersebut,baba membatalkan sahaja niat untuk ke pulau langkawi kerana baba masih perlu menyimpan cutinya untuk kami berpindah hujung tahun ini.

semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,baba menyuarakan pendapatnya. katanya,kami boleh pergi ke pulau langkawi dan tidak perlu meghadiri kenduri tok chik. katanya lagi,semasa kami tinggal di negeri sembilan nanti,kami bolehlah melawat tok chik bagi menggantikan ketidakharian kami di dalam kenduri tersebut. orang ni setuju sekali. pulau langkawi hanyalah di kedah,mudahlah bagi kami untuk pergi ke sana. lagipun,jika dikenang semula,bila lagi kami boleh ke pulau langkawi apabila telah berpindah ke negeri sembilan nanti. lagipun,tarikh pergi ke pulau langkawi tersebut,termasuk dalam hari cuti baba sekaligus,memudahkan dia.

jadi,akhirnya,kami bersetuju untuk ke pulau langkawi dan menangguhkan dulu perancangan kami untuk menziarahi tok chik di kuala lumpur.

ya ALLAH,permudahkanlah perancangan kami. berikanlah kemudahan buat kami untuk melaksanakan apa yang telah dirancang.  

Posted in | 1 Comment

Sebuah Kisah Menyayat Hati...

adik buka facebook tadi dan bila dia dah lama di hadapan skrin,tiba-tiba mata dia mengalirkan butir-butir jernih ke pipi. rupa-rupanya..disebabkan kisah ni...



Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~

Posted in | 1 Comment

Suatu Petang di Kampung..


hati berbisik perlahan memberitahu kepada orang ni bahawa ini mungkin kali terakhir untuk orang ni pulang ke kampung pada tahun ini. tahun hadapan pasti susah untuk pulang ke kampung memandangkan kami sekeluarga akan berada jauh.

petang itu,seorang teman telah bertanya,tidak mahukah orang ni bersiar-siar di sekeliling sawah petang itu. mustahil tidak. orang ni ingin sekali menghabiskan masa di sawah itu. menikmati segala keindahan alam ciptaanNYA yang sudah sekian lama tidak dapat dirasai sepenuh hati. sayu juga apabila mengenangkan bahawa orang ni akan jarang sekali menjejakkan kaki ke sawah ini mulai tahun hadapan.

sebenarnya,di hadapan rumah orang ni sendiri sawah sudah terbentang luas. bertahun-tahun tinggal di sini,tidak pernah walau sekalipun,kaki ini menjejak di tanah sawah itu. mengapa? mungkin sejak kecil lagi orang ni telah dilarang dari bermain di situ.

sebelum orang ni meneruskan,sejak kebelakangan ni,orang ni rasa ada sesuatu yang mula bercambah di dalam hati. perasaan ini mungkin berputik sejak orang ni membaca blog fajar seluas angkasa. setiap kali orang ni duduk dalam kereta,orang ni akan merenung ke langit. merenung setiap sudut ruang yang ada ketika itu. mengambil gambar melalui kerdipan mata. sejak membaca blog fajar seluas angkasa,hati rasa terpaut untuk merenung ke langit setiap kali berpeluang. seronok apabila dapat melihat langit cerah. lebih indah jikalau gambaran langit ketika itu dapat diabadikan di dalam gambar.

orang ni terfikir untuk meminta sebuah camera digital sebagai hadiah jikalau keputusan pmr nanti cemerlang namun kata mama,tidak berbaloi kerana dia yakin,suatu hari nanti,baba tetap akan belikan sebuah camera digital buat kami sekeluarga. sekarang,kami lebih banyak bergantung kepada camera digital milik kilang baba. buat sementara,camera tersebut berada dengan seorang kawan baba yang terpaksa ke korea atas urusan kerja. jadi,buat sementara,orang ni batalkan dulu niat untuk memiliki camera digital sendiri.

sambung pula dengan cerita petang di kampung semalam..

selepas menunaikan solat asar,orang ni dan adik keluar dari rumah tok siah. agak aneh apabila kami hanya berdua. selalunya,kami akan disertai kak yana dan anis namun anis tiada di kampung sementara kak yana pula ketika itu sedang menunaikan solat asar.

orang ni dan adik berjalan ke sawah namun hampa hati kami apabila terlihat pintu pagar di sawah tersebut berkunci. jadi,kami mengambil arah yang satu lagi,yang turut menghala ke arah sawah padi namun sawah padi yang satu itu tidak seluas sawah padi di sebelah sana. namun,adik dan orang ni perlahan-lahan menyusuri laluan di sawah padi tersebut. rasa kekok yang menyelubungi kami berdua memaksa kami pulang ke rumah tok siah. kami jarang berjalan di situ,kami rasa aneh dan janggal. kalau ada kak yana,pasti mudah sahaja kami berjalan kerana kak yana sudah biasa dengan jalan-jalan di kampung kami itu. semasa hendak berpatah balik ke rumah tok siah,mata orang ni tertangkap sesuatu,ada seorang lelaki sedang melalui laluan sawah padi di sebelah sana tetapi bagaimana? bukankah pintu pagar tadi berkunci? mungkin lelaki tersebut pemilik kawasan sawah tersebut,fikir orang ni ketika itu.

kak yana tersenyum simpul apabila melihat kami berdua berpatah balik. orang ni memberitahunya bahawa laluan untuk ke sawah padi di sebelah sana tertutup. kak yana tertawa. katanya,pasti ada sahaja jalan untuk masuk ke situ. kami berkeras dengan mengatakan bahawa pintu itu berkunci. kak yana tetap mengajak kami. katanya,"kita rongkah je la."

sebaik sahaja kami sampai di pagar tersebut,kami melihat pagar tersebut telah terbuka. apabila,diteliti lagi,rupa-rupanya pagar tersebut tidak berkunci sedari tadi lagi. pagar tersebut dibuka dari arah lain,namun melihatkan mangga besar yang tersangkut di pagar tersebut,pasti ramai yang menyangka bahawa pagar itu berkunci. orang ni tersenyum kecil mengenangkan kebodohan diri sendiri. apabila mata terpedaya,sekaligus otak juga terpedaya.

orang ni,kak yana dan adik berjalan di sepanjang laluan di sawah padi itu. rasa tenang dan bahagia menyusup di dalam hati. mana tidaknya,padi yang menghijau,luas terbentang di hadapan mata. di seberang sawah padi itu pula,gunung yang tinggi serta hutan rimba,menambahkan lagi keindahan yang sedia ada. suasana senja pula sebagai penambah rasa dalam kenangan penuh bermakna itu.

di saat-saat seperti inilah hati ini terkilan kerana tiadanya sebuah camera untuk mengabdikan kenangan kami di situ.

melihat kami yang agak jauh berjalan,tok siah menyertai kami. mungkin bimbang kami akan keselamatan kami. kak yana dan adik berjalan jauh di hadapan. orang ni pula beriiringan dengan tok siah. adik dan kak yana terbehenti apabila melihat sebuah petak sawah padi yang kosong. mata mereka mula menjalar di setiap inci kawasan itu kemudian,terhasillah kata-kata karut mereka. "jom terjun." "wah!! sabun hijau ni." "lawan berenang tengok." ketika itu jugalah,tok siah mendapat panggilan dari tok lang mengatakan bahawa tok lang sekeluarga berada di rumah tok siah. tok siah bergegas pulang meninggalkan kami di sawah padi ketika itu.

kami terus berjalan sehinggalah langkah kami terhenti pada sebuah pagar dawai berduri. pada mulanya,adik ingin berpatah balik pulang ke rumah tok siah melihatkan pagar tersebut namun kak yana tidak berputus asa. entah mengapa,kak yana begitu lincah petang ini atau mungkin keadaan sebegini sebenarnya yang memaksa dia untuk menunjukkan sikapnya itu. kak yana melangkah dengan selamatnya melepasi pagar berduri itu dengan bantuan orang ni. adik kemudiannya melepasi pagar tersebut dan akhir sekali barulah orang ni melepasi pagar tersebut.

di hadapan kami ketika itu terdapat sebuah curam di mana di atasnya,terdapat sebatang jalan raya yang menghala ke arah rumah tok siah. kami berjalan ke arah kiri terlebih dahulu dan kami temui jalan buntu. kami berpatah balik ke pagar berduri tadi untuk meneruskan perjalanan ke arah kanan. semasa tiba hampir di pagar berduri,kak yana memberitahu kami bahawa dia ingin berpatah balik ke tempat tadi. ujarnya,sengaja mahu tengok-tengok. kami membiarkan dia pergi sendiri kerana kami sudah tidak larat untuk terus berjalan. dari jauh kami memerhati langkah kak yana. ketika itu,hanya ALLAH sahaja yang mengetahui betapa berdebarnya perasaan ini. risau sekali jikalau sesuatu menimpa kak yana dalam jarak kami yang agak jauh darinya namun kak yana biasa-biasa sahaja. ALHAMDULILLAH.. tiada apa yang terjadi.

memandangkan di atas curam di hadapan kami terdapat jalan raya yang menghala ke rumah tok siah maka pada mulanya,kak yana ingin kami memanjat sahaja curam itu. namun orang ni tak sanggup kerana curam itu penuh dengan semak. risau pula kalau ada seuatu yang tidak diingini berada di dalam semak itu. kak yana akur lantas mengambil jalan yang agak jauh untuk menaiki curam tersebut.

dan akhirnya,kami berjaya sampai di atas jalan raya itu. kami teruskan perjalanan kami. kak yana mencadangkan kami pergi sahaja ke rumah tok teh memandangkan jalan itu membolehkan kami ke sana. tambahan pula,ketika itu,amam dan alang berada di sana. orang ni menggeleng dan orang ni yakin bahawa kak yana sekadar bergurau. kami meneruskan perjalanan kami ke rumah tok siah.

orang ni tertawa apabila kak yana sering diayat oleh lelaki-lelaki remaja yang melalui jalan raya tersebut. kak yana kata,"kenal aku la tu." mungkin. kak yana sudah lama tinggal di baling jadi,tak peliklah kalau budak-budak di situ ramai yang mengenalinya. hati ini bersyukur kerana orang ni tidak ditegur oleh sesiapa. begitu juga dengan adik.

kami berhenti seketika di sebuah bas stop. puas ketawa dan merapu,kami menyambung semula perjalanan kami ke rumah tok siah. dalam kami berlenggang di sepanjang jalan itu,hujan mulai turun renyai-renyai. semakin lama semakin lebat. orang ni mengatur langkah panjang dan laju meninggalkan kak yana di belakang. kak yana menjerit memarahi kami. orang ni tertawa semenatara langkah mula diperlahankan. namun,hujan yang seolah-olah menduga kami,memaksa kami untuk berlari apabila ia mulai lebat membasahi bumi.

apabila sampai di rumah tok siah,kami bersalaman sebentar dengan tetamu tok siah yang berkunjung ketika itu dan terus melarikan diri ke dalam bilik tok siah. malu menerpa hati. rasa segan pula apabila mereka melihat kami tercungap-cungap ketika tiba di rumah tok siah.

kak yana sudah semput apabila kami terduduk di katil tok siah. tu la... kak yana lenggang kangkung sangat. hehehe..

walaubagaimanapun,hati tetap berbunga riang. terasa begitu senang dapat bersama dengan kak yana petang itu. entah bila pula,orang ni akan dapat bergurau dengannya seperti ini. terasa sayu mula membelenggu jiwa.

ya ALLAH,memori ini cukup bermakna buatku. terasa keakraban dia antara kami bertiga. ya ALLAH,janganlah KAU jauhkan hati kami sekalipun jarak memisahkan kami nanti.

Posted in | Leave a comment

Sebuah Impian Pedih...



Aku mengatur langkah perlahan menyusuri laluan pejalan kaki itu. Di Glasgow ketika itu,pohon-pohon sedang menggugurkan dedaun ke tanah. Glasgow… Bumi indah di Scotland,United Kingdom.

Kenapa aku berada di sini? Kerana terpengaruh. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Ya… Aku terpengaruh dengan perasaanku. Aku jadi sayu membaca kisah seorang lelaki di bumi ini. Lelaki itu telah melalui begitu banyak rintangan di bumi ini. Aku juga terpengaruh dengan rasa cemburuku pada seorang temanku yang pernah tinggal di sini suatu ketika dahulu. Aku lebih terpengaruh lagi dengan rasa cintaku terhadap keindahan alam di tanah ini. Cuaca sejuknya menyamankan aku walaupun kadang-kadang ianya menyakitkan aku namun aku masih lagi orang yang mencintai rasa sejuk.

Sejak remaja lagi,aku telah menanam impianku untuk menjejakkan kakiku ke bumi ini walaupun hanya buat sementara. Kata papa benar. Mengapa dicintai bumi yang tidak punya sejarah Islam ini? Mengapa juga diidam tanah yang tidak mempunyai banyak nilai Islam di atasnya? Papa benar-benar terkejut ketika aku beritahu dia tentang hasratku.

Sebenarnya,niatku ke sini adalah untuk menikmati keindahan bandar ini sebelum kelamnya mataku. Aku ingin berada jauh dari keluarga dan rakan-rakan bagi menenangkan jiwaku sendiri. Glasgow bukan sebuah negara Islam namun Allah telah takdirkan aku jatuh cinta pada ciptaanNya di sini. Jatuh cinta pada kemesraan orang-orangnya di sini. Jatuh cinta pada pepohon yang menghiasi. Jatuh cinta pada keindahan alamnya. Jatuh cinta pada ujianNya di sini.

Aku bahagia di sini. Sungguh. Aku tidak menipu. Aku rasa aman malahan aku rasa dekat denganNya di sini.

Apa yang mendorong aku ke sini? Takkan hanya kerana perasaan? Ya... Dengan perasaan sahaja,aku tidak mungkin berpijak di sini.

Yang lebih mendorongku ke sini ialah mataku. Beberapa bulan yang lalu,Doktor Zulfazli telah memberitahuku tentang keadaan mataku yang makin kritikal. Katanya,kemalangan yang aku alami tempoh hari telah merosakkan penglihatanku menyebabkan lama-kelamaan,aku pasti tidak dapat melihat lagi.

Ya... Kerana mataku lah aku sedang menyusuri laluan ini ketika ini. Tidak lama lagi,mataku hanya dapat melihat kegelapan berpanjangan. Kerana itulah aku berada di sini. Aku ingin menikmati keindahan yang benar-benar indah. Mujurlah kaki ini telah berpijak ke tanah suci Makkah setahun yang lalu,jadi tiadalah penghalang buatku untuk menjejak ke sini. Entah kenapa,tahun lalu,aku merasa keinginan yang teramat kuat untuk menunaikan haji. Mungkin kerana hal ini. Mungkin Allah sengaja menggerakkan hatiku kerana segalanya telah Dia aturkan buatku.

Aku ke sini juga kerana aku kagum dengan keluasan ilmu fotografinya. Kelak,aku  tidak dapat melihat lagi jadi sebelum terlambat,biarlah aku mendalami sedikit ilmu tersebut kerana minatku ini. Dari dulu lagi,aku meminati bidang fotografi terutamanya dalam penghasilan grafik hitam putih yang banyak mengingatkan aku kepada nostalgia lama aku dan teman-temanku dulu. Aku seorang yang nostalgik sejak meninggalkan zaman menengah rendahku.

Aku sering menulis kenanganku kerana aku tidak mahu kehilangannya nanti. Aku juga sering bergambar kerana tidak mahu lupakan setiap kenanganku. Aku sering juga mengedit gambar-gambar kenanganku kepada mode black and white kerana ingin lebih merindui kenangan tersebut.

Rindu pada keluarga? Ya... Ada terselit kerinduan itu di dalam hati ketika ini. Mereka belum tahu tentang mataku. Sengaja aku rahsiakan. Tidak mahu mereka bersusah hati.

Bukannya aku tidak pernah bayangkan kedudukanku seperti ini. Dulu,semasa remajaku,kerap-kali aku terfikir bahawa aku akan kehilangan daya penglihatanku ini. Kenapa? Hanya Dia yang tahu dan ketika menerima pengkhabaran dari Doktor Zulfazli,aku seolah-olah bersedia.

Kini,ketenangan meresap dalam jiwa. Aku dapat merasa kasih sayangNya ketika ini.

Kalau dilihat semula ke dalam cermin maka aku berbangga sekali. Kenapa? Aku tertawa sendirian ketika berfikir mengenainya. Aku suka dengan cara pemakaianku kini. Aku berjaket tebal dan labuh dengan tudung bidang besarku. Tanganku selesa berada di dalam kocek jaket labuhku. Selesa sekali. Aku juga menyenangi seluar jeansku yang longgar ini. Namun,aku lebih menyukai diriku kini kerana cermin mata yang sedang kupakai. Aku juga membayangi diriku menyusuri jalan ini pada setiap empat musimnya yang berbaeza.

Aku selesa dengan diriku. Aku benar-benar suka akan personalitiku ini kerana dari dulu aku membayangi diriku dalam keadaan ini.

Ya Allah,terlalu banyak impianku yang Kau kabulkan. Namun,dalam kegembiraanku itu terselit jua dugaan berat,hadiahMu untukku. Aku redha kerana inilah jalan yang aku telah pilih. Alhamdulillah...Kau masih ingatkan aku kepadaMu dalam kesenanganku tika ini. 


Posted in | Leave a comment

Rindukan Dia...


dulu…dia yang orang ni kenal,sangatlah peramah. sangat ceria. sangat senang hati. sangat lucu. dia akan tersenyum ke mana sahaja dia pergi. wajahnya selalu tenang dan menyejukkan hati sesiapapun. sungguh.

perwatakan inilah yang membuatkan orang ni menjadi sangat sayang padanya. dia tak kekok nak tersenyum. dia sentiasa berupaya untuk membuat orang di sekelilingnya bahagia. dia sangat lembut dalam bertutur.

dan orang ni sedar,betapa dia sangat diperlukan. orang ni mudah terganggu namun,sejak dia hadir,orang ni rasa bahagia dan tenang. terasa pula diri ini kecil di sampingnya.

tapi… kematangan telah membawa banyak perkara pergi. dia sudah matang kini. matang pada usianya.

kini,dia tidak lagi mudah tersenyum seperti selalu. dia terlalu sibuk sehinggakan dia menjadi penat untuk menghulurkan senyumannya buat sesiapapun. dia tidak lagi berkesempatan untuk tersenyum mesra seperti dulu.

dulu,kata-katanya begitu mengusik jiwa. kini,begitu berbeza. kadang-kadang terasa keras tiada berperasaan. ke mana perasaannya dibawa pergi? entah…

dulu,senyumannya begitu lebar menghiasi wajah. kini,kalau benar dia tersenyum,dia tidak lagi tersenyum seperti dulu. senyumannya hanya sekadar senyuman kecil yang mempamerkan keadaan jiwanya ketika itu.

mungkinkah kesibukan dan kepenatan yang menghalang dia dari terus bergelak tawa,orang ni tak pasti.

tapi,orang ni rindukan dia yang dulu. rindukan dia sebagai seorang teman yang begitu ceria. rindukan senyumannya yang mampu menyejukkan hati. orang ni nak dia kembali seperti mana dulu.

orang ni rasa seolah-olah orang ni seperti kehilangan dia perlahan-lahan. tak mungkin… orang ni tak nak semua tu berlaku. orang ni tak nak kebahagiaannya terus lenyap.  orang ni sayangkan dia. mungkin ALLAH sengaja menguji hati ini.

kadang-kadang orang ni tertanya-tanya,sebab orang ni ke dia jadi macam ni? orang ni tak tahu. orang ni tak berani nak tanya. kalau bertanya nanti,pasti dia marah dan orang ni tak rela dimarahinya.

jadi,selagi dia tak menghalau orang ni keluar dari hidup dia,maka orang ni takkan berganjak sedikitpun dari sisi dia. orang ni akan tetap membantu dia kalau dia perlukan bantuan. orang ni hanya memohon kekuatan daripada YANG MAHA KUASA supaya orang ni tak cepat kecewa ketika berada di sampingnya. ALLAH akan kembalikan dia suatu hari nanti. INSYAALLAH..

Posted in | Leave a comment

Ada Hati yang Terluka...


tertanya sendiri. benarkah atau kebenaran yang belum pasti? terasa hati itu dibuatnya. adakah diri itu sekadar boneka? teman ketika sepi?

ini adalah sebuah luahan dari seorang isteri yang terluka. orang ni baru terbaca tadi.


awak tahu tak kenapa saya tak nak buat facebook? mesti awak tak tahu kan? jadi..biarlah saya beritahu awak. awak selalu outstation. duduk jauh dari saya.

malam tu,awak tak telefon saya langsung. saya tunggu awak sampai tertidur di ruang tamu. pagi esoknya,saya jumpa siti di pejabat. saya nak guna laptop dia sebab laptop saya rosak,saya hantar kedai repair. saya nak guna sekejap sahaja. bila dia benarkan saya guna laptop dia,saya pun sangatlah berterima kasih. semasa saya sibuk menaip,saya nampak account facebook dia terbuka. hati saya tertanya-tanya kenapa ramai sangat orang ada facebook. awak pun ada satu. saya tak berminat. saya bukak account facebook siti. masa tu dia tak ada. saya tau apa yang saya buat tu salah. saya tak patut buat macam tu tapi entah kenapa..hati saya terasa nak buat macam tu. saya pun bukaklah. saya cari nama awak. nama awak ada dalam senarai kawan siti. saya tak kisah sebab saya tau awak dan siti juga kenalan memandangkan suami siti tu kawan baik awak. saya bukak facebook awak melalui account siti.

saya baca setiap perkataan dalam tu. lebih mengejutkan,awak tidur lewat malam semalam. pukul 2 pagi,menurut paparan di skrin ketika itu. saya terkejut. betul-betul terkejut. kalau awak tidur lewat,kenapa awak tidak telefon saya? awak berbalas komen dengan kawan perempuan awak. saya rasa tu kawan lama awak. tapi,kenapa awak tidak telefon saya. hantar mesej pun tidak.

ah! mungkin awak penat. saya beritahu siti yang saya tengok-tengok facebook dia melalui laptop dia. dia tak marah saya pun,awak. terima kasih,siti.

bila balik,saya tanya awak. malam tu awak ada mesyuarat ke? awak kata tak. saya tanya lagi,awak penat sangat ke malam tu? awak kata tak. saya tanya lagi sebab saya nak tahu,awak tidur awal ke malam tu? awak kata tak,awak kata lagi yang awak busy sikit malam tu. dalam hati,saya terfikir-fikir,awak sibuk dengan facebook ke malam tu? awak sibuk sangat sampai awak tak sempat nak telefon saya? awak tidur pukul dua pagi tapi langsung tak telefon saya walaupun saya dah pesan dekat awak supaya telefon saya sebelum tidur. saya cuba sedapkan hati. saya kata dekat diri saya,mungkin awak tak telefon sebab tak nak ganggu saya atau awak ingat saya dah  tidur. malam awak balik tu jugak,awak tak cakap banyak dan terus tidur. tidur awal sangat.

awak tau tak saya tidur pukul berapa malam tu? hehehe.. saya tahu,awak mesti tak tahu kan? biar saya beritahu. sebenarnya,saya tak tidur malam tu. lepas azan subuh,saya letih sangat tapi saya kuatkan diri pergi kerja. dan lepas baca facebook awak tu,saya jatuh pengsan. saya jatuh depan siti. saya baru atur beberapa langkah lepas tu,saya jatuh dan kepala saya kena benda keras. sakit sangat,awak. sampai sekarang masih sakit. awak,hentakan tu kuat. kuat sangat. doktor tu suruh saya jumpa dia untuk ambil keputusan pemeriksaan kepala saya tu nanti. saya tak sakit pun tapi doktor tu tetap suruh saya buat scan tu. dia tak ada kerja kot. hehehe..

dulu,saya bangga dengan awak kan sebab mata saya tajam. saya boleh lihat semua benda dengan clear. awak pun tak power macam saya. hehehe.. tapi sekarang,saya dah pakai spect. doktor yang rawat kepala saya tu kata,hentakan terlalu kuat sampaikan bagi kesan pada mata saya. saya tak faham sangat apa doktor tu cakap. tapi yang saya pasti,doktor tu kata,saya akan kehilangan penglihatan saya tak lama lagi. hentakan tu kuat sangat sampai macam tu sekali,awak.

sebab tu la sekarang saya pakai spect. saya tak nampak sangat. doktor tu kata,nanti saya tak boleh tengok dunia lagi dah. saya ingat saya dah nak mati rupa-rupanya,saya dah nak buta. hehehe.. awak pernah kata,saya selalu bersangka buruk kan? awak selalu marah saya sebab saya selalu bersangka buruk. malam tu saya tunggu awak,awak sibuk dengan facebook. esok tu saya tak larat sebab tak tidur malam tu. saya tetap pergi kerja. saya baca facebook awak dan saya jatuh pengsan. kenapa saya jatuh pengsan? sebab saya rindu awak. saya lagi terkejut bila tengok facebook awak. sebab tu kot.

awak,saya nak bagitau ni,saya sayang awak walaupun nanti,saya tak boleh tengok awak dah. awak,saya mintak maaf ye.

Posted in | 1 Comment

Gadis Bubble Gum by Hana Qistina...


okey... novel ini terbitan PTS dan novel ini pula memang khas ditulis untuk para remaja. sangat sesuai. ia menceritakan tentang seorang gadis bernama nusaibah yang cuba untuk mengubah kawannya,sheera yang sangatlah kaya. walaupun kaya,sheera sangat biadap dan tidak tahu berdikari. jadi,nusaibah cuba mengubah cara hidup sheera.

hm... hana qistina mungkin masih muda kerana melalui ayatnya,dia kelihatan sangat manis sekali. kalau sudah dewasa,maka orang ni yakin,dia merupakan seorang yang sangat sweet. ayatnya begitu kemas tersusun dan betul-betul ayat buku. namun,mungkin ada ketikanya,hana qistina tidak begitu mahir dalam menceriakan ayat-ayat tersebut. mungkin sebab buku ni untuk mereka yang berada di peringkat awal remaja kot jadi,hana qistina tidak mahu menonjolkan ayat-ayat atau lagak kurang sopan yang keterlaluan. masih ada unsur-unsur 'skema' tapi tidak mengapa. bak kata AO,"ikut skema ALLAH dan RASULULLAH." tak ada masalah tetapi ceritanya kena lebih real sedikit untuk menarik minat pembaca,okey? anyway,andai kata hana qistina terbaca blog ini,maka saya ingin memberitahu hana qistina supaya menulis lebih banyak novel dan memperbaiki novel itu secara berperingkat and hana,may ALLAH bless you for what you had wrote.

.tidak semestinya semua yang ustazah itu baik dan tidak semestinya semua yang bukan ustazah itu tidak baik

Posted in | Leave a comment

Selamat Hari Raya Aidiladha...


walaupun dah agak terlewat..orang ni tetap nak ucapkan jugak.. maaf ye lambat..

Posted in | 1 Comment

Sejarah pada Aidiladha...

betul tidak menyangka bahawa itu semua akan berlaku di hadapan mata sendiri. terkejut? ya. marah? ya. kecewa? juga ya. kenapa? kerana ini sejarah hari raya yang paling pelik pernah dilalui oleh orang ni ketika ini.

mana tidaknya. pergaduhan harta di saat azan dilaungkan. yang nenek inginkan harta anak lelakinya yang sudah meninggal. sementara si cucu pulak tidak akan membiarkan harta tersebut jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya. ibu saudara pula begitu asyik menghasut si nenek supaya merebut harta yang sudah sekian lama dimakan oleh si cucu. si suami cucu itu pula bertindak sebagai orang tengah supaya tiada apa yang buruk berlaku. pergaduhan kerana harta? sungguh memalukan jika ada MUSLIM yang melakukan perkara sebegini. apa yang ada pada harta sehingga menyebabkan MUSLIM malahan sesama keluarga sanggup bergaduh untuknya? sungguh, syaitan punya 1001 cara untuk menghasut manusia supaya lalai pada YANG MAHA KUASA.

ketegangan berlaku. si suami cuba meleraikannya dengan cara profesional memandangkan dia sahaja yang agak asing dari pergaduhan tersebut. si cucu pula sudah mula terpengaruh dengan emosi menyebabkan suara yang dikeluarkannya bergetar kemarahan. si nenek pula menyuarakan seolah-olah dia tidak menghalalkan apa yang dimakan oleh si cucu selama ini. kemarahan cucu semakin meningkat di kala ibu saudara berlagak 'baik'.

persoalannya mudah. kenapa si ibu saudara ingin melakukan sedemikian? kenapa si cucu tidak memberikan sahaja harta itu kepada si nenek supaya tiada lagi pergaduhan yang bakal berlaku? kenapa juga si nenek tidak halalkan sahaja harta itu kepada cucunya yang punya kehidupan yang lebih panjang berbanding dirinya? dan yang lebih penting...kenapa mereka bergaduh demi harta? harta yang tidak mampu menjamin kehidupan di akhirat.

betapa dunia ini punya dugaan tersendiri. semua orang punya dugaan tersendiri. yang muda dengan cara mudanya. yang dewasa dengan cara dewasanya. yang tua dengan cara tuanya.

ketika itu ada hati di antara mereka itu yang bergembira dalam kesedihan.bersyukur dalam kemarahan. tenang dalam kegelisahan. ketawa dalam tangisan. hati itu begitu senang dengan peringatan yang diberikanNYA. dia sedar bahawa itu merupakan sebuah sketsa yang perlu diambil pengajaran. sujudnya dia kepada ALLAH,RABBUL A'LAMIN,menunjukkan bahawa dia begitu senang dengan rasa ketegangan itu. di dalam hatinya,azam dikumpul bahawa suatu hati nanti,dia akan lebih banyak memberi dari menerima. sujudnya dia pada hari itu menyedarkan dia bahawa manusia begitu lalai dan alpa. begitu hina dan lemah. begitu ego dan sombong. dialah hati yang paling kuat pada ketika itu. tidak dikawal emosi atau kemarahan tetapi dikawal rasa rendah dan malu kerana yang bergaduh di hadapannya itu adalah saudara seagama.

orang ni masih ingat lagi,tentang kisah hari itu. orang ni berulang kali mengatakan bahawa orang ni akan beli rumah. beli kereta untuk mama. baba kata,"kakak,baba tak nak pun semua tu. baba suruh kakak belajar untuk diri kakak aje." dalam hati ketika itu berdetik, "kakak tidak mahu menerima. kakak hanya mahu memberi."

ya ALLAH,ketika itu manusia sedang bergaduh dan berperang hingga terlupa akanMU,ya ALLAH. aku jua tidak terkecuali. kuatkan aku sesungguhnya KAU lah TUHANku,tempat untukku memohon kekuatan.

Posted in | Leave a comment

Aidiladha 2010...1431 Dalam Sejarah...

semalaman tak online. tidak dapat meng'update'kan blog untuk menceritakan kisah aidiladha kali ini. pagi itu kami sekeluarga solat di masjid bakar arang. semasa aidilfitri juga begitu. namun,hati berbunga riang apabila terlihat khadijatul nabilah di saf belakang. khadijatul nabilah. junior orang ni di sekolah. tahun depan,khadijatul nabilah akan menghadapi PMR. rupa-rupanya,rumahnya hanyalah di hadapan masjid yang kami kunjungi. sungguh terkejut mendengarnya sedangkan selalu orang ni bersolat di situ,wajah khadijatul nabilah tidak pernah ku jumpai.

dari masjid bakar arang,kami ke rumah tok yan di taman melati. di situ,kami sekeluarga bertembung dengan keluarga pak chaq. orang ni terus meluru ke meja makan kerana perut sedari tadi asyik berbunyi. pak chaq ketawa dan terus menyuruh orang ni menegur dan bersalaman dengan semua orang di dalam rumah terlebih dahulu kemudian barulah makan. orang ni tersenyum malu. malu dengan sikap yang terus mencari ruang untuk diri sendiri bukannya mementingkan etika dan adab.

ketika makan,orang ni tersenyum sendiri. tidak menyangka bahawa di pagi hari raya ini,ada yang menonton perlawanan bola di televisyen. kemudian,kami bertolak ke rumah nenek jam. di sana,orang ni makan lagi. entah kenapa,perut rasa macam tidak puas. adik pula asyik diusik pak chaq. mungkin sejak kebelakangan ni,adik kelihatan lebih berisi dari selalu. pak chaq pula terus mengusiknya hingga adik jadi segan. gemuk? er...mungkin.

kemudian,kami ke kampung di baling. ada saudara tok yang bertandang ketika itu. seketika kemudian,barulah alang dan pak teh memunculkan diri setelah beraya ke rumah saudara. marsya dan kak yana duduk di dalam bilik tok,begitu juga dengan orang ni dan adik. tertawa melihat kak yana yang tidak mahu membiarkan marsya terus mengacaunya. setiap cuitan marsya dibalasnya. aduhai..kak yana..

sebelum pulang,kami terus ke rumah tok teh. ketika itu,ada juga saudaranya yang bertandang. niat di hati,ingin berada di situ lebih awal namun hujan yang lebat membantutkan niat kami sekeluarga. maka,di sinilah terlakarnya sejarah.

pada mulanya,kami ingin terus balik ke rumah tok yan di sungai petani namun,ada jubah baba yang tertinggal menyebabkan kami perlu berpatah balik ke rumah tok siah. mama pula ada kata yang mahu disampaikan kepada ahli keluarganya yang lain. kebetulan pula,acik ada di situ ketika kami pulang semula ke  rumah tok siah. wah! bertambah meriah dibuatnya dengan pengkhabaran dari mama ditambah pula dengan kehadiran acik.

Posted in | Leave a comment

Hari Terakhir di Islah...

hari ini merupakan hari terakhir di islah. awal-awal pergi islah tu memang kelakar jugaklah bila tengok ada beberapa orang yang bawa beg baru kami tu. rasa seronok sangat apabila melihat kami bersama tanpa ada yang bergaduh. hari ini kami tutup kampung. kami hanya membersihkan kelas 6 ibnu khaldun. kerja kami agak mudah apabila kelas 6 ibnu khaldun agak kemas kalau nak dibandingkan dengan kelas kami. mungkin nurul agak terasa dengan kami semua apabila majoriti kami ada yang tidak membuat kerja dan banyak berehat. tidak dapat disangkal hal itu. orang ni pun tidak tolong nurul mengemas kelas tu. mengapa? entahlah. malas kot.

selepas berkemas,kami ke rumah adawiyah bagi meminta duit baju. malangnya,sehingga ke sudah adawiyah tidak keluar. kemudian,cik yah (mak adawiyah) datang. barulah kami tahu bahawa penjual baju yang membuat perjanjian untuk siapkan baju kami itu sebenarnya tidak buat baju kami. rm600 yang telah dibayar kepadanya digunakan untuk membeli baju lain terlebih dahulu. kata jurujual itu,dia akan memberi duit rm600 tersebut selepas raya haji. kami sekelas benar-benar tidak tahu akan hal itu. adawiyah pernah bercerita mengenai jurujual tersebut namun kami kurang mempercayainya kerana ianya telah ditangguh begitu lama. kami benar-benar tidak tahu masalah yang adawiyah hadapi. hati masih berasa bersalah kerana telah menyalahkan adawiyah. maafkan orang ni,adawiyah.

semasa menunggu adawiyah juga sebenarnya,gie telah menghadiahkan orang ni sebuah buku nota kecil sebelum pulang bersama nurul. katanya,mereka hendak ke abim (sekolah lama nurul). halaman buku nota kecil itu diselak. satu per satu bait yang ada di dalam buku kecil itu ditatap. kisah kami terlakar di dalamnya. ada rasa sedih dan bahagia ketika menatapnya. betapa diri ini sungguh menyedihkan. ada orang yang menyayangi namun,hati menidakkannya. ketika membaca tulisan-tulisan itu,kasih dan sayang bagai tumbuh perlahan dalam hati. ia merayap dan kini seolah membunga di dalam hati. gie terlalu menyayangi diri ini. tidak menyangka dia terlalu menghargai orang ni. gie,maafkan mie sebab lukakan hati gie selama ni. patutlah gie kuat cemburu ye? gie sayang sangat dekat mie. gie,mie pun sayang kat gie. betul. sama macam gie jugak. mi sayang sangat kat gie dan orang yang paling mie sayang kat sekolah tu gie. mie sayang gie. sangat-sangat. mie mintak maaf sebab pernah melukakan hati gie. sorry. moga ALLAH kuatkan hati kita supaya ikatan ini tidak terputus. gie,gie lah orang yang paling sanggup melayan mie. kalau mie nak manja,orang yang terbaik adalah gie. sungguh. dengan gie,mie rasa selamat dan dilindungi. nanti kalau kita dah jauh,mesti mie rindu kat gie sebab dah tak boleh nak bermanja macam selalu. kita dah kenal lama kan gie?? dulu,gie pun manja jugak tapi sekarang gie dah besar dan matang. gie dah tak manja tapi suka melayan kemanjaan orang lain. gie,mie suka pegang tangan gie. pertama sekali sebab tangan gie lembut. hehehe. kedua,gie adalah orang yang mie sayang. ketiga,gie buat mie rasa selamat. gie suka tolong mie kalau mie ada masalah. especially kalau dekat mukhayyam. mie sayang gie!!!

kemudian,orang ni,aqilah dan hayati hari pergi ke tempat menunggu waris di bahagian dataran bangunan baru. kami membuka hamper yang kami menangi pada mukhayyam tempoh hari. nampaknya,cerita kami telah berjaya menambat hati juri. tahniah farahul banat!! moga ukhuwah kita lebih kuat dari semasa ke semasa. seronok betul membahagi makanan sesama kami. kebetulan farah ada di situ. memandangkan kami hanya bertiga,bertuahlah farah berada di situ kerana kami berikan juga sedikit dari makanan kami kepadanya.

ketika sedang seronok makan-makan dan berbual,nabilah datang memberitahu bahawa ahmad kata ada perjumpaan di dewan maka orang ni pun sertailah mereka. rupa-rupanya ianya adalah perbincangan reunion. tiada busyra untuk menguruskan segalanya,jadi,orang ni yang menggantikan tempatnya buat sementara. kata yang lain,busyra ada perjumpaan nadwah. kasihan busyra. lepas satu hal diselesaikan,hal lain pula muncul. moga ALLAH membantunya dalam halnya.

setelah kami hampir selesai berbincang,barulah busyra,nusaibah dan akrimi datang menyertai kami. maka,perbincangan antara kami dimulakan. pada mulanya,orang ni setuju sahaja dengan reunion yang dirancang tersebut,sekadar memberi persetujuan bagi pihak busyra. tarikh yang diberi pula memang tidak membenarkan orang ni untuk hadir. tersenyum sendiri ketika mendengar tarikh tersebut. setelah berbincang,beberapa orang di antara kami memutuskan bahawa lebih baik jikalau melakukan reunion tersebut selepas spm nanti. ianya lebih mudah. sekarang,dalam waktu cuti pula,ianya agak berisiko memandangkan kami belum pasti berapa orang yang akan hadir. akhirnya,orang ni memberitahu nabil bahawa kami membatalkan pernyertaan kami dalam reunion tersebut setelah mendapat persetujuan dari semua orang.

selesai perbincangan,kami berkumpul di belakang dewan tanpa mengetahui bahawa itu adalah kawasan larangan. kami bermain kad uno dan berbual-bual. tiba-tiba datang mlm mazelan memberitahu bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan,maka,kami pun beredarlah mengikut haluan masing-masing. ketika itu sudah lewat sebenarnya. hampir pukul 12 tengahari. derap kaki yang diatur bersama nabilah sangat menyakitkan apabila menyedari bahawa ianya adalah hari terakhir buat kami untuk bersama melangkah sekali.

ya ALLAH,aku terluka. aku terluka mengenagkan segalanya. aku seorang yang begitu angkuh dan tidak sedar diri! begitu ramai orang menyayangiku di sekeliling tetapi aku tidak dapat melihatnya.

Posted in | Leave a comment

Hold My Hand by Maher Zain



this is a song which gives me a lot of things to be remember.

I hear the flowers kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no

Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you


Posted in | Leave a comment

Dari E_Man


ya ALLAH..
jika kami berpisah ENGKAU satukanlah hati kami untuk mendapatkan keredhaanMU..

ya RAHMAN..
jika kami dipertemukan semula,pertemukanlah kami dalam keadaan penuh cinta padaMU ya ALLAH..

ya RABBANA..
ikatkanlah hati kami pada pohon keimananyang sentiasa subur mencari cinta ILAHI..

terangilah hati kami dengan cahaya keimanan..
suburkanlah ukhuwah kami dengan baja ketaqwaan..

ku harap persahabatanku bersamamu bagai bunga yang mekar di taman firdausi..
ingatanku padamu seharum kasturi..
persahabatanku padamu di bawah bimbingan cinta ILAHI..

kusuburkan cintaku ini padaMU,ya ALLAH..
agar engkau tetap memberi rahmat atas persahabatan ini..

sahabat......
ketahuilah bicara hatiku ini,sesungguhnya aku amat merinduimu........

Posted in | Leave a comment

Tidak Diri Ini Menyangka...

terkejut dan terkesima di saat mendapat tahu akan hal itu..
sungguh..
perkara ini mengejutkan..
mengapa??
aku benar-benar terkejut..
mengapa diri ini yang disayangi??
mengapa kau memilih untuk menyayangi diri ini??
mengapa kau terlalu menyayangi diri ini??

ya ALLAH..
aku bagaikan tidak percaya..
aku begitu kerdil namun dia memandangku cukup tinggi..
kuatkan aku ya ALLAH..
aku tidak seperti itu..

kuatkan hati kami jua ketika perjanjian itu termaktub dari hati ke hati..

betapa diri ini disayangi..
betapa diri ini dicintai..
betapa diri ini dikasihi..
betapa diri ini dirindui..

maafkan aku kerana melakukan hal sebegini..
tidak diri ini menyangka akan berlakunya perkara sedemikian..

Posted in | Leave a comment

Terlalu Banyak Tangisan...


hari ini juga tidak semudah selalu. hari ini lebih menyayat hati dan menyakitkan jiwa. titisan air mata bagaikan tidak mahu kering. melepaskan dendam,mungkin. orang ni telah terbawa oleh emosi yang kuat,yang tak mungkin orang ni dapat lawan.

awal pagi lagi,orang ni pergi ke sekolah dengan hati yang riang. riang kerana dalam beg,ada hadiah untuk dia,si pengirim hadiah. pagi tadi,di sekolah telah diadakan perhimpunan perdana. perhimpunan terakhir buat orang ni di islah. sungguh sepi rasanya. hari ini juga adalah hari terakhir untuk orang ni menyanyikan lagu sekolah islah. bagaikan tidak percaya. langit ketika itu seolah-olah meraikan hari tersebut. cahaya mentari tidak begitu panas sementara awan pula membentuk dengan indah di langit biru.

ustaz rosli telah kembali sebagai pengarah eksekutif pada tahun hadapan. ustaz shahrilnizam pula akan mengambil alih tempat ustaz abdullah sebagai guru besar. mlmh fauziah akan diserapkan ke sekolah menengah,jadi,mlmh rodhiah akan menggantikan tempat mlmh fauziah sebagai guru besar sekolah rendah. begitu banyak perubahan rasanya. umi mai pun akan jadi penolong kanan hem tahun depan. jadi,siaplah! moga pentadbiran islah akan lebih mudah dan maju disebabkan perubahan ini.

pesanan ustaz rosli masih lagi diingati sehingga saat ini. ustaz rosli berpesan bahawa ada 3 perkara yang perlu diamalkan untuk dijadikan benteng kekuatan keimanan kami. selalulah ke masjid,berzikir dan membuat tilawah ALQURAN. perkara ini perlu diamalkan supaya dapat dijadikan benteng dari keruntuhan iman. INSYAALLAH.. dalam cuti ni,orang ni akan cuba amalkan zikir dan tilawah tu. nak pergi surau susah sikit sebab orang ni perempuan. jadi perkara tersebut perlulah diganti dengan solat di awal waktu atau solat secara berjemaah.

selepas selesai perhimpunan perdana yang terakhit tersebut,kami mula bergerak ke bilik seminar bagi tayangan slide. pintu bilik seminar agak lewat dibuka jadi kami semua sempat bermain-main di hadapan bilik seminar. riang sungguh hati ini ketika itu. mendengar gelak ketawa teman-teman dan bermain belon bersama mereka. usikan-usikan mereka juga membuatkan orang ni terasa lebih bahagia,menunjukkan betapa kami sangat menyayangi antara satu sama lain. ketika ini juga,orang ni berkelakuan aneh. bagai anak kecil yang meminta perhatian. bukan lagi seperti gadis dewasa punya pendirian. orang ni tertawa riang,bergelak ketawa serta membiarkan diri ini terus dilayan dengan manja. nurul dan gie jugak hampir letih melayan. maafkan orang ni,kawan-kawan. tapi orang ni nak ingat hari bersejarah ni. kalau boleh biarlah kita semua bahagia sahaja.

tayangan slide memang menyentuh hati. teringat kembali segala kenangan yang telah kami semua kumpulkan. lagu background juga menambah perasa ke dalam emosi itu. terutamanya lagu hold my hand oleh maher zain. orang ni selalu menitiskan air mata ketika mendengar lagu tersebut kerana lagu tersebut,mengingatkan orang ni kepada sesuatu. sesuatu yang cukup bermakna. namun begitu,tayangan slide tersebut telah dipendekkan sedikit. dan kemudian masuklah ke dalam slide yang orang ni telah buatkan untuk kawan-kawan hari tu. lagu backgroundnya masih lagi my heart. nurul membacakannya buat seisi kelas. tiada yang lain melainkan air mata yang memenuhi benak orang ni ketika itu. sayu suara nurul diiringi lagu tersebut. hati ini tidak dapat menahan sebak walaupun puas menyeka air mata dari tumpah. setelah selesai slide tersebut,suasana jadi sepi sebelum nurul menjernihkan suasana. ketika itu juga,nabilah menyambar bahu orang ni dan akhirnya,di bahu nabilah,orang ni melepaskan segala ketakutan dan kesakitan. tak tertahan lagi rasanya. susah hendak berpisah dengan mereka semua. susah sekali. dalam esakan yang kuat itu,orang ni berdoa agar orang ni sendiri lebih kuat dan orang ni ingin kawan-kawan yang lain tahu bahawa orang ni sangat menyayangi mereka semua.

kemudian,bersambung pula dengan aktiviti mengisi buku kokurikulum dengan mlmh faezah. namun,sebelum acara bermula,orang ni sempat mengarahkan si pengirim hadiah untuk ikut orang ni. si pengirim hadiah nampak sedih. sedih sebab orang  ni nak pergi kah atau ada sebab lain? jauh di sudut hati,impian kecil dilakar. mengharapkan si pengirim hadiah bersedih kerana perpisahan yang bakal berlaku. ketika itulah,orang ni serahkan album semalam tu. puas! orang ni merasa sungguh bahagia ketika bercerita kepadanya tentang gambar-gambar tersebut. namun,di samping kebahagiaan tersebut,orang ni terpaksa menceritakan apa sahaja yang tidak begitu terang kepada si pengirim hadiah. dan ketika si pengirim hadiah bercerita mengenai isi hatinya,orang ni terasa bersalah. lemah dan sakit sekali mendengarkan hal itu. tak sangka si pengirim hadiah begitu menyayangi orang ni sedangkan orang ni menganggap dia tidak pernah peduli. sejak kebelakangan ini,terasa tautan kasih itu sangat mencengkam jiwa. merasa diri cukup disayangi ketika itu dan lebih indah kerana perkara itu berlaku atas kalimah cinta kepada ALLAH. dalam rasa pedih itu,orang ni mendengar luahan hatinya. mendengar semula kisah bagaimana kami mula berkawan dan mula mengenali. si pengirim hadiah hormat akan keputusan orang ni. dia memahaminya. ALHAMDULILLAH kerana dia tidak memarahi orang ni. namun,rasa sakit menerangkan segala yang pahit,masih melekat di hati. tak mudah untuk memenuhi hasrat semua orang di sekeliling kita. maka dengan ini,kami berdua bagai telah mengikat janji agar terus mengingati diri masing-masing dan memori kami bersama melalui grafik-grafik hitam putih yang bakal tercipta nanti. dalam janji itu juga,bagai termaktub sudah perjanjian lain,kesudahan kita dalam berkenalan. ya ALLAH,jangan KAU rampas cinta dari hati ke hati ini. kami saling menyintai keranaMU.

acara jamuan dimulakan dengan ucapan ustaz abdullah. beliau berpesan kepada kami supaya menjadi yang terbaik di luar sana. menjadi duta yang terbaik untuk dicontohi. INSYAALLAH..di sekolah baru nanti,akan orang ni usahakan. permudahkanlah aku ya ALLAH. kemudian,ucapan disampaikan pula oleh nusaibah dan syamil sebagai wakil kami,pelajar tingkatan 3. selepas itu,acara makan dimulakan. para mlmh di kelas kami sementara para mlm di kelas budak lelaki. para mlmh kami dahulukan dalam mengambil makanan kerana mereka punya jamuan lain untuk dihadiri. beberapa orang mlmh telah disuruh untuk bermain truth or dare. namun malangnya,hanya mlmh khatijah yang benar-benar sporting. setelah para mlmh beredar,kami,pelajar perempuan tingkatan 3 pula mengambil makanan. sedap sekali makanan yang dihidangkan. pada mulanya,orang ni sengaja melewatkan masa untuk mengambil makanan tersebut namun nurul telah mengajak makan bersamanya. tidak sampai hati untuk menolak,jadi ajakan itu diterima. kami makan bersebelahan gie namun kami berdua berkongsi makan di atas pinggan yang sama. indah waktu itu bagai mengungkap sejarah lama kami berdua. air juga dikongsi bersama. makanan yang dimakan malahan berasa sedap sekali. itulah ukhuwah. manis sehingga nasi juga berjangkit dengannya.

dalam pada itu,sempat juga mata ini menjeling sekeliling,mencari si pengirim hadiah. dia kelihatan baik-baik sahaja bersama temannya. tiba-tiba sahaja,mata ini yang berasa panas. nurul,maafkan orang ni. orang ni tak berniat nak lukakan hati kalian. maaf.

hadiah demi hadiah disampaikan kepada para pemenang permainan dan hafazan. kebanyakannya dimenangi oleh faiqah,si imam syafiee. mengenangkan faiqah,dia baik,mudah mesra dan manis sekali. bijak sekali walaupun dirinya lebih dikenali sebagai seorang yang sangat low profile. sekali pandang,pasti tiada orang dapat menjangka faiqah mempunyai otak yang cukup geliga. dia seorang yang menjaga hafazannya. katanya,mungkin itu salah satu pendorong kepada otaknya yang cergas kerana dia sememangnya agak relaks dalam belajar. pemberian beg juga dilakukan. beg yang ditempah untuk seisi kelas itu begitu cantik sekali. ada yang berwarna putih,hitam dan merah. mgnz dari awal-awal lagi telah mengambil beg yang berwarna putih kerana nampak lebih cantik dari yang lain. ya! putih itu lebih cantik dan smart pada pandangan mata orang ni. setuju sekali dengan gie dan nurul. kami bersama-sama membersihkan kelas. orang ni hanya membantu sahaja. tiada yang berat. seronok rasanya dapat meluangkan masa bersama. harap satu hari nanti,segalanya akan kembali berulang.

orang ni rasanya sedikit 'gedik' apabila beg yang dibawa dari pagi tadi,disimpan dalam beg baru memandangkan beg baru ini lebih besar. beg putih yang baru ini dibawa ke bilik seminar. ketika itu ada penyampaian nasihat,pesanan dan wasiat kepada adik-adik oleh kakak-kakak form 5. kakak-kakak form 5 juga telah menasyidkan kami sebuah nasyid yang indah yang mengisarkan tentang persahabatan. orang ni lah yang paling beria-ia sekali ketika itu. orang ni melambai tangan tinggi ke udara mengikut rentak lagu yang lembut. tepukan riuh dan gemuruh memenuhi ruang seisi bilik seminar di saat lagu itu tiba pada sesi 'menarik' suara. sedap sekali suara kakak-kakak form 5 sehinggakan ada ketika di mana,orang ni terbehenti dari melambai dan mengesat air mata. tersentuh.

di hujung program itu,kami seisi pelajar perempuan sekolah menengah  bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan. inilah masanya di mana air mata ini tumpah dengan begitu banyak. dari seorang ke seorang yang lain. kenangan terpancar jelas di minda ketika tangan mereka disentuh. ketika kakak-kakak form 5 sibuk memberi pesanan kepada orang ni,orang ni mendengar tanpa lidah yang mampu membalas,hanya senyuman sahaja yang mampu diukur ketika itu. sedih sekali rasanya. kak fatihah juga menangis. wajahnya yang comel bertambah merah ketika menangis.

kak fatihah,orang ni mintak maaf. orang ni banyak membuat kesalahan pada kak fatihah dan khadijah. semoga berjaya,kak fatihah. may ALLAH bless you.

kak khaulah...terima kasih kerana begitu menghargai diri ini. tersentuh hati apabila kak khaulah tanpa segan silu meluahkan rasa sayang pada orang ni. terima kasih kak khaulah. may ALLAH bless you.

kak aiman...kita mungkin tak rapat namun orang ni kagum dengan kak aiman. kekal dengan ALLAH walau apa pun yang berlaku. kak aiman pemimpin yang baik. may ALLAH bless you.

kak muniey...kita tidak kenal antara satu sama lain melainkan sedikit melalui seseorang. pernah ada rasa tidak senang dalam hati ini mengenai kak muniey namun itulah hasutan syaitan yang telah berjaya meracuni hati orang ni ketika itu. INSYAALLAH.. orang ni akan cuba buang perasaan itu jauh-jauh kerana yang pastinya,antara kita,tiada sebarang masalah yang berlaku. mungkin dia tahu. may ALLAH bless you.

kak zai... mesra sekali. kak zai macam seorang ibu. sudah matang dan dewasa. orang ni mintak maaf kalau ada melukakan hati kak zai. may ALLAH gives you strength.

kak wana!!!! seorang insan yang sentiasa dapat perhatian dalam pandangan. mungkin kak wana sedang membaca. kak wana,orang ni sayang kak wana. orang ni tak benci kak wana cuma orang ni terkejut bila dapat tahu kak wana mengikuti perkembangan blog orang ni. entah apalah tanggapan kak wana pada orang ni. kak wana juga memberitahu dia tentang orang ni. orang ni segan,kak wana namun sangat berterima kasih sekali kerana kak wana telah sudi mengikuti perkembangan blog ini. pasti kak wana lebih mengenali orang ni pada ketika ini. terima kasih kak wana. selepas ini,tinggalkanlah komen. orang ni masih perlukan nasihat dan pandangan kak wana. may ALLAH bless and help you,kak wana. orang ni sayang kak wana.

ketika bersalaman dan berpelukan dengan si pengirim hadiah,kami berdua sama-sama kekok. sama-sama menyepi kerana termaktub sudah perjanjian hati. biarlah. hati mungkin sakit tapi lama-kelamaan,kami pasti akan terbiasa dengan berkasih sayang melalui gambar-gambar hitam putih cuma.

pulan sahaja ke rumah,terus hadiah-hadiah yang diterima tadi dibuka. ada tempat letak handphone yang sangat comel berwarna merah jambu sebagai hadiah usrah. note book disney dan dua batang pen sebagai hadiah kelas. ada juga sepucuk surat cinta dari seorang teman. syahirah. baca sahaja surat itu,hati ini tersentuh. tersentuh kerana terasa begitu disayangi. ya ALLAH,berikanlah syahirah kekuatan dalam menempuhi hidupnya yang sukar.

kepada yang lain,yang mungkin tidak tersebut dalam coretan ini,orang ni pohon maaf. orang ni masih menyayangi kalian. tak mungkin dapat dilupakan ukhuwah ini. cuma,kalian terlalu ramai jadi orang ni memilih mereka yang terlintas di fikiran ketika ingin menulis. sayang kalian semua. sangat sayang. may ALLAH be with us all the time.

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.