Archive for October 2010

R.E.A.L by MJ

laughter is something that im waiting for

how beautiful this life would be if the rhythm stay in my ear

smile is a beautiful illustration

how beautiful this life would be if the beautiful view can be scrutinize everyday

weep for sure will be in a place

it is cannot reasonably be doubted

screams will be heard

because human will endure hardship

love is beatiful

but never sure the blissful

friendship is delighting

but never sure it will keep in existence

but...

that is the usual

everything is repeating

everything is vague

we…

just make sure

life is a positive journey

Posted in | Leave a comment

setelah beberapa lama berhenti dari aktif,tiba-tiba kelab debat buat bengkel pulak. memang tak disangka.
peserta program :
pelajar :
form 1 - suhail..muaz..aishah..asiah..alia..
form 2 - zhilal..syazwan..nabilah..amirah..puteri..
form 3 - syamil..ahmad..yati.h..syaz..mimi..fiqa..
form 4 - zaid..zubair amir..fida'..khairunnisak..

coach :
anas..fadzlien..nusaibah..

guru :
mllm wadi..mlmh nora..mlmh shuhada

banyak jugak peserta baru. yat.h,syaz,fiqa,syamil tu orang baru tapi..yati.h,syaz,fiqa tak datang pun. syaz hantar mak dia pergi haji. fiqa kata mak dia tak bagi. yati.h pulak kata dia tak siap lagi barang nak pergi mukhayyam. tak tahulah betul ke tak tapi cibah marahlah jugak. mungkin sebab tu kawan-kawan dia kot.  and she wanted the best for them.

orang ni pergi jugaklah walaupun ikut hati tak nak pergi. sebab esok tu,terus kena pergi mukhayyam tapi tak sampai hatilah pulak. sebenarnya orang ni tak ada bakat pun dalam berdebat just orang ni boleh bercakap aje. kalau pidato tu bolehlah. debat ni under spot. kena fikir cepat. kena tajam pendengaran dan cepat tangkap. hehehe.. orang ni tak ada pun ciri-ciri tu. orang ni susah sikit nak tangkap apa orang lain cakap dalam sekelip mata. orang ni kena banyak study baru boleh faham. walaupun begitu,orang ni rasa macam tak baik aje lepaskan peluang yang ada. lagipun bukan selalu. hehehe.. lagipun orang ni jugak ada niat jahat. sebab ada orang tu,dia tak dapat jemputan untuk menghadiri bengkel tu walaupun sebelum ni dia belagak sangat. hehehe.. hm.. orang ni jahat kan? tapi..orang ni tak suka dengan orang tu sebab dia berlagak sangat.

pukul 1.30,orang ni terus balik rumah and siapkan diri untuk ke bengkel tu. orang ni pakai jubah dengan tudung putih. bukan sengaja nak tarik perhatian tapi dah nama pun debat,mestilah kena pakai kemas dan bagi nampak sikit aura berdebat tu. hehehe..
#1 - ice breaking by mllm wadi

bengkel start pukul 3.30 tapi orang ni sampai pukul 4.00. nasib baik orang ni tak kena marah dengan mllm tu. mllm tu malahan sambut dengan baik sekali. hehehe.. terlepas. orang ni dapat tentatif dan teks-teks debat. mllm wadi cakap semua orang dah perkenalkan diri masing-masing dengan nada debat. jadi,orang ni pun kenalah buat dan ALHAMDULILLAH,orang ni boleh buat dengan baik. tak ada sangat rasa gugup tu sebab tu task yang agak mudah. suka betul. tapi orang ni tersasul sikit. orang ni cakap orang ni dari sekolah rendah. hehehe.. lepas tu,mllm wadi tunjuk benda dalam debat dan sebagainya sebagai permulaan. mllm wadi suruh kami hafal teks mukadimah debat dan tunjukkan dekat depan. once again,ALHAMDULILLAH,orang ni buat dengan baik. malahan,orang ni dapat tepukan yang gemuruh yang orang lain tak dapat. sebenarnya,mukadimah tu senang aje. orang ni dah banyak kali menghafal mukadimah. hehehe.. tapi,setakat mukadimah tu je la.

#2 - slot 1 by anas

waktu tu,anas (ahli debat sekolah) bagi taklimat sedikit tentang debat. dia perkenalkan istilah-istilah dalam debat dan beritahu apa pengalaman-pengalaman dia sepanjang dua tahun dia dalam dunia debat. dia ni terang laju sangat. hehehe.. pening jugaklah orang ni dengar. orang ni bagitau dekat cibah suruh dia slowkan sikit speed anas tu dan dia suruh mlmh nora yang bagitau. kat sini,orang ni tak ada masalah sangat sebab orang ni dah biasa dengar semua tu. yang baru-baru kot lah ada masalah sikit. anas buat presentation dengan dibantu oleh kak lien dan mllm wadi. 

#3 - slot 2 

waktu ni,mereka bagi teks dekat kami dan suruh kami hafal. mula-mula,orang ni gelabah jugak memandangkan mereka tu dah suruh hafal. tiga muka surat penuh pulak tu. orang ni dahlah tak terror menghafal. masa tengah makan,nampaklah adik-adik dok pegang teks dan hafal. orang ni buat relax aje padahal orang ni sendiri sebenarnya dah confused nak buat macam mana dengan teks tu. orang ni buat keputusan untuk baca dan faham. kalau mereka suruh terang atau cakap balik,orang ni hentam ikut kefahaman aje lah. orang pinjam highlighter kak fida' and mulakan mencari point-point dalam teks tu. orang ni study macam tu je lah. malas dah nak fikir panjang-panjang,kalau tak kejap lagi mesti pening. hehehe..

#4 - slot 3

punyalah orang ni study,alih-alih cibah tak suruh pun terang balik apa yang kami baca tu. dia tanya macam tu aje. kebanyakkannya dia sendiri yang jawab. hehehe.. tak patut kan? tapi tak apalah,cibah akan lagi bertambah pandai bila dia buat macam tu. hehehe..
#5 - slot 4

kami semua tengok video dan catat apa yang speaker cakap. borang telah dibekalkan. memandangkan video tersebut tak  berapa elok,anas salahkan budak perempuan. kak lien buat tak tau aje. katanya,dah biasa dengan anas tu. hehehe.. kak lien tu buat muka selamba aje tapi ada orang tu dia buat muka ok depan anas tapi belakang anas dia kutuk. er.. macam pelik je kan? kenapa dia tak buat muka aje bila anas perlekehkan budak perempuan tu? kenapa dia mesti buat-buat ok dekat depan,kat belakang mengata teruk? macam-macam betul manusia ni. orang ni anggap,anas tu nak bergurau aje sebab kalau tengok muka,memang macam tu pun. macam sengaja aje dia buat macam tu. sekadar gurauan. kalau orang ni pun,orang ni takkan terasa.

#6 - slot 5

ni waktu yang agak menggugatkan jiwa. debat presiden.

debat presiden tu macam ni :
peserta ada dua. satu kerajaan. satu pembangkang. usul akan diberi kemudian peserta akan diberi masa 1 minit untuk fikir point-point penting untuk usul tersebut. setiap peserta akan diberi 30 saat untuk bercakap,kemudian,peserta yang seorang lagi tu pulak cakap dalam masa 30 saat jugak. lepas tu,bergilir-gilirlah,sampai habis masa.

orang ni kena lawan dengan kak fida'. usul kami tentang semangat patriotisme. hehehe.. entah apalah yang kami cakap dekat depan tu. merapu aje. the result is,draw. hehehe.. ada satu usul tu pelik sangat. berbunyi begini, 'artis malaysia lebih baik daripada artis korea'. hehehe..macam pelik aje. kat sidang,ada ke tajuk macam ni?
#7 - slot 6

pembahagian kumpulan. my teammates : kak nisak..zhilal..suhail..muaz..

not bad kan? usul kami ialah, 'Pemansuhan PMR : Langkah Tepat'. kumpulan kami jadi pembangkang. masa orang lain semua busy cari maklumat lepas supper malam tu,orang ni dah terbaring kat bilik seminar nak tidur. sedih betul. kak nisak dok asrama so dia tidur asrama. yang lain tu lelaki,mana boleh bincang malam-malam. lagipun,tak ada tempat. malam tu,orang ni tak boleh tidur sebab sejuk sangat. orang ni tak bawak selimut. jadi orang ni guna telekung aje sebagai selimut. malam tu,orang ni tidur pukul satu pagi.
#8 - sidang maut!

pagi esok tu,orang ni dah tak tidur lepas subuh. orang ni terus pergi cari kak nisak dan bincang dengan dia. ALHAMDULILLAH. semua berjalan dengan lancar.

sidang pertama - pembangkang - Pemansuhan PMR : Langkah Tepat

Ketua Pembangkang : Zhilal
Timbalan Ketua Pembangkang : Orang ni
Menteri Pertahanan : Kak Nisak

komen : banyak fakta yang salah dan tak berapa nak tepat. kenyataan yang diberi tu kalau sekali pandang, macam betul tapi kalau difikirkan,memang tak berapa nak betul dan boleh dipertikaikan.

keputusan : menang

sidang kedua - pembangkang - Industri Filem Negara Membanggakan

Ketua Pembangkang : Kak Nisak
Timbalan Ketua Pembangkang : Orang ni
Menteri Pertahanan : Suhail

komen : salah konsep so salah semua. bab cakap,ok je.

keputusan : kalah.

kemudian..berakhir sudah..
#9 - the end

ALHAMDULILLAH,semuanya dah selesai. ada bakat-bakat baru yang mula kelihatan bergermerlapan. adik-adik semua berani untuk bercakap. lebih baik dari orang ni dulu. mungkin satu hari nanti,ahli debat islah akan lebih maju dan bertambah baik dengan kehadiran mereka ni. AMIN...

Posted in | Leave a comment

Bengkel Debat

Leave a comment

Baby Blues..

takut tadi tengok cerita baby blues.. seram sangat.. cerita dia mudah aje.. seorang ibu yang tertekan di rumah..tiba-tiba menjadi gila dan mula membunuh anaknya satu persatu.. memang menyeramkan.. orang ni dahlah takut tengok cerita macam tu.. habis kawan sebelah orang ni kena belasah.. orang ni tarik-tarik tangan dia waktu tengok mak bebudak tu membunuh.. mata dah close closely dah.. hehehe.. tak tahanlah tengok darah.. nasib baik kelas kami semua perempuan.. tak kisah kalau nak jerit waktu tengok cerita tu.. hehehe.. bye.. nak tidur dulu sebab sok nak pakai banyak energy.. so..charge time!!!

Posted in | Leave a comment

Bertambah Pedih

orang ni dah try cakap dengan baba dan keputusan masih sama. baba tak cakap apa-apa. orang ni jugak dah cuba cari surat kebenaran tu tapi tak jumpa. yang tu salah orang ni jugak. orang ni telefon kiyah tapi dia tak angkat. terpaksalah orang telefon nuol. dia cuma boleh beritahu nama tempat aje sebab surat tu pun dah tak ada dekat dia. sekarang,hati orang macam dah kering semacam. rasa macam nak pergi tidur aje. harap-harap ni semua mimpi. orang ni penat berfikir. baba dah marah. tak bercakap dah tu.

Leave a comment

Sakit Hati

hari ni telah berlaku satu peristiwa di mana orang ni telah kalah dengan emosi dan orang ni telah membiarkan emosi kawal diri..

tadi masa kat sekolah,tiba-tiba basyar datang kat orang ni dan beritahu kat orang ni yang dia tak boleh pergi mukhayyam (perkhemahan) sebab dia nak hantar abang dia ke KLIA. abang dia nak balik mesir jadi dia nak hantarlah tu. orang ni faham sangat-sangat. tiba-tiba bila cakap kat pihak pengurusan,kami berdua kena perli. mak ai... sakit hati yang teramat. sakit sangat-sangat. orang ni cubalah nak kawal hati dan perasaan tapi sakit hati ni. hanya ALLAH yang tahu. sungguh.. sakit sangat ni. tak damai pemikiran. kena perli teruk sangat. 

sebenarnya basyar rasa sedih sebab abang dia dah lama kat mesir dan baru aje balik. dah cuti 3 bulan,abang dia dah nak balik pergi mesirlah. waktu abang dia pergi hari tu (waktu tu masih darjah 6),dia tak ikut sebab waktu tu kami ada gerak gempur and exam agama. dia kata,dia sedih sangat sebab tak boleh hantar abang dia. abang dia rapat dengan dia. kalau jadi dekat orang ni,orang ni pun sedih. 

bila kena perli teruk-teruk dengan insan yang berkenaan,hati ni dah tawar semacam sebab sebelum ni orang ni respect sangat-sangat kat pihak pengurusan. sungguh..hati orang ni telah disakiti. alasan orang tak nak pergi mukhayyam tu sebab baba tak bagi. dia risau. maklumlah,hari tu,ada mak cik yang patah tulang belakang sebab pergi mukhayyam jugak. anak baba ada 2 aje,mestilah risau.

lepas kena perli teruk dengan pihak pengurusan,orang ni keluar macam tu aje dari pejabat tanpa sebarang ucapan terima kasih. orang ni tak boleh terima bila pihak pengurusan sindir orang ni macam tu. basyar jugak yang say thanks dekat pihak pengurusan. orang dah sakit hati masa tu. sekali lagi,emosi mengawal diri. masa orang ni tengah pakai kasut,mata orang ni dah rasa panas semacam. basyar tengok muka orang ni penuh dengan kekecewaan. orang ni lagi sedih tengok dia. orang ni tak kenal dia sangat tapi orang ni tahu dia tak biasa dengan semua tu. orang ni dah biasa,muka dah jadi macam tembok batu. tak kisah sangat dah.

orang ni cakap dengan basyar dan tiba-tiba air mata mula membasahi pipi basyar. orang ni rasa bersalah sangat. sungguh..orang ni dah terlebih cakap. orang ni biar basyar dengar luahan hati yang tengah berapi ni. orang ni lupa yang basyar jugak tengah bersedih. lepas tu,dia bawak orang ni pergi tandas. orang ni tunggu aje kat pintu. orang ni tak berani nak tengok dia menangis. orang ni tak ada abang tapi orang ni faham perasaan sayang dia tu. orang ni tunggu kat luar lamalah jugak. air mata orang ni pun dah dibiarkan meleleh. tak sempat dah nak kesat-kesat. tapi,bila dah lama sangat basyar kat dalam tu,orang ni risaulah pulak. bila orang ni masuk,basyar dah galas beg dengan muka yang kering dengan air mata. orang ni senyum ajelah. tapi orang ni macam tak sedar aje. orang ni tetap aje marah-marah. nasib baik basyar tak nangis dah lepas tu.

hati orang ni sakit sangat. sakit sangat bila dah kena perli dengan pihak pengurusan. tak sangka pihak pengurusan sanggup sindir alasan orang ni macam tu. pihak pengurusan suruh orang ni pergi sebab nak orang ni dapat markah kokurikulum. baba tak bagi orang ni pergi sebab dia risaukan keselamatan orang ni. orang ni tersepit di tengah-tengah. orang sakit hati. sebenarnya,boleh aje orang ni try slow talk dengan baba tapi bila pihak pengurusan perli panas macam tu,orang ni dah tawar hati dah nak slow talk.

baba pulak buat derk aje. orang ni suruh telefon pihak pengurusan,dia buat tak tau lagi. mestilah baba marah sebab pihak pengurusan sindir orang ni macam tu. orang ni cerita kat mama kes sindir tu. lupalah pulak nak pesan jangan cakap kat baba. hm.. tak ada chance lah nak lepas. mama dah report kat baba. dan sekarang..hati orang bertambah pedih. sangat pedih.

Posted in | Leave a comment

Huh.. Tewas Juga Akhi

Leave a comment

My Baba..My Hero..

baba..Mohamad Jazman Mohamad Jan.. double MJ.. hehehe.. daughter pulak dua-dua Mimi Jazman.. so..dh jadi triple MJ..

  • baba dah berubah..
dari seorang lelaki yang entah apa-apa dulu.. sekarang dah jadi lelaki yang beriman.. INSYAALLAH.. itu ALLAH yang kira.. tapi..itulah hakikatnya.. baba dah jauh lebih baik sejak menyambut kelahiran orang ni.. mungkin waktu tu..baba nak anak dia jadi baik kot.. bila dengar balik cerita mama pasal baba dulu-dulu tu..memanglah pelik yang teramat aneh.. cerita lama kita shut down je ok..

  • baba memanglah lelaki caring yang kadang-kadang terlebih caring..
mungkin sebab ada anak dua je.. tambahan pula..dua-dua perempuan.. so..memanglah rule baba tu..sangat-sangat ketat.. baba selalu jaga makan minum kami adik-beradik.. kami makan apa pun dia survey.. kalau ada je yang tak kena..siaplah dia bagi ceramah kesihatan.. time mandi pun dia kira.. makan pun macam tu.. kalau makan tak cukup time..skip meals..nah..tunggulah.. siaplah kami.. tidur kena tidur awal..walaupun ank dia ni degil..dia tetap mengarah jugak.. tidur lewat tu..tabiat dah tu.. susahlah nak buang..

  • baba loving..
kalau kami balik kampung tanpa baba..mesti malam-malam tu dia mesej good night.. siapbagi flying kiss lagi.. hehehe.. kalau orang tu tak tau la..mesti dia anggap boyfriend yang hantar mesej.. samalah kalau baba ada kerja luar.. mesti malam dia hantar mesej good night.. kalau anak-anak dia demam..mesej mengikut tahap keseriusan demam tersebut.. hehehe.. kalau nak jalan mesti kena pegang tangan baba.. kalaulah baba rambut hitam lagi..mesti orang dah berprasangka yang bukan-bukan.. sungguh.. baba tu asyik suruh orang pegang tangan dia aje.. orang ni memang suka.. rasa sangat dilindungi oleh baba.. hehehe.. tak pe.. pegang yang halal.. baba sendiri je..

  • sporting..
kalau baba orang lain..mesti susah nak dengar luahan hati anak perempuan kan?? my father is nothing like that.. baba memang pendengar yang setia dan boleh bagi komen yang memberansangkan.. cerita pasal kawan-kawan pun boleh.. nak merungut pasal bestfriend sendiri pun boleh.. nak cerita pasal budak lelaki kat sekolah buat hal pun boleh.. kesimpulannya..memang baba tak kisah..

  • memahami jiwa muda..
baba tak pernah bagi orang ni keluar sendiri dengan kawan-kawan.. orang ni dah penat memberontak sampaikan sekarang ni..orang ni dah tak kisah dah.. malahan sekarang..orang ni proud sangat sebab baba jaga orang ni macam tu.. baba sekat orang dari keluar dengan kawan-kawan sebab baba tak percayakan kawan-kawan orang ni.. dan sekarang..betullah apa yang baba cakap tu.. kawan-kawan orang ni tak boleh dipercayai sangat.. hehehe.. lagipun..memang tak elok anak dara keluar rumah sendiri.. disebabkan kami adik-beradik tak boleh keluar sendiri..baba selalu bawa kami keluar jalan-jalan.. orang ni dah letih sangat dah.. masa cuti tahun lepas..tiap-tiap minggu ulang-alik penang tu.. setakat penang tu..orang ni dah tak peduli dah.. baba selalu check tengok cerita-cerita mantap kat cinemas.. kalau adik ajak..memang confirm pergi.. hehehe.. bertuah sungguh dapat adik yang ringan mulut.. kalau hari sabtu..memang kami satu family tak ada kat rumah.. alasan?? keluar berjalan.. ke mana?? diri sendiri pun tak pasti sebab destinasi yang sama dituju setiap minggu.. kalau nak beli jewellery ke..accessory ke..boleh mintak.. hehehe..

  • good taste..
baba memang hebat dalam memilih barangan.. kalau tengok baba tu..simple aje orangnya.. tapi..kalau memilih barang..memang cerewet lebih dari permpuan.. handbag prada orang ni pun baba yang pilihkan.. baju raya orang ni pun baba pilihkan.. handphone orang pun baba yang tolong recomendkan.. kasut orang lagilah.. yang bestnya..setiap pilihan baba mesti dapat pujian.. kalau bukan dari kawan-kawan..dari saudara-mara.. memanglah baba ni ada talent dalam meraih pujian orang.. hehehe.. orang ni pun dok fikir macam mana nanti nak beli baju raya kalau tak ada baba.. yela.. orang ni nanti kena hidup sendiri jugak kan??

  • kuat azam..
baba memang ada banyak target dalam hidup.. macam-macam yang dia nak buat.. nak jadi excel dalam tasks.. nak jadi hamba yang beriman.. nak jadi baba yang success.. nak jadi anak yang tak derhaka.. hehehe.. nak jadi contoh terbaik dalam kalangan keluarga.. baba selalu ulang apa yang dia nak dalam hidup kat kami sekeluarga.. memang best dengar baba cakap sebab baba memang a good speaker.. hehehe.. kalau dengar dia punya motivation..huh..semangat tiba-tiba rasa macam terbakar kat dalam ni..

  • handsome..
hehehe.. ada tak orang kat sini ada baba sehandsome baba orang ni..?? hehehe.. baba memang nampak tua sikit tapi sebenarnya umur baru 39..by this year la.. kalau tengok badan..memang tau lah kata masih muda.. kalau tengok rambut memang susah nak percaya.. umur baru 39 tapi rambut dah macam 60 tahun.. beruban satu kepala.. tengok gambar baba muda-muda dulu..memang handsome.. so..salah satu ciri lelaki idaman orang ni ialah..muka lebih kurang pattern muka baba.. hehehe..

  • romantic..
kalau siapa yang mengenali baba..memang susah nak percaya.. tapi..memang betul pun.. baba memang romantic.. kalau buat lawak..lawak yang mengusik dan nakal ala-ala comel gitu.. hehehe.. mama kata..memang baba macam tu pun.. nampak aje macam heartless tapi romantic sebenarnya.. mama kata..dulu baba ada banyak girlfriend.. hehehe..betul ke?? tak pasti..sebab baba tak pernah cerita bab ni..

kesimpulannya mudah.. baba is the best.. forever and ever.. i love baba..!!

Posted in | 2 Comments

Satu Info yang Baru Diterima..

orang laki tak boleh pakai cincin kat jari manis.. kalau pakai kat jari kelingking kanan..sunnah.. orang ni pun baru aje dapat info..

Posted in | 1 Comment

Malas Menguasai Diri...

lepas exam ni..memang member-member semua tak boleh dok diam.. ada aje kerja yang mereka nak buat.. ingatkan lepas exam dah boleh relax..tapi..ternyata silap.. memanglah kawan-kawanku yang tersayang ni tak boleh dok diam.. lepas exam..buat macam program.. sampai tak sempat take break rasanya..

basyar jadi ketua kamilah.. dialah yang memandai nak buat itulah..nak buat inilah.. cik kak sayang..orang ni letih tapi..sebab awak punya pasal..tak apa lah.. orang ni dah tak jadi nak marah.. 

setiap pagi start dengan bacaan mathurat..lepas tu wajib ada tazkirah.. 

banyak benda yang diuruskan.. ada macam-macam jenis AJK.. jualan..jamuan..permainan..memasak..hafazan..lawatan.. huh.. banyak lagi sebenarnya tapi dah tak ingat dah.. sebenarnya letih betul buat kerja-kerja mengatur bagai ni.. nasib baik..orang ni tukang tengok dan ikut aje.. sungguhlah..orang ni dah malas tahap yang tak padan-padan..

however..orang ni respect dekat basyar sebab memang padat jadual kami lepas exam.. dari minggu pertama hinggalah saat terakhir kami di smai tahun ni..memang ada aktiviti penuh.. basyar dengan gie dan print out schedule dah pun.. orang ni yang baca dah telan air liur.. tengoklah gie kat sebelah.. boleh pulak dah si gie tu angkat kening..buat-buat tak faham.. orang ni buat muka kasihan pun dia buat derk aje.. memang kejam betul budak tu.. 

semalam memasak.. hari ini ada hafazan.. pertandingan la tu.. orang ni memanglah sudah lemah dari segi menghafal-hafal ni.. baru giat dalam bidang menghafal ni sejak form 1.. nah.. tiba-tiba bagi 4 surah pilihan untuk dihafal.. orang ni dah lah terlebih terror..mereka suruh menghafal depan juri pulak tu.. jadi..hari ni..dok rumah tolong mama buat kuih.. habis cerita.. untuk yang membaca..jangan ikut sikap malas ni.. tak sesuai langsung dengan sesiapa pun.. orang ni tak boleh dijadikan contoh lagi..jadi..tunggu sikit hari lagilah..

hari tu..ada buat indoor and outdoor games.. outdoor games..orang ni main badminton aje.. kalau ikut schedule..ada permainan bola jaring dan badminton aje.. nah.. tiba-tiba dapat berita yang shocking dari cibah.. katanya tiang gol bola jaring tu dah patah.. bukannya terkejut sebab benda tu dah patah.. orang ni terkejut sebab benda tu boleh patah?? besi tu.. er.. mungkin orang perempuan sekolah kami ni dah jadi ganas tak.. huh.. macam jauh aje dari ciri-ciri muslimah.. hm.. yela.. orang yang tulis ni pun sama dengan aje.tapi tak adalah pulak orang ni mengamuk sampai patahkan tiang gol tu.. hm.. 

so..kawan-kawan ambik bola sepak..lepas tu..lawanlah menendang.. baju yang putih bertukar jadi warna coklat.. dah main kat lumpur..memang mimpilah kalau baju tu tak kotor.. dahsyat betul mereka tu main.. sampaikan ada cikgu yang tegur.. yela.. yang mereka ni pun tak reti ke nak agak-agak sikit.. tengah-tengah hari..boleh tendang-tendang bola bagai.. tak letih ke?? dahlah mereka tu perempuan.. orang ni tak terlibat okey?? macam mana pun..rasanya mereka dah tak ulang perangai tu.. last je kot buat perangai sebab nak simpan dalam kotak kenangan la katakan.. sebenarnya boleh je guna cara lain tapi..tak apalah.. moga-moga kamu semua cepat matang.. hehehe.. macamlah orang ni dah matang sangat..

orang main badminton dengan na.. memang letih betul main badminton dengan dia tu.. pukulan di luar jangkaan.. orang ni dah lama tak turun court padang temusu.. senang-senang aje dia buli orang..

Posted in | Leave a comment

Tulusnya Kasih...

setelah membaca dan menatap seketika di skrin komputer ni..tiba-tiba aje terjumpa satu blog yang sangatlah menyentuh hati..

blog ini menceritakan tentang seorang anak yang pergi meninggalkan ibu bapanya.. tak boleh nak cerita banyak sangat.. just..nak pesan..to those who reads this space.. bolehlah try baca blog Fajar yang kat bawah tu.. Sama-samalah kita berdoa untuk memperoleh kekuatan dan ketabahan dalam menepuhi liku-liku kehidupan yang sememangnya berliku ini..

kita tak sedar orang lain melalui derita yang lebih parah dari kita.. kadang-kadang kita asyik berputus asa dan memandang berat terhadap hidup ini.. sungguh..hidup ini..memang berat.. sakit..suka..duka..sihat..gembira..bahagia..seksa sengsara.. semuanya berulang-ulang.. betullah cakap orang.. lagi banyak kita membaca..lagi banyak yang kita tahu.. 

melalui pembacaan jugaklah orang ni rasa hidup kena berubah.. orang tak boleh rasa macam tak nak hidup.. orang ni kena rasa kuat..walaupun kenangan silam memang pahit.. sesiapa pun ada kisah silam tersendiri.. samalah.. orang ni pun ada masa silam yang mengerikan jugak.. dan..hidup orang ni jugak penuh dengan kesilapan.. bukan sekadar kesilapan biasa malahan kesilapan yang berulang juga semakin kerap berulang..

bagi mereka yang seolah-olah macam dah nak putus harapan untuk hidup tu..janganlah fikir macam tu.. janganlah fikir untuk berputus asa walaupun sekali.. jangan juga terfikir untuk mensia-siakan masa..kerana..ia mungkin membawa perubahan yang besar dalam diri kita.. kuat.. itu sajalah yang orang ni boleh pesan..

orang ni juga manusia lemah yang daif.. orang ni dah banyak lalui benda yang pedih.. mungkin orang ni tak banyak cerita aje.. tapi..orang ni nak berubah.. nak berubah supaya hidup orang jadi lebih baik pada masa hadapan.. orang ni dah penat asyik mengalah dengan ujian demi ujian yang diberi.. orang ni selalu biarkan emosi mengawal diri sedangkan sepatutnya kita yang kawal emosi sendiri..!

Posted in | Leave a comment

A Love Story That Is So...Not A Love Story...

KEY adalah seorang gadis melayu yang cantik,putih dan agak tinggi orangnya.. pada usia 9 tahun..KEY dibawa oleh keluarganya untuk berhijrah di United Kingdom..kerana ayahnya ingin melanjutkan pelajaran di sana..

pada usia yang muda dan dalam keadaan dada yang belum berisi ilmu agama yang cukup..KEY terbawa-bawa dengan budaya barat.. malahan KEY sendiri lebih menyayangi UK berbanding MAS.. walaupun KEY masih mengekalkan identiti ISLAM dengan hijab yang dikenakan di atas kepalanya..namun jiwanya ke mana entah..

KEY memang cantik orangnya.. di UK siapalah yang kisah dengan isu pergaulan bebas.. memandangkan KEY juga telah meresap segala budaya UK maka dia juga tidak kisah hal ini.. KEY menggunakan rupanya yang cantik untuk menawan hati lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya..lelaki-lelaki di UK juga boleh tertawan dengan KEY..

KEY akan berkawan dengan rapat dengan lelaki dan kemudian sekiranya lelaki tersebut mengajaknya untuk dijadikan teman istimewa ataupun dia sendiri yang bosan dengan lelaki tersebut maka KEY akan tinggalkan lelaki tersebut..

KEY berkenalan dengan seorang lelaki melayu yang tinggal di UK melalui ym.. Dari ym terus ke chatting di handphone..terus ke calls..terus ke perjumpaan demi perjumpaan..yang pada pandangan KEY sekadar hubungan biasa.. lelaki melayu tesebut ialah MAN..

di UK..memang disediakan sebuah sekolah untuk anak-anak melayu yang berada di sana.. di sekolah tersebut akan diajarkan subjek bahasa melayu dan pendidikan islam.. di situlah medan pertemuan antara KEY dan MAN..

kalau ada kelas..MAN akan simpankan tempat KEY di sebelahnya.. mereka banyak berkongsi cerita.. KEY sendiri mengakui bahawa dia memang sukakan kenangan-kenangan tersebut.. kalau ada jamuan..KEY dan MAN akan menghadirinya bersama.. pernah sekali..MAN memilih baju untuk KEY pakai ketika mereka ada jamuan.. MAN mengenali KEY dengan baik..

satu hari..KEY dah rasa yang dia bosan sangat dengan MAN.. KEY terus kata dekat MAN.."kita benci lelaki melayu..awak lagilah"

selepas tu..MAN dan KEY tidak berkawan lagi.. semua orang berasa pelik kerana mereka berdua seems like a sweet and loving couple but in the end..KEY dengan MAN ni tak bersama pun..

kini..KEY dah kembali ke MAS.. budaya yang diserapnya dari barat dulu telah dibuang dan dia kini dalam proses mengubah cara hidup..dan ALHAMDULILLAH..dia berusaha dengan kuat.. namun ternyata MAN masih belum melupakan KEY sebelumnya.. baru-baru ini..KEY berchatting dengan ex-girlfriend MAN..iaitu INA.. INA beritahu KEY bahawa dia tahu banyak pasal KEY dan MAN banyak bercerita pasal KEY padanya.. INA sendiri merasakan yang dia mengenali KEY seolah-olah mereka pernah berkawan baik hanya dengan cerita-cerita MAN.. INA mengagumi KEY kerana dia menyangka bahawa KEY menyintai MAN.. KEY berterus-terang dengan INA yang dia sedikitpun tidak ada perasaan terhadap MAN.. MAN merupakan kawan yang baik dan tidak lebih dari itu.. 

kini..INA dah pun berpisah dengan MAN dan dia juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan melupakan MAN setelah belajar daripada pengalaman-pengalaman KEY..

Posted in | Leave a comment

Memasak di SMAI...

hari ini..di bawah mentari yang bersinar terang..di belakang kabin-kabin berwarna oren..kami..warga 3US10..memasang segala peralatan-peralatan yang diperlukan..tepat jam 10 pagi..kami memulakan aktiviti kami..iaitu memasak.. hehehe..

memanglah di luar jangkaan.. tapi..dah jadi annual event di islah untuk buat program-program masak ni selepas habis PMR.. sekolah lain tak tahulah pulak..

menu kami hari ini ialah..

  • chicken chop
  • jus cinta
chicken chop tu normal aje.. first time dengar nama jus cinta tu..hati dah mula mengajukan soalan-soalan aneh yang pelik.. hehehe..

kami masak dengan mualimmah (cikgu) Che Mahani.. Mualimmah ni memang suka memasak.. Dalam kelas pun kadang-kadang boleh dijadikan topik setelah semua orang bosan tengok buku teks sejarah.. hehehe.. kelas kami perempuan aje so no hal langsung cakap bab-bab masak ni..walaupun..ada orang yang tak  interfere sebab jarang masuk dapur.. hehehe.. sama dengan aje dengan orang yang sedang menulis ni..

disebabkan orang yang menulis ni tak pandai buat kerja-kerja lain tu..jadi orang ni tolong goreng aje fries dengan ayam-ayam yang berketul tu.. sambil goreng..sambil masuk mulut.. menyelam sambil minum air.. hehehe.. tapi..itulah hakikatnya..

orang ni tak pandai proses ayam..jadi..orang lainlah yang in charge dengan ayam-ayam tu semua.. 
orang ni tak minat cutting vegetables..jadi..orang lainlah yang in charge dengan vege-vege tu semua..
orang ni jugak tak tahu nak buat jus cinta..jadi..orang lainlah yang in charge dengan beverages tu..

bila semua orang dah ada kerja..tinggal orang ni je yang masih terkapai-kapai..nasib baiklah ada Rescue 911 tiba tepat pada masa.. hehehe.. faiq and syu ajak pasang kuali and goreng-goreng..

orang ni buat aje.. di tengah-tengah padang tu..di bawah terik mentari tu..orang ni kepanasan betul semasa tengah 'goreng' tu.. ALHAMDULILLAH..tak ada yang hangit / rentung / terbakar.. kiranya orang ni pandai jugaklah.. tak adalah jakun sangat.. hehehe..

tapi..ada seorang kawan tu..memang rajinlah dia.. dia suka masak.. dialah yang proses ayam.. dialah yang goreng ayam.. kasihan tengok muka dia waktu tu.. baju sekolah pun dah comot-momot dah bila bertarung dengan ayam-ayam tu.. hehehe..

nasib baik jugaklah ada hiburan sampingan semasa menggoreng tu.. semasa kami tengah memasak tu..adalah budak-budak darjah 6 dok buat latihan untuk majlis zikrayat (kenang-kenangan).. walaupun suara mereka tidaklah semerdu maher zain / faizal tahir / p.ramlee..tetapi..mereka ni tak adalah terlalu teruk sampai pecah tingkap-tingkap dewan tu.. bagus betul..!!

antara lagu-lagu yang menjadi halwa telinga semasa memasak tadi ialah..

  • InshaAllah
  • Sumayyah
  • Open Your Eyes
  • Menanti di Barzakh
ada seorang budak ni..nyanyian dia sedap.. mungkin sebab faktor lagu sama kot.. hehehe.. tapi..khusyuk betul orang ni tengok.. lagu yang dia nyanyi ialah open your eyes dengan inshaallan by maher zain.. memang sedaplah lagu-lagu tu.. tambahan pulak..yang menyanyi tu..budak tarannum.. huh.. memang tambah perasa dalam lagu-lagu tu.. hehehe.. moga berjaya ya dik..

semasa tengah menggoreng tu..orang ni nampak jugaklah insan-insan yang tak berapa kasihankan kawan-kawan mereka.. sedih bila tengok tapi..nak buat macam mana sebab insan-insan tu semua kawan orang ni jugak.. huhuhu.. mereka dengan selamba derk nya makan wa minum depan orang-orang yang tengah berperang guna senduk and kuali ni.. memanglah sedih.. may i forgive you girls..

siap memasak pada jam 12.30 tengah hari.. lunch time.. memanglah derita semasa berperang kerana menhan pedih dan perih di perut yang berkeroncong.. hehehe.. memang waktu makan tu..makan sungguhlah kami.. satu talam tu adalah beberapa ketul ayam dan fries.. kami kongsi satu talam tu tujuh orang rasanya.. orang ni makan dah tak ingat dunia.. ada jugak kawan-kawan yang makan sikit dengan alasan..kenyang dah.. tak tahulah apa yang mereka makan tapi bagus jugaklah tu..orang ni dah lapar tak ingat dah.. hehehe..

sos lada yang mualimmah che mahani buat memang pergh!!! sedap betul.. coleslaw memang makanan orang ni..so..tak kira sedap atau tak..memang orang ni belasah aje.. hehehe.. ayam-ayam tu pulak memang dah nama pun ayam..confirmlah sedap.. dengan tambahan perasa dari sentuhan kami beramai-ramai..hehehe..ayam-ayam tu pun semakinlah sedap.. no wonderlah orang ni makan tak ingat dunia pun.. fries tu agak masin.. bak kata syu.. "ops!! terlebih garam sudah.." boleh dia gelak?? kami jugaklah yang kena balik check high blood pressure lepas makan fries dia tu.. hehehe.. but..tak adalah teruk sangat pun.. jus cinta?? hehehe..

jus cinta..adalah gabungan dua elemen penting iaitu asam boi dengan limau nipis.. untuk mereka yang tak pernah mencuba..janganlah bersangka buruk pada air ni.. baca perumpaan di bawah..

"jus cinta.. kalau orang yang buat tu buat ikut cara yang tak betul..maka jus itu akan rasa manis di lidah tapi pahit di tekak.. kalau orang yang buat tu buat ikut cara yang betul..maka jus itu akan rasa manis di lidah dan kekal manis di tekak.. hakikat cinta.. kalau orang yang amalkan cinta itu bercinta dengan cara yang tak betul..maka cinta itu akan bemula dengan kemanisan..dan..berakhir dengan kepahitan.. kalau orang yang amalkan cinta itu bercinta dengan cara yang betul..maka cinta itu akan bermula dengan kemanisan maka berakhir juga dengan kemanisan.."

itulah jus cinta.. bukan sekadar untuk diminum tapi juga ada maksud tersirat wa tersirat di sebaliknya..

ALHAMDULILLAH.. kami siap mengemas dan mencuci pada pukul 1.30 petang.. setelah orang ni meratah coleslaw dan sos lada yang berlebihan dalam bekas aiskrim tu.. hehehe..

warga 3US..moga kenangan 'memasak' ni..kekal dalam sanubari kita.. INSYAALLAH..i will treasure the fruitful memories..until the end of time..

Posted in | Leave a comment

truth or dare...??

hari tu...
sebelum cuti..kami satu kelas..3Usman..buat game.. game dye truth or dare 2 la.. dan..ternyata ramai orang lebih memilih untuk bercakap benar berbanding melakukan aksi-aksi pelik yang entah apa-apa ditulis oleh gie..

tak disangka..banyak komen yang menyedihkan dilemparkan..walaupun masih lagi komen itu diberi secara sopan tapi sedihlah jugak bila memikirkan yang kita ni banyak sangat buat salah dekat orang lain.. bukan nak sakitkan hati sesiapa.. just..mimi pun nak berubah untuk kebaikan diri sendiri.. takkanlah kita kena jaga orang je..sedangkan kita sendiri belum terjaga.. sungguh menyedihkan..

****flashback****

kawan-kawan seperjuangan yang setia di sisi iaitu G.N.Z. banyak terasa dengan mimi.. mereka kata mimi ni selalu berkawan dengan orang-orang yang 'baik' aje.. mimi selalu abaikan mereka.. bukan itu niat mimi.. mimi pun ada terasa hati dengan mereka.. mimi nak berubah je.. mimi nak mama and baba bangga bila mimi jadi anak mereka.. mimi tak kawan sangat dengan GNZ 2 sebab tu la..

mimi letih bagi nasihat pada mereka tapi mereka tak dengar pun.. kadang-kadang macam tak peduli aje.. mereka kenal mimi.. tapi..tak boleh menghormati perasaan mimi..

mimi pun tak adalah baik sangat but mimi nak try... mimi kalau boleh nak aje putuskan persahabatan dengan GN and berkawan macam biasa aje.. no more BFF antara kami sebab..kami tak sehati sejiwa.. kami tidak memahami antara satu sama lain.. mimi tak nak sakitkan hati GN sebab tahun lepas pun mereka dah banyak sakit hati dengan mimi.. jadi..mimi masih dalam kebingungan..

mimi nak berkawan kerana ALLAH.. mimi nak ada kawan yang boleh menegur salah dan silap bukan sekadar kawan berkongsi cerita.. sebab tu jugaklah mimi lebih suka meluahkan perasaan kepada ask..ask mendengar dan ask memberi nasihat sesuai dengan mimi yang perlukan banyak bimbingan.. kiyah dan abil pun sama.. memberi nasihat dan pandangan yang boleh mimi jadikan renungan dan muhasabah..

GN..
mimi betul-betul taknak kamu berdua sakit hati.. mimi cuma boleh menjauhi kalian dan kemudian..satu hari..mungkin kita akan lupa yang kita pernah bersahabat baik.. mimi nak berubah.. mimi nak hidup mimi lepas ni..jadi lebih bermakna pada usia muda..

GN..
mimi minta maaf ye..

Posted in | Leave a comment

Semalam di Central Square...

kalau nak difikirkan balik...hal ini sebenarnya memalukan jugaklah..

****flashback****

waktu tu..adik dengan baba tengah tengok handphone.. depan kedai handphone tu..ada sebuah kedai cermin mata.. memandangkan mata mimi dah rabun..mimi pun tariklah mama pergi depan kedai cermin mata tu.. kononnya nak try cermin mata..

mimi tarik satu cermin mata yang bingkai dia sama dengan yang mimi pilih hari tu.. mimi tunjuk kat mama..tapi..masa nak try tu..mimi ternampak seseorang.. dia pandang mimi.. mungkin sebab mimi cakap kuat sangat sampai dia dengar..

mimi pun terpegun tengok dia.. mimi tenung dia lama jugaklah.. mimi tahu mimi pernah tengok muka dia..tapi..waktu tu..otak ni macam dah tepu.. tiba-tiba baru tringat.. rupa-rupanya..orang tu azhar imam muda tu..

mimi terkejut dan bila dia sedar yang mimi dah kenal dia..dia senyumlah kat mimi.. mimi beritahu mama..tapi..mama ragu-ragu sebab mama tak kenal sangat dia tu.. mimi tarik adik.. adik minat azhar tu.. katanya handsome.. tapi..dia buat tak tahu aje.. mimi dahlah tengah buat perangai 'pulun' kat depan tu.. yang azhar tu mesti gelakkan mimi.. mimi beritahu baba.. nasib baik baba bagi respons yang baik.. baba senyum kat azhar tu and bagi salam yang tak payah guna mulut..guna angguk-angguk je..

rupa-rupanya..azhar tu tengah try spect dekat kedai cermin tu.. mimi yang tengah nak try spect pun dah lupa apa tujuan sebenar mimi apabila dah ternampak azhar tu..

so..untuk semua yang membaca..pengajaran di sini ialah kita kena pandai kawal darah gemuruh yang sememangnya bergemuruh dalam jiwa kita ni.. jangan buat perangai yang boleh memalukan diri kita sendiri depan seseorang yang tak patut tengok perkara memalukan tersebut..

Posted in | Leave a comment

Hari ini...

Pagi tadi....
main badminton dengan tok wan di padang temusu...

orang muda selalu rasa mereka lebih bertenaga dari yang tua.. tapi..sebenarnya..orang tua pun tak kurang hebat.. tadi waktu main badminton..tok wan main satu jam non-stop.. mimi pun berhenti 5 minit untuk bernafas.. tapi..tok wan tak berhenti langsung.. menarik kan?? jadi..orang muda ni sebenarnya tak sekuat mana pun..dan..orang tua pula tak selemah mana pun.. ^_^

Tengahari....
baba ajar macam mana nak set-up blog...

huhuhu.. kalau baba yang ajar..mesti selalu kena marah.. tapi..nak buat macam mana..my daddy jugak.. kalau dia tak ajar..mimi tak tau jugak.. tak apalah.. mimi baru lagi dalam blog-blog ni..so..tak pandai sangat.. nanti..dah lama..okeylah kot.. kot aje.. tak pasti lagi..

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.